Posted in Seoul, South Korea, Winter Trip

[mts] Winter Trip 2016 (Seoul): Good Bye Seoul!

Assalamualaikum..

Previous entry: Myeongdong & Insadong

Hari untuk meninggalkan Seoul telah tiba. Entahlah, happy or sedih. Ehehe.. Bukan apa dengan cuaca kesejukan yang tiada kesudahannya ini buat mau balik Malaysia, tapi memikirkan akan berpergian dari kampong tercinta buat hati berat melangkah. Gitewww.. Takpe, inshaAllah, kalau ada rezeki lagi aku tetap akan balik kampung untuk kesekian kalinya.

Meninggalkan guesthouse ke perhentian bas kira-kira jam 7 pagi. Flight pukul 11, memang lama lagi tapi memandangkan diorang Hanis dan Effi belum belum check in lagi tu yang buat aku risau. Sesampai di perhentian bas, kami terlepas bas pukul 7:12 pagi, terpaksa naik bas pada jam 7:41 pagi. Tengah tunggu bas, kak siti bagi tahu yang kunci Guesthouse dia terbawa. Mesti sebab aku bawa rushing keluar tadi then dia terlupa nak tinggalkan. Sorry Kak Siti, salah satu sebabnya mungkin aku juga, kak siti terpaksa berlari ke Guesthouse untuk kembalikan kunci. 😦 Nasib sempat.

IMG20160201081213
Jadual bas dari Changdeukegung Palace ke Incheon Airport.
IMG20160201080447
Suhu masa ni, 5 darjah cel. Oh mak kau sejuk gilsss.
IMG20160201080433
Building that in front of the bus station. Hari-hari lalu depan Garden Tower untuk ke Angguk Station.

Bas sampai lebih kurang jam 7:50 pagi. Ramai pula orang menuju ke Incheon Airport. Separuh bag kami separuh terpaksa bawa naik ke atas, penuh dah tempat letak bag kat bawah. Lebih kurang 9:30 pagi sampai di Incheon Airport, terus berurusan check in. Usai urusan kami terus berbaris untuk boarding. Manakala diorang kak siti claim tax dulu. Akibat menyinggah beli barang, kami terlambat masuk kapal. Siap kena umumkan lagi. Apa lagi laju kaki berlari. Sampai berpeluh-peluh. Haha. 

IMG-20160201-WA0008
Good Bye Seoul, inshaAllah aku datang lagi. 😀

Sekian kisah kami di Seoul. Akhirnya habis juga entry untuk Winter trip ni. Daaaa.

Thank for reading this entry! Muwwaaahhh!

Posted in Seoul, South Korea, Winter Trip

[mts] Winter Trip 2016: Myeongdong & Insadong

Assalamualaikum.

Previous entry: Gangnam & Itaewon

Seperti yang tertera pada itinerary, hari ke tujuh merupakan hari menghabiskan duit. Membeli sesuka hati, skin care, souvenir, bag, baju dan apa yang kau rasa berbaloi untuk kau dan kesayangan kau. Eheh.. Tempat-tempat yang dituju adalah Myeongdong, Namdaemun dan Insadong.

Sewaktu di Myeongdong aku dah mengidam sangat nak makan Chungmu Kimbab. Mak aihh rindu nak hirup sup sayur diorang. Rindu nak makan jeruk lobak putih dan sotong yang maha pedas tu. Rindu nak makan kimbab. Yumm! Memandangkan Kak Siti, Hanis, Bibie dan Effi mau ke Cat Cafe, aku bawa Masni dan husband makan di Chungmu Kimbab kejap. Aku ni, kucing pun nda berapa, ini kan mau jejak cat cafe, memang taklah!!!

Chungmu Kimbab ni kalau keluar dari Myeongdong Station ia terletak di sebelah kanan. Cari ja logo seperti di bawah ni:-

IMG20160131132035
Ini logo Chungmu Kimbb yang aku maksudkan.
IMG20160131132053
Antara Suasana di dalam kedai makan tersebut. Agak terpencil dan sesuai untuk berdating la konon. Hoho. Prasarana juga menarik.
IMG20160131132031
Tenang ja makan kat sini.
IMG20160131130230
Inilah makanan yang didambakan. Tapi nda pula tergambar sup yang ai giankan tu secara proper. Sipi-sipi je dapat gambar. Ehehee. 1 set KRW7000, kami order 2 set.
IMG20160131133420
Lorong yang akan dilalui, masuk dari depan tu. Masa ni kami nak keluar dah. Yelah dah kenyang, blahlah kan. Masi nak menghabiskan duit ini. Haha

Selepas episod berpusingan di Myeongdong dan Namdaemun, kami bergerak balik ke guesthouse. Masih belum puas hati nda dapat bag yang di mau. So, semasa perjalanan balik, kami nampak pula kedai jual bag dengan harga KRW10 kat tepi jalan. Kedai tersebut berdekatan dengan tempat tinggal kami.  Rupanya itu area Insadong. Jauh-jauh pergi tempat lain, Insadong kat sebelah ni pon kami nda jejak. Haha. Lucu. Hantar bag kemudian jalan balik. Funny! 

IMG20160131172344
Usai beli bag di kedai yang dimaksudkan. Kami berjalan disekitar Insadong.
IMG20160131172400
Kenapa tak terfikir nak jejak sini ahhhh…
IMG20160131173815
Jalan punya jalan, terjumpa bangunan unik ni. Ssamziegil Mall.

IMG20160131172823

IMG20160131174045
Ini terletak di roof top bangunan unik ni. Korea ni memang dah menjadi kebiasaaan kalau nak mengabadikan cinta ada sahaja idea, kuncila, nota la digantung di tempat0-tempat yang istimewa. Hmm

Puas hati barang yang dimau sudah jadi hak milik, so kamu bergegas balik guesthouse kemudian, usai makan, aktiviti mengemas dimulakan. Esok pagi kena gerak ke airport sebab Hanis dan Effi nda check in lagi. Berharap semua akan berjalan dengan lancar.

Thanks for reading!! 😀

Posted in Seoul, South Korea, Winter Trip

[mts] Winter Trip 2016 (Seoul): Gangnam & Itaewon

Assalamualaikum..

Previous entry: Everland Resort

Setiba sahaja di Gangnam, ingatkan nak bawa diorang makan di Korean Lamb BBQ tapi ada yang tak makan daging. So, keputusan yang dibuat, kami makan di Eid Restoran, Itaewon. Sebelum meninggalkan Gangnam, sempat juga bergambar sekeping dua. Ingatkan nak jalan-jalan lagi sekitar ni, sebab banyak entertainment company beralamat di sini. Memandangkan kelaparan maka bergeraklah kita yaa. Ehehe..

IMG-20160131-WA0004
Alololo kiutnyer la.. Haha
IMG-20160131-WA0018
🙂
IMG20160130164612
Gambar dua-dua kat atas ni, waktu yang sama, dua kamera yang berlainan. Kenapa ramai kat belakang tu, well malam ni kan malam minggu. Faham-fahamlah!
IMG20160130182659
Aku order ni di Eid, aku lupa dah ayam ni masak apa. Nama pon tak hengat. Haha. 
IMG-20160130-WA0018
Selepas mengenyangkan perut, sebelum blah kami sempat bergambar bersama pemilik kedai. Tapi tak terang pulak. Sempat lagi ahjussi ni bagitahu yang diorang akan buka restoran di Malaysia dan sekarang anak dia berada di sana untuk menguruskannya. Semoga berjaya ahjussi!
IMG-20160130-WA0016
Macam biasa, bila dah ke Itaewon mesti singgah di masjid, kebetulan Hanis belum berkesempatan singgah lagi.

Dan begitulah berakhirnya hari ke enam di Seoul. Anneyong!