Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. π
(Previous Entry, Click – Hari Ketiga di Vietnam.. )
Wohooo.. Maaf, lama pulak nak update Hari Terakhir di Vietnam ni.. ekekeeekee.. Biasalah banyak agenda hujung-hujung bulan Januari.. Wokeylah..Untuk entry Hari terakhir ni.. Aku tak banyak juga nak cerita.. Hanya bergambar sakan kat Tan Son Nhat International Airport.. Nak-nak flight kami delay.. Ingin menyembunyikan perasaan risau.. Bergambarlah sahaja.. Ekekekeke…
Ada lagi sisa baki duit nak berbelanja.. Siap dah kemas barang, sarapan ala kadar.. Apa lagi round buat kali terakhir area Ben Tanh… Sempat juga rembat baju kurung pasang siap 3 pasang.. dan Kak Mas pun macam tu juga…
Before blah, singgah makan kat kedai kedai Hajah Basiroh.. Menu sama macam semalam.. π














Nampak tak kami duduk kat mana.. Terpisah ok. Tapi terpisah dengan baik.. Kak Mas kat seberang, ai kat seberang..Hehehe.. Best-lah tak ramai orang.. So, you boleh buat ikut suka hati you, contohnya, bergambar macam ni.. ekekeke.

Sesampai di KLIA2, kami tiada masa nak bergambar lagi.. Terus check in, lupa nak buat web check in hari tu. Round satu KLIA2 tu, rupa-rupanya kiosk dah tak kena guna. Bertuah betul. So buang duit RM10/ seorang untuk check in. Cis! Habis urusan check in dan drop baggage terus ke surau.. Lepas dari surau, cari makan, lepas tu beli pesanan orang, bun Gardenia yang maha sedap tu.. Bila menunggu waktu terbang, memang tak terfikir lagi nak bergambar-gambar.. Lagipun penat, battery HP dah low sangat.. So.. Baliklah..
Dengan ini, cuti beli belah di Vietnam berakhir di sini. Taktau bila nak jalan lagi. Yang pastinya, tahun 2015 ni aku tak keluar Malaysia, banyak benda nak settle. π 2016 kita beraksi semula, hokkay! π
(Eh Eh masa update ni, tengah menonton perlawanan Arsenal vs Aston Villa, hello! Sampai Arsenal menang tak habis update.. π Menang 5-0. Err ulangan. 5-0!! Ops! Sorry, ai memang The Gunners. Sorry buat yang tak senang hati.. Muahaha)
