Posted in Autumn Trip, Chapter 36, Europe Trip

[mts] Pareesss

Salam semua!

21/10 – 05/11 hari sis pergi cuti habiskan duit dengan jayanya. Itinerary Sis:

  • 21-22/10: Perjalanan KK-KL-Paris (transit di Riyadh)
  • 22-10: Paris – Brussels
  • 22-24/10: Brussels
  • 24-25/10: Amsterdam
  • 26-29/10: London
  • 29/10 – 01/11: Bern
  • 01 – 04/11: Paris

Alhamdulillah, selamat sampai Malaysia. Perjalanan ada sedikit terganggu kelancaran yang melibatkan pengangkutan. Tapi yang lain, hokkay je. Perbelanjaan pula.. Hmmm. Memang sis over budget tau. hihihih. Tak leh tahan tu kat Armory. Nanti sis share ye.. Sekarang ni, sis tengah transfer gambar-gambar dari phone to laptop. Maklumlah, pakai hengpong je la. Nak guna kamera DSLR bagai tu, malas eh nak atur hangkut bagai.. hihi

AKWM3554 -2
Sewaktu jalan-jalan di Trummelbech, Lauterbrunnen, Switzerland. Cantik gila la tempat ni.. Nak tinggal di Swisssssss πŸ˜€
Posted in Chapter 35, Korea Selatan, Pulau Jeju

IDP

Assalamualaikum..

Nak baca kisah sewa kereta boleh baca kat sini kay.. Kereta sewa di Pulau Jeju.

Okay, okay. Perkara pertama korang kena ambil tahu untuk memandu di Pulau Jeju, korang kena ada International Driving Permit (IDP).

Proses nak dapatkan IDP sekejap je, tak sampai 1 jam pun (tolak masa menunggu, lagi ramai kat dalam pejabat tu, lagi lama-lah kan).Β 

Syarat nak buat IDP:

  • Pergi pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat dengan anda. πŸ˜‰
  • Mempunyai lesen memandu yang sah (kelas D). Tarikh luput lesen memandu uol sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • 1 salinan kad pengenalan (depan & belakang).
  • 1 salinan lesen memandu (depan & belakang).
  • Isi borang JPJL1. Kalau tak tahu, tanya pegawai JPJ.
  • Sila bawa gambar berukuran pasport, sis tak pasti kalau diorang ada sediakan perkhidmatan menggambar. Better bawa je kan.
  • Wang berjumlah RM150.

Sis buat IDP hari tu kat UTC, lagi 3 hari nak jalan. Lesen sis luput pada bulan November tahun ni. Hitung – hitung kurang dari setahun-lah kan, so sis kena renew. Total nak buat IDP + renew driving licence sis masa tu RM180. Alhamdulillah, setel.Β 

IMG_1572

IMG_1570

Thanks for reading!Β β™₯

Posted in Birthday, Vacation

[mts] I day trip, Singapore

Assalamualaikum..

4hb November (Jumaat) lepas aku ke kota Singa untuk sightseeing. Amboi, kemain kan. Haha. Bolehlah tambah 1 cop lagi kat passport tuh. Pergi pagi, balik petang. Asal adalah kan.

Perasan tak aku letak hari Jumaat kat atas tuh. Hah kalau fly terus ke Singapore okla kan.. Kami (aku & makcik opis) bergerak ke Singapore dengan menaiki bas dari Malaysia atau dengan lebih tepat Johor.

Silap hari lah ke Singapore time cuti hujung minggu rakyat Johor. Makaihh.. Banyak orang kau! Tunggu bas dan hampir 30 minit, dah tu dalam bas (berdiri) hampir 1 jam. Tak lenguh kaki engkau. Penat geng! Kata orang tempatan, tunggu bas + sampai ke Singapore taklah sampai 30 minit.

Kami gerak (jalan kaki je, sebab dekat) dari Citrus Hotel ke JB Central jam 7:30, sarapan kat JB Central siap lebih kurang 8:30, kami sampai ke Singapore (MRT Kranji) lebih kurang jam 10.00 pagi.

JB Central β‡’ MRT Kranji β‡’ MRT Woodland β‡’ MRT Bayfront β‡’ MRT Bugis β‡’ MRT Kranji β‡’ JB Central

Di atas ni adalah pergerakkan kami sepanjang di Singapore. Dalam itinerary, dalam 3-5 tempat boleh cover, tapi malangnya tak semua tempat yang tersenarai dapat dijejaki. Maklumlah berjalan bersama warga emas ni, membantutkan niat ai. 😦

Bajet 1 day trip adalah:

  • JB Central ke MRT Kranji: RM1.50/ orang (sepatutnya RM1.60)
  • MRT Kranji β‡’ MRT Woodland: SGD1.60 (RM 4.90)
  • MRT Woodland β‡’ SGD10 Singapore Tourist Pass (RM30.50)
  • Gardens By The Bay β‡’ SGD 31 (RM94.55)
  • Makan β‡’ SGD 9.50 (RM29)
  • Mineral β‡’ SGD 0.60 (RM1.90)
  • FM + Kipas + KeyChain + Postcard β‡’ SGD 17 (51.90)
  • MRT Kranji ke JB Central β‡’ SGD 1.60 (RM4.90)

Total 1 day trip ini adalah: RM219.25

Next entry is Gardens By The Bay πŸ˜€