Posted in Chapter 36, Kembara, Pulau Jeju, Spring Trip, Vacation

[mts] Jusangjeolli Cliff

Masuk kereta cepat-cepat sebab angin maha kuat. Berpanasan seketika dalam kereta seketika. Lepas dapat haba dari kereta, bersedia ke destinasi seterusnya iaitu Jusangjeolli Cliff (JC). Ketika ini, angin seperti biasa. Bukan apa, gusar kalau salji turun lagi. Takut wehhh. Jalan licin kottt. Sepanjang di JC pun nda aman. Banyak orang tu ok la sikit, tapi angin laut yang menyapa bagai tiada ampun. Nasiblah tudung sarung ja, kalau bawal. Hambik le engko senget sana sini. Nda lama pun di JC, dalam 15 minit. Usai bergambar dan pusing di sekitar taman, kaki terus lari ke kereta. Gerimis mengundang awak. Bagus balik. Suhu pun boleh buat ber-huhuhuhu.

So, layan je gambar weols yang tak seberapa ni. Ehehe

Kawasan parking.
Sayu ja cuaca ni kan.
EF: KRW2,000/ adult
Tengok ha tudung tu, inda payah pakai kipas mau berlakon terbang-terbang 😀
Ada gerai juga kat sini, tabah ja lah mau makan hallabong tu. Masa ni dah gerimis mengundang, langkah weols laju bebenor.
Lepas ni pulang.

Bagi sis, pegi ke tak ke sini, tak kisah. Dari korang ja. Actually kawasan ni luas lagi. Tapi kami cuma pergi tempat trademark lokasi ni ja. Yang taman-taman kat dalam tu, kami nda pergi. Sebab hujan gerimis ni, membantutkan niat. Tapi berpuas hati juga. Alhamdulillah.

So, bajet kat sini cuma KRW2,000 je. GPS ke JC: 7381393

Posted in Chapter 36, Pulau Jeju, South Korea, Spring Trip, Vacation

[mts] Play KPOP, Choc Land & Yellow Cafe

Usai ja dari JFV semalam, kami terus CI kat KKGH. Letak barang bagai, terus keluar ke convenience store. Carik nasik. Lapar weh, seharian makan keropok dari KONEL. ehehehe. Makan nasi bersama bekalan ikan tin & magie yang di bawa khas dari Malaysia.

Keesokkan harinya (7hb April) seperti terdapat pada itinerary kami. Pemanduan yang meyakinkan ini menuju ke Play KPOP(GPS: 7809000). For sure-lah Cik Hanis kegembiraan. Ehh. Ahjumma sebelah ni apa kurangnya. Eheheeee.

Tu diaaaa. Entrance Fee: KRW15,000. Hah kau! Nasib minattttt. Layan!

Nampak tak muka happy Cik Hanis.

Lepas beli EF, layan konsert G Dragon pulakkk 😉

Antara yang terdapat dalam Play KPOP.

Kat store ni, sis beli postcard je. Cik Hanis dengan BTS dia leee. hihi

Masa dalam bangunan Play KPOP ni, kat luar sempat hujan salji 5 minit. Aduhai!

Selepas dari Play KPOP kami bergerak ke sebelah pulak, Chocolate Land. Entrance fee KRW3,000 tapi kami nda masuklah, sayang duit. Bergambar di depan store tu ja la. Ehehee.

Tengok tu, cerah balik dah. Eheeh. Sepertinya tiada tanda-tanda selepas salji kan.

Apa fungsi patung hijo ni kat depan bangunan Chocolate Land pun tak tau la…

Lepas dari CL, kami melintas jalan ke Yellow Cafe which is.. Banana Uyu Café!!! omg! heksaited leee. Benda masuk mulut kan. ehehe

Jumpa kawan baru. Sempat juga bertukar-tukar cerita dan ‘ngopi’ Bersama dalam Yellow Cafe.

Satu-satunya gambar kami berdua tanpa ber-wefie. Selalunya salah sorang akan take wefie. Thanks kawan. (Sorry, sis lupa nama dia. Huhu)

Sis happy ooo jumpa ini café.

Cozy. Full of yellow guys.

Kopi masing-masing: sis and Cik Hanis. Bread tu weols share bertiga.

Besar gils.

Moh gerak.

Senget tudung sis. Angin kuat.

Sebelah Yellow café, Ripleys Believe it or not. Takde masa kami nak singgah. Tengok le awan itew.

Dengan signboard ja la mampu.

Untuk pengetahuan semua, tempat ni memang 4 sekaligus. Park ja dekat parking area Play KPOP, jalan kaki ja ke Choc Land, Yellow Cafe, Ripleys Believe or Not & Teddy Bear Museum. So save minyak. 😀

Bajet di sini: Total KRW20,300 [EF Play KPOP: KRW15,000, Ngopi di Yellow Café: Kopi KRW3,600 + Bread KRW1,500 & Postcard KRW3,000 (2pcs)]

Wokaiii, jumpa di entry next. Thanks for reading this entry. Major Love.

Posted in Chapter 36, Pulau Jeju, Spring Trip, Vacation

[mts] Jeju Folk Village

Sungguh nda disangka, travel ke Pulau Jeju April lalu, sampai tahun 2019 tak habis-habis update. 😉 InshaAllah sis habiskan dalam bulan Januari 2019 ni yeee. Semoga entry sis dapat membantu uols yang nak pergi ke Pulau Jeju. 😀

Selepas dari Seopjikoji, hajat di hati nak ke Ilchul Land. Taip GPS Ilchul Land, tapi tersesat ke ladang mana entah. Nasib nda jadi apa-apa. So proceed ke Jeju Folk Village. Alhamdulillah, cuaca yang baik-baik membawa kami ke destinasi yang di tuju dengan selamatnya. Sesampainya ke JFV, cuaca still the best (honestly, sepanjang di Pulau Jeju, cuaca di JFV paling best. Angin sesedap rasa, panas secukup rasa. ehehe).

Jadi mari lah kita melayan gambar-gambar yeee…

Kawasan parking yang full, lepas habis jenjalan kat JFV kami terjumpa dua orang Malaysian yang nak cari tempat penginapan diorang di Seongsan. Harap-harap mereka jumpa dan dipermudahkan urusan pencarian mereka. Mintak maaflah, kak tak dapat nak tolong banyak.

Entrance

Selepas mengorek batuan kat tapak kasut. Ehehe

Jom kita mulakan perjalanan.

Lupa pulak apa nama rumah ni.

Pernah terbaca entry berkenaan gambar ni. Sangat lucu.

Gitu-lah kan Korea ni.hehehe

Dolu-dolu cara cuci kain, sama ja kot dengan tempat kita.

Antara aktiviti di sana.

Bunga fav sis, dan beberapa Bunga yang ada di sekitar JFV (kat bawah)

Lokasi penggambaran drama kesukaan mama Cik Hanis.

Moh le balik.

Asalnya mau singgah ni Pyeoson Beach, tapi kuat gils angin dia. So balik le ke KKGH.

Jeju Folk Village: Entrance Fee KRW11,000/ adult. GPS ke JFV: 7874501

Selain dari menikmati bunga-bungaan, mengenali sejarah, tempat ni juga menyediakan permainan dahulu kala. So full package la kalau mau merasai kehidupan tradisi orang Korea di jaman dulu-dulu.

Thanks for reading this entry.