Posted in Seoul, South Korea, Winter Trip

[mts] Winter Trip 2016 (Seoul): Gangnam & Itaewon

Assalamualaikum..

Previous entry: Everland Resort

Setiba sahaja di Gangnam, ingatkan nak bawa diorang makan di Korean Lamb BBQ tapi ada yang tak makan daging. So, keputusan yang dibuat, kami makan di Eid Restoran, Itaewon. Sebelum meninggalkan Gangnam, sempat juga bergambar sekeping dua. Ingatkan nak jalan-jalan lagi sekitar ni, sebab banyak entertainment company beralamat di sini. Memandangkan kelaparan maka bergeraklah kita yaa. Ehehe..

IMG-20160131-WA0004
Alololo kiutnyer la.. Haha
IMG-20160131-WA0018
🙂
IMG20160130164612
Gambar dua-dua kat atas ni, waktu yang sama, dua kamera yang berlainan. Kenapa ramai kat belakang tu, well malam ni kan malam minggu. Faham-fahamlah!
IMG20160130182659
Aku order ni di Eid, aku lupa dah ayam ni masak apa. Nama pon tak hengat. Haha. 
IMG-20160130-WA0018
Selepas mengenyangkan perut, sebelum blah kami sempat bergambar bersama pemilik kedai. Tapi tak terang pulak. Sempat lagi ahjussi ni bagitahu yang diorang akan buka restoran di Malaysia dan sekarang anak dia berada di sana untuk menguruskannya. Semoga berjaya ahjussi!
IMG-20160130-WA0016
Macam biasa, bila dah ke Itaewon mesti singgah di masjid, kebetulan Hanis belum berkesempatan singgah lagi.

Dan begitulah berakhirnya hari ke enam di Seoul. Anneyong!

Posted in Seoul, South Korea, Vacation, Winter Trip

[mts] Winter Trip 2016 (Seoul): Everland Resort

Assalamualaikum…

Previous Entry: Hongdae

Sebenarnya ke Everland memang masuk dalam itinerary. Tapi list pilihan, samada ke Everland atau Yongpyong Ski Resort. Memandangkan masing-masing pada ketika itu “allergic” dengan sejuk & salji, maka semua juga bersetuju untuk ke Everland.

Harga tiket masuk taman tema di mana-mana pun pasti sedikit meruntun qalbu. Harga masuk ja, bagus beli baju sepasang dua. Kalau tak lebih dari RM100 tak sah. RM50 kira harga minima suda tu. Harga tiket masuk ke Everland KRW48k (RM173). Agak mahal tambahan pula mahu ke sana mengambil masa sehari perjalanan. Ikutkan hati, dari pergi Everland, lebih baik pergi ke tempat-tempat yang tak sempat pergi dek kerana kekangan masa dan kesihatan.

Bila cek web Everland semalam, dan dan nampak pula promosi kat bawah ni. Peratus hendak ke Everland teruslah menggunung. Lagipun, bagi peminat tegar Running Man seperti aku ni, siapalah yang tak nak ke Everland, bukan kah tempat tu merupakan salah satu lokasi penggambaran RM. 😉

Everland_1
Boleh tahan juga promosi Everland ni. Save dalam RM83, harga asal tiket RM173. Kalau ikut tukaran mata wang kami hari tu la. 

Selepas balik dari Hongdae tangan laju search how to go there. Hekhek!

Perjalanan pada 30hb dimulakan pada jam 9 pagi:

Anguk Station → Seoul National Universiti of Education → Gangnam Station

Dari Station Gangnam kena ambil Exit 1o. Keluar dari Exit 10, perlu jalan terus sampai jumpa perhentian bas berdekatan Giordano dan WHO AU. Naik bas berwarna merah bernombor No.5002.

Everland_5
Exit 10
IMG-20160131-WA0006
Jalan terus selepas keluar dari pintu Exit 10
Verland_3
Jalan lebih kurang 10-15 minit.
Everland_2
Inilah basnya, 5002. Tambang dalam KRW2000, swap je T-Money dan pastikan bas yang akan anda naiki adalah perjalanan dari Gangnam ke Everland.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40-50 minit. Jauh weh. Dalam perjalanan, sorang budak perempuan (tempatan) duduk sebelah aku. Aku mulakan perbualan dengan bertanyakan betulkah bas yang kami naik ni menuju ke Everland (Sajalah.. haha). Angguk ja dia. Ndalama lepas tu dia cakap, “my english not good“. Aku cuma reply, it’s ok. Tak apa dik, hakak ni paham, hakak pun bukan brilliant sangat dalam Inggeris ni, gitew!. 🙂 Sempat juga kami bertukar-tukar emel yang tak sempatnya kami ber-we-fie. Haha. Apalah lembap sangat otak tak ambik kenangan dengan dia Hernie ooooiii!

Rupanya dalam bas menuju Everland, bukan kami ja orang Malaysia. Ada lagi Malaysian dalam bas tu. Budak lelaki 4 orang. Nasiblah tujuan sama, so tiap kali bas berhenti, masing-masing signal geleng kepala sebab bukan stesen yang sepatutnya. Dan si Ahn De Yun (budak aku maksudkan tu) pun membantu juga. Dia sempat bagitahu selepas dia turun, next stop is Everland station. Nah gitu, mudahkan kerja kalau bertanya, apa orang kata tu, ‘malu bertanya sesat jalan”. Terima kasih dik. 🙂 (Setakat hari ini, ada 2, 3 kali kami berbalas emel. 🙂

Everland_4
Setibanya di station perhentian tu, you all perlu ikut sahaja signboard menuju ke Shuttle Bus Everland. Then akan sampai ke stesen shuttle bus tu. Hah, tu bebudak Malaysia yang aku cakap kat atas tadi.

Usai bayar tiket masuk. Kami bersetuju untuk berpisah dan berjumpa semula di pintu masuk Everland 3 jam berikutnya. Kumpulan terbahagi kepada 3 kumpulan, Kak Siti dengan Bibie, Masni dan suaminya, aku, Hanis dan Effi. Kami bertiga memulakan pengembaraan di Taman Tema yang pernah dikunjungi oleh RM ni di bahagian Safari. Wah. Gigih kau turun, nak naik macamana entahlah. Tabahlah wahai kaki. Eheh.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Cuaca agak nda memberansangkan ketika itu. Mahu kata nak hujan tak juga, cerah pun tak juga. Suhu jangan cakaplah, masih diluar kebiasaan.

IMG-20160130-WA0007

PhotoGrid_1463555813031
Gigih baris, sebab nak tengok rimau. Erk! Ni kat Safari World
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Haiii!
PhotoGrid_1463555774426
Hamboi abang, lena ye tidor dengan suasana sejuk macam tu.. Anneyong!
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Kwang Soo!!!! Yang ni dah kat Lost World, nak naik bas atas air ni pun terlalu ramai yang beratur. Haihhh
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
RM pernah buat rakaman kat sini, ini task Gary.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Ini pula task Jong Kook!

Sekianlah pengembaraan di Safari World dan Lost World:-

PhotoGrid_1462162361249
Macam biasa, model aii.
IMG20160130132843
Turun senanglahkan, nak naik tu berpikir juga. Nasib ada benda ni, save sikit tenaga nak mendaki. Benda ni, nak turun punya ramai beratur, nak naik, tak yah beratur dik. 😀

Lepas habis tu, kami membuang masa di kawasan sekitar. Nak  naik roller coaster bagai memang tak lah. Aku memang nda minat semua tu. Eheheee. Berlegar la jawabnya dan macam biasa adalah yang jadi model dalam gambar aku. Ahah!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Line Messenger, the famous chat medium in South Korea.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Memang nda masuk la restoran-restoran kat sini.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Memandangkan aku & Hanis adalah Kpopers. Agak kecewa jugalah bangunan ni closed untuk orang ramai. Hampeh!
IMG-20160130-WA0009
Mesti cantik pokok ni kalau malam. Pernah tengok dalam RM. Hmmm
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Sempat mengopi di sini. Kopi je mampu uuu!
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Kalau nak tanya apa-apa pegi tempat ni, sebelah kanan dari pintu masuk. Kat sini lah kami tanya di mana prayer room. (note: dalam peta memang tak ada kena nyatakan dimana letaknya prayer room)
PhotoGrid_1463555792780
Sempat ambik gambar kat zoo tadi. Hari mereka bersama keluarga dan ada juga ‘rombongan sekolah Mak Kiah’ Hekhek.
IMG20160130134520
Semasa menunggu kengkawan lain, ambik tenaga dengan makan ni. Chipsmore + Coffee, amatlah mengharukan masa tu.
IMG20160130135644
Hanis, handphone & bekalan makanan.
IMG-20160131-WA0019
Bila yang lain suda datang, apa lagi mesti ada ceritanya. Masa ni Masni tengah cerita yang staff Everland cakap husband dia seperti artis Malaysia. Mak aihhh.. Kerlas kauuuu jah!
Everland_6
Ini kena admit, tukang sapu pun muka jambu. Kerlas!!!

Usai bertukar cerita dan melepaskan penat berjalan kami gerak ke kawasan menunggu bas.

IMG20160130151915Nak balik dah.. Sedikit peringatan pada you all.. Di mana bas turunkan semasa anda datang, bila nak balik kena tunggu bas di tempat tu juga. Kami pulak hari main hentam je. Sudahnya, turun di salah tempat. Hehehe. Kena naik balik kat Everland. Ehee. Budak baru pertama kali pergi lahhhh..

IMG20160130151920
Masni & Suami.
IMG20160130160008
Agak lama jugaklah menunggu bas datang..

IMG20160130155916

 Kira-kira jam 3.30 petang kami menaiki bas menuju ke Gangnam Station.. Alhamdulillah.. perjalanan berjalan lancar.

Posted in Seoul, South Korea, Vacation, Winter Trip

[mts] Winter Trip 2016 (Seoul): Hongdae

Assalamualaikum.

Previous Entry: Makan Restaurant

Memang benarlah kata si aramunni di kapal hari tu, ramai seramainya ‘young man & young woman’ di Hongdae. Mak aih. 2 tahun lepas aku datang situ memang ramai, tapi rupanya lagi ‘heaven’ malam. errr.. Hehe. Nak pergi Hongdae berhenti di Hongik University Station, exit 9.

Malangnya, aku nda ambil gambar sepanjang berada di Hongdae kali ni. Sebabnya, malam. Bila malam sejuk dia, adui sejuk gila you. Buka gloves memang taklah. So, dua keping ini je yang ada. Ini pun atas ehsan travel mates. Bibi ada ambik video, tapi tak dapat upload di sini. 😦

IMG-20160129-WA0079
Tengok kat belakang tu, sepanjang-panjang jalan anak muda berpeleseran
IMG-20160129-WA0082
Ketika ni, kami berhenti sekejap. Tengok keadaan muda mudi korea berpeleseran.

Sepanjang berada di Hongdae, kami ‘disajikan’ dengan street show, errr bolehlah kan panggil macam tu. Boleh tahan banyak jugalah persembahan, dari orang perseorangan, sehingga berkumpulan. Yang paling mendapat sambutan apa lagi, kumpulan yang mempersembahkan tarian KPOP dengan diiringi lagu-lagu fofular masa kini.  Fuh! Mantap, mantap. Sejuk-sejuk boleh pakai sleeveless. Tunjuk macho kunun. Ramai letewww yang suka. Haha.

Tujuan ke Hongdae sebenarnya adalah misi menjejak restoran Haha Running Man (lagi) & Hello Kity Cafe (HKC). Sampai juga ke bangunan Sangsang Madang, nampak pun tidak restoran ala-ala Jamaica. Hampeh! Memandangkan HKC pun dah berpindah tempat, tak jumpa juga. Adui. Ini semua kerana terlampau ramai bebudak muda di Hongdae, sebab tu tak nampak. Menci!!

Walaupun misi pencarian tak jumpa, dengan sukacitanya aku nak bagitahu kedukaan terubat bila kami berbelanja lagi di sana. Wah gitew. Ada yang beli gelang, snow cap, beg, cap, aihh macam-macam jugalah. Si empunya blog ni apa lagi. Memborong juga leeee. Ekekeekeee…Nanti kita share apa benda yang dibeli sampai tak hengat donia. Adui!

Lepas sakan berbelian dan ikut menonton persembahan jalanan. Kami kesejukan dan blah. Tapi tempat tu makin ramai pula yang datang, jalan pun asyik terlanggar-langgar jew. Menci tauuu.

Daaa… Esok kita ke Everland Resort.  *wink!!*