Actually saja nak bagitahu.. Abam-abam Caliph Buskers (CB) naik kereta aku… Eheehee.. (Hashtag #Janganmarah #Janganjeles)

Aku tahulah kereta aku tak seberapa. Biasa-biasa sahaja. Tapi membawa orang seperti mereka such a blessed. Masa ni bawa diorang pegi pasar untuk beli kueh-kueh kering (cincin, amplang, belinjo, kueh lidah & yang sewaktu dengannya).
Melihat senyuman ini, buat aku rasa aku antara yang bertuah dapat membuatkan mereka tersenyum di sepanjang perjalanan.. Mereka insan istimewa, mereka insan yang tahu erti syukur, mereka menerima diri mereka seadanya, mereka insan terpilih untuk memberi kegembiraan pada kita dan mereka juga insan terpilih untuk kita contohi, kalau mereka boleh berjaya kenapa kita tidak..
Masa ni juga, tak dapat nak bawa Fendi + Nadira (Suami isteri) dan Azmi (vokalis).
Dengan harapan semoga CB terus success dan semoga dalam rahmat Allah sentiasa. Keep up the good work guys, InshaAllah, kalau niat baik, Allah sentiasa tolong.. 🙂
Lokasi: Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu
Acara: Majlis Makan Malam Pertanian 2015
Tarikh: 11 Disember 2015
p/s abaikan benda berkilat tersebut.