Posted in Birthday, Vacation

[mts] I day trip, Singapore

Assalamualaikum..

4hb November (Jumaat) lepas aku ke kota Singa untuk sightseeing. Amboi, kemain kan. Haha. Bolehlah tambah 1 cop lagi kat passport tuh. Pergi pagi, balik petang. Asal adalah kan.

Perasan tak aku letak hari Jumaat kat atas tuh. Hah kalau fly terus ke Singapore okla kan.. Kami (aku & makcik opis) bergerak ke Singapore dengan menaiki bas dari Malaysia atau dengan lebih tepat Johor.

Silap hari lah ke Singapore time cuti hujung minggu rakyat Johor. Makaihh.. Banyak orang kau! Tunggu bas dan hampir 30 minit, dah tu dalam bas (berdiri) hampir 1 jam. Tak lenguh kaki engkau. Penat geng! Kata orang tempatan, tunggu bas + sampai ke Singapore taklah sampai 30 minit.

Kami gerak (jalan kaki je, sebab dekat) dari Citrus Hotel ke JB Central jam 7:30, sarapan kat JB Central siap lebih kurang 8:30, kami sampai ke Singapore (MRT Kranji) lebih kurang jam 10.00 pagi.

JB Central ⇒ MRT Kranji ⇒ MRT Woodland ⇒ MRT Bayfront ⇒ MRT Bugis ⇒ MRT Kranji ⇒ JB Central

Di atas ni adalah pergerakkan kami sepanjang di Singapore. Dalam itinerary, dalam 3-5 tempat boleh cover, tapi malangnya tak semua tempat yang tersenarai dapat dijejaki. Maklumlah berjalan bersama warga emas ni, membantutkan niat ai. 😦

Bajet 1 day trip adalah:

  • JB Central ke MRT Kranji: RM1.50/ orang (sepatutnya RM1.60)
  • MRT Kranji ⇒ MRT Woodland: SGD1.60 (RM 4.90)
  • MRT Woodland ⇒ SGD10 Singapore Tourist Pass (RM30.50)
  • Gardens By The Bay ⇒ SGD 31 (RM94.55)
  • Makan ⇒ SGD 9.50 (RM29)
  • Mineral ⇒ SGD 0.60 (RM1.90)
  • FM + Kipas + KeyChain + Postcard ⇒ SGD 17 (51.90)
  • MRT Kranji ke JB Central ⇒ SGD 1.60 (RM4.90)

Total 1 day trip ini adalah: RM219.25

Next entry is Gardens By The Bay 😀

 

Say Hi to November!!!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. 🙂

Previous entry: click here..

PhotoGrid_1446430176479
Picture: Kundasang, captured by me.

Pejam celik, pejam celik. Dah bulan November. Eiii.. Cepat sangat masa berlalu kan.. Nak, nak ada azam tak tercapai lagi.. (Biasalah – kurangkan lemaks degil, masih macam niiii jugaaaaa.. Ini merupaka azam yang selalu kena re-new.. 😀 )

Bersamaan dengan ini, untuk kesekian kali aku nak bagitahu lagi yang aku.. Sayang November!!! 😀 Dan November kali ini, banyak maknanya, antaranya.. Even belum dapat mulakan lagi perniagaan yang telah dirancang sekian lama, tapi dapat memulakan perniagaan kecil-kecilan yang merupakan senarai ketiga dari banyak-banyak senarai.. Dan itu terjadi pada bulan ini. Wallaaaaa.

btw, today is my birthday!!! 😉

PhotoGrid_1446430120722
Picture: View from my room at Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang Sabah. (Old pict) Captured, by me.

Thanks for reading this entry!