Selepas bergurau dengan patung batu di Cheonjiyon Waterfall. Sis dan Cik Hanis bersedia untuk meredah kesibukan kota Bandar Jeju. Tapi sebelum tuuuu, weols singgah di Halla-san tapi menggunakan Yeongsil Trail. Hajat di hati nak hiking la kan, tapiiiiiiiii.. bersalji & licin. Kasut pun nda menepati rasa untuk ber-hiking.
So, kita layan dulu gambar-gambar ni yaaaa
Memandu dengan hati yang kental.Mau berhenti ba di sini, bergambar. Tapi takut pula ada apa-apa. So gambar dari dalam kereta la.Simpang ke Halla-san.Nda sangka bersalji sepanjang mau naik ni.AwwwCafé yang terdapat di kaki gunung untuk Yengsil Trail.
Cik Hanis.Cik HernieTak sangka dapat ke sini semasa salji.
Tempat memulakan trail.Tandas.Nda silap tempat membersihkan kasut selepas trail berakhir.
Gunung Halla.Kawasan Parking.
Happy, nda sangka jejak sini cuaca begini. Namun takut jugekkkMarilah kita menuju ke Jeju City.
Akhirnya, kami menamatkan penjelajahan di Seogwipo City dan bergerak ke Jeju City. Bye bye Seogwipo, till we meet again!
Bajet: Pass naik ke atas menggunakan kereta – KRW500.
Lokasi seterusnya adalah Cheonjiyon Waterfall. Ada yang kata kalau tak pegi sini pun tak apa. Ada yang cakap best kat sini. Ada yang cakap pergi siang best, ada yang kata pegi malam lagi menarik. Tapi kami tetap pergi. Pergi selepas ber-Jeongbang Falls.
EF: KRW2,000, GPS: 760 6304
Bagi kami, Jeongbang Falls dan Cheonjiyon Waterfall masing-masing ada daya tarikan tersendiri. Kalau JF kawasan lebih terbuka. Sedikit panas sebab air terus mengalir ke laut. Faham-fahamlah kalau cuaca laut kan. Dan tu lah menariknya air terus ke laut. Manakala CW pulak, kawasan agak tertutup, rasa sejuk, dipenuhi dengan kehijauan yang redup serta udara lebih menyegarkan. Kalau prefer ketenangan pergi sini. Tenang ja dengan kicauan burung dan desiran air mengalir.
So, tak rugi pon kalau pegi kedua-duanya sekali. Jauh pun tak antara keduanya. Ehehe
Parking Free ye anak-anak.Nasib kau lah datang pada hujung minggu. Punya ramai i tell u!
Kaunter cek tiket ye anak-anak.Apsal aku tengok muka Cik Hanis kat sini macam Kang Jun. Omg!Minum, minum!Geng Bas Pacik-Pacik buat rombongan, bukan main seronok mereka yew!Aku dah cakap dah ramai.Dari jauh je mampu nak gambar waterfall itew.Nasib kamera boleh zoooomDari jauh macam ni je Selfie yang mampu kami ambil.Gigih nak nampakkan air terjun tu. Tengokla macik kat hujung tu, sampai terduduk nak mengambil gambornyeeeSetelah berpuas hati nampak air terjun, marilah kita berjalan menuju keeeeeluar. eheheCuaca still sejuk. Sejuk-sejuk ekon je la.Ni pun spot paling best. Nyaman gila udara. Bunyi desiran air. Fuh. + kicauan burung lagi. Tenang babe. Yang tak tenang ramai orang. EheEntah ruangan apa, siap ada signboard tak boleh pegi sana yaw. takpeeeeAmboi cik hanis.Pacik tu jeles le tu, kita ni gems. AhahahaaApa gaya tu Cik Hanis. 😀Antara kedai yang ada.Antara mesin yang paling famous bagi couples di Korea ni. AwwwwDolhareubang ni nda dengar cakap sis, so sis denda diorang berpanas dalam barisan. 😀 😀Bah balik, Halla-san lagi menanti.
Dan selepas tu, maka kami pun keluarlah dari Area Seogwipo. ♥
Ceritanya, kena CO dari KKGH and ke lokasi seperti tertera dalam itinerary. Dimulakan dengan Jeongbang Falls. Mereka-mereka cakap, istimewa falls ni, sebabnya air terus jatuh ke laut. Aww..
EF: KRW2,000, GPS: 7606341/ 7331530
Done Parking. Free.EF: KRW2,000/ adult.
Tu ha, waterfall-nyeParah juga cari spot selfie nak nampak waterfall tu. eheBoleh tahan ni juga turun ni.Laluan yang kami turun tadi.Jenuh tunggu turn ni.Ramai orang yaw.Akhirnya. Namun kepanasan tu aaaaWeekend kannn.Aramunnis yang jual makanan seafood.Gigihlah, nak selfie nampakkan keseluruhan waterfall.Sampai senget-senget kitew.
Dan, tidak lebih dari 30 minit kami beredar dari sini. Sebelum tu, kami beli hallabong untuk bekalan ke Jeju City. ♥
Beli hallabong kecik-kecik ni, dengan harga KRW5,000. Sedap tapi masam. Acanne. 😉