Winter Trip 2016: War Memorial of Seoul

Assalamualaikum.. 

Previous entry: Makan Part 1

Hari ke empat, kempen 10,000 langkah dimulakan menuju ke Jong no 3 ga Station. Cuaca agak panas, tapi suhu masih lagi diparas luar kebiasaan diri, 10º c. Tak okey kan?? hehe. Agenda pertama adalah pergi, The War Memorial of Korea (TWMK). Hamboi patriotik kan? Kat sini, ada kau nak pergi tempat-tempat macam tu Hernie? Tak ada maknanya. Ahaks!

IMG-20160128-WA0051
Adik-adik yang sentiasa SYMP dengan kami. Ehe!
IMG-20160128-WA0054
Menuju ke Subway station

Jong no 3 ga → Chungmuro → Samgakji

Dari Station Samgakji, ambil exit 12. Lepas tu, jalan terus, kira-kira 250 meter dan kawasan TWMK adalah sebelah kiri anda. Tapi pada hari tu, kami tak lalu jalan macam tu, aku nak diorang rasa jalan yang kami lalui 2 tahun lepas. Ehe.. So ada jauhhhh sikit perjalanannya. 🙂

IMG-20160128-WA0049

IMG-20160128-WA0065
Asal masuk ja permulaannya, nak hilangkan sejuk. Tau-tau teruslah pulak ‘melawat kawasan’.  Memandangkan dulu aku tak masuk dalam bangunan tu, then kali ni ambil peluang nak tengok apa yang ada kat dalam. Gambar di atas ni, memang gelap sangat kawasan ni, lilin je penerang kawasan. Maklumlah kawasan di mana mereka memperingati perwira-perwira mereka. Dijadikan cerita, kami asyik jalan sampaikan Kak Siti nda perasan apa  yang  ada di lantai. Dia terlanggar bunga-bunga yang bersusun kat tepi aku ni. Ahjumma penjaga kawasan rasa nak marah kot. Mesti tersirap darah ke seluruh badannya. Tengok muka pun dah jelas. Lekas-lekas Kak Siti minta maaf. Yalah, kita faham lah kan benda-benda macam ni, penting bagi mereka, nasiblah ahjumma tu masih ada kesabaran. Err. Gelap sangat, tu yang terlanggar kot. Maaf ahjumma.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Wall full of information.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

IMG-20160129-WA0036
Lepas ronda, ingakan terus boleh keluar. Pusing pusing, nda jumpa. Terpaksa patah balik. Keluar dari di mana kami masuk. Ehe.

Sebenarnya, banyak yang boleh dilawati dalam ni, kami hanya berpeluang meluangkan masa di sekitar 1 Floor (The War History Room) dan 2 Floor (The Memorial Hall) sahajah. Dah mengalah dengan keadaan, lagipun banyak bebudak buat lawatan. Maka keluarlah kami.

IMG-20160128-WA0058
Menuju ke ‘outdoor exhibition area’

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

IMG-20160128-WA0061
Tak banyak aku ambil gambar kat luar ni.
IMG-20160128-WA0045
Jalan punya jalan, terjumpa pula this ahjussi and his Mother. Ahjussi yang tegur dulu. Baiknya hati dia, bawak mak jenjalan. Umur mak dia tak silap dalam 80+. Dia dalam 60+. Sihat walafiat lagi. Tak hengat dah apa ahjussi ni cakap sampai Hanis dan Kak Siti gelak sangat. 😀
IMG-20160128-WA0047
Hanis tengah menunjukkan cara-cara mengambil gambar kepada Ahjussi.
IMG-20160128-WA0040
Aramuni yang baik hati dan masih sihat. Semoga baik-baik sahaja. Feel blessed actually when the local people greeting you first. Untuk menunjukkan kita berterima kasih pada mereka, haruslah tangkap gambar satu dua kan! (Membelakang matahari, tu yang gelap)
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Usai bergambar sama dan berpeluk dengan si Aramunni. Kami start nak gerak ke next destinasi.
IMG-20160128-WA0059
Bergerak ke subway station.

Till we meet again TWMK! Next destination, Namsan Tower. Hmmm

Winter Trip 2016: Makan Part 1

Assalamulaikum..

Kalau nak tahu kisah sedih di Seoul World Cup Stadium, klik sini.

Selepas kekecewaan yang melanda di SWCS, memang perut dah bunyi genre rock. Kami meneruskan langkah kaki yang longlai ini ke Itaewon. Rancangannya memang nak makan di area Itaewon, either  Murree Muslim Food Restauran or Eid. Dari WCS kami direct ke Itaewon memandangkan subway line adalah sama. Kesian juga dengan kengkawan ni, mesti ada yang sakit kaki dah. Eheehee. Warned them early yang nak ke tempat dimaksudkan kena mendaki sikit. Supaya mereka nda terkejut dan lebih bersedia. Ehee.

World Cup Stadium → Itaewon (Exit 2)

Dalam fikiran aku, memang exit 2. Tapi kaki terus melangkah ke exit 1. Adui, heksaited sangat kot nak lalu lorong tempat tinggal doulu. Haha. Hampir 10 minit aku perasan, that is not the right way, then patah balik. Mak aiiiihhh. Dahsyat kau Hernie, mendera orang-orang sakit lagi. 😦

IMG-20160127-WA0006
Wrong way, sorry. My bad!

Sedikit info: Bila dah keluar dari exit 2, jalan terus sampai jumpa first traffic light. Then tengok kat seberang (Sebelah kanan anda), ada Baskin Robin. Melintas jalan menuju ke Baskin Robin, then  dari Baskin Robin ambik side kiri. Jalan terus (mendaki sikit), perhatikan bangunan sebelah jalan, there have a junctions. Junction ke tiga masuk dan jalan terus. Murree Muslim Food berada di sebelah kanan anda. Selamat mencari! 

Bila sampai je dekat Murree, restoran nampak kosong. Nak masuk atau nda. Hajat di hati mula-mula mahu teruskan carik Eid. Akibat semua rasa keletihan. Kesian pula. Then masuk ajalah.. Order apa yang patut. Kebetulan ada WiFi masa tu apa lagi, sementara tunggu makanan kami ber-anti social.

microMsg.1453873751390
nda ada orang masa ni, customer cuma kami seja.

Agak lambat jugalah makanan dihidang. Mungkin stock habis, sebab masa kami tengah layan internet ni, tetiba staff restauran masuk sambil bawa bahan mentah baru beli.Bila dia keluar entah pula, nda nampak. Eheee.. Kira-kira 20 minit tunggu, side dish pun dihidang..

IMG-20160127-WA0030
Same as the old time.
IMG-20160127-WA0034
Kalau dulu, bulgogi ni lah idaman, sampai termimpi-mimpi nak makan lagi. But this second trip, aku dah ada menu favorite. Sampai sekarang nak makan tuuuu ja. Huhu. Mengidam mak long ni.
IMG-20160127-WA0031
Tada! Ini dia: Samgyetang. Kinda soup ayam jugalah.  dimasak bersama ginseng. Rasa tiptop. Sesuai lah dengan kami yang di ambang nak demam ni. Terus rasa badan best jaaa.. Hehe. Lepas tu muka merah-merah, erk.
microMsg.1453876476251
Burp, Alhamdulillah. 🙂

Dua hidangan kat atas yang aku post tu, kami kongsi order & bayar. (Kami: aku, Hanis dan Effi). Yang lelain order menu lain. Yang aku ingat Masni & Husband ordered kari ayam. Kami mengamalkan sharing is caring. So semua dapat rasa hidangan masing-masing.. Alhamdulillah.

Untuk hari ketiga di Seoul. Penutup adalah di Itaewon. Sebelum balik, sempat juga membeli belah makanan di sini (diorang-lah). Sebab keyakinan di sini meninggi, memandangkan banyak kedai yang tak payah ragu ke-halal-annya.

Usai membeli, masing-masing mau balik. Rehat dan tidur. Almaklumlah. Hehe.

Itu sahaja untuk hari ketiga.. Daaa.

Thank you for reading this entry.

 

Winter Trip 2016 (Seoul): Seoul World Cup Stadium

Assalamualaikum..

Previous entry: Gwanghwamun Square

Ketika di Gwanghwamun Square, kami agak kurang untuk mengambil gambar, sebab area hujung tempat tu ada tunjuk perasaan secara aman. Ingat nda tentang feri yang karam di laut dalam perjalanan ke Pulau Jeju. Tentang tu la. Ada booth untuk pameran kejadian tu. So suasana agak suram + keadaan beberapa kawan termasuk aku yang nak flat. So kami meninggalkan kawasan tersebut untuk ke Seoul World Cup Stadium. Dengan penuh harapan dapatlah masuk stadium dan seterusnya bergambar dalam suasana stadium.

Sampai saja di World Cup Stadium. Kecewa sangat. Tak ada apa-apa. 😦 Layan ajalah gambar ni. 😦

IMG20160127131101
Harapan tinggi sangat. Hmmm
IMG-20160127-WA0012
The ladies.
IMG20160127131436
Hmmmm
IMG20160127131142
Nampak sangat tak ada orang datang sini. Tapak kaki kami je kott
IMG20160127131146
Sebelum balik, gambar kaki sendiri la. UhuK!
IMG-20160127-WA0015
Welcome-lah sangat. Bye!

Dari Gwanghwamun Square kami menggunakan subway terdekat:

Gwanhwamun Station  Gongdeok World Cup Stadium (Exit 2)

Sampai ke hari ini aku tercari-cari kenapa that day World Cup Stadium nda buka untuk orang ramai. Biasanya buka je pon. Kalau ada yang terbaca entry ai ni, kalau you all tahu kenapa 27 Januari 2016 WCS tak buka, please share. Sebab aku tak puwas hati, eheehee..

Lepas kekecewaan yang tak diduga, kami bergerak ke Itaewon. Semua kelaparan tauuuu.. Apa lagi, Murree Muslim Restaurant adalah first kedai makan kami jengah. Next entry you all. 🙂

Daaaa