Posted in Hernie at Work

Netball Tournament

Assalamualaikum..

Weekend yang mengujakan minggu lepas, sebab apa?? Sebab Jabatan kami sertai Kejohanan Bola Jaring, Piala Toh Puan 2016 anjuran Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah (SABANA). Ini merupakan penyertaan julung kalinya buat jabatan kami. Bagus juga untuk pendedahan, disamping dapat merasa keseronokan pertandingan di peringkat luar jabatan. 🙂

img_20161015_164643
First game, ai simpanan jewwww
img_20161016_152858
Second last game.. Semua muka happy, main nda stress.
img-20161016-wa0021
Mendengar ucapan. Gambar ehsan orang. Pakai zoom ni, tulah gambar macam ni. Ehe.
img_20161016_182341
Finally. Penderitaan yang seronok berakhir.

Kami dinobatkan team ke-8 dari 24 pasukan. Lucky-lah sebab satu kumpulan dengan team yang tak berapa nak hebat.. Syukur.. Peringkat kumpulan top 2, keseluruhan 8 team ke suku akhir. Memang dijangka tempatke-8 tu. Ahah!

Usai penyampaian hadiah tempat pertama hingga ke-empat. Anugerah sampingan pulak diumumkan. Tiba-tiba emcee sebut nama Jabatan Pertanian sebagai pemenang Anugerah Fair Play. Mak aihhh, nda sangka betol! hadiah berbentuk Piala Anugerah, Bola Jaring & Hamper. 

Keseluruhannya:-

  • Tempat Pertama – PPD Keningau
  • Tempat Kedua – SUK Sabah
  • Tempat Ketiga – BOMBA Sabah
  • Tempat Keempat – OSCA

Sukan kegemaran dari masa kurus sampai gemoks. I ♥ Netball! 😀

psst; gambar handphone semuanya kat atas tu, sebab tulah tak berapa nak ‘cun’.. 😉

Naik Kereta Aku?

Actually saja nak bagitahu.. Abam-abam Caliph Buskers (CB) naik kereta aku… Eheehee.. (Hashtag #Janganmarah #Janganjeles)

IMG_20151211_163450
‘Wefie” bersama. Dari kiri: Syazmeen (Manager CB), Abang Zaki & Nirwan

Aku tahulah kereta aku tak seberapa. Biasa-biasa sahaja. Tapi membawa orang seperti mereka such a blessed. Masa ni bawa  diorang pegi pasar untuk beli kueh-kueh kering (cincin, amplang, belinjo, kueh lidah & yang sewaktu dengannya).

Melihat senyuman ini, buat aku rasa aku antara yang bertuah dapat membuatkan mereka tersenyum di sepanjang perjalanan.. Mereka insan istimewa, mereka insan yang tahu erti syukur, mereka menerima diri mereka seadanya, mereka insan terpilih untuk memberi kegembiraan pada kita dan mereka juga insan terpilih untuk kita contohi, kalau mereka boleh berjaya kenapa kita tidak..

Masa ni juga, tak dapat nak bawa Fendi + Nadira (Suami isteri) dan Azmi (vokalis).

Dengan harapan semoga CB terus success dan semoga dalam rahmat Allah sentiasa. Keep up the good work guys, InshaAllah, kalau niat baik, Allah sentiasa tolong.. 🙂

Lokasi: Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu

Acara: Majlis Makan Malam Pertanian 2015

Tarikh: 11 Disember 2015

p/s abaikan benda berkilat tersebut.