Posted in Hati, Hidup

Be Kind

Kita tidak tahu, selama kita memperkecilkan insan lain, di suatu ketika pada masa hadapan, dia menjadi insan lebih berjaya dari kita.

Kita tidak tahu, di saat kita sering mentertawakan insan yang kerap melakukan kesilapan, di suatu masa akan datang, dia sebenarnya mulia dari sifat kita.

Kita tidak tahu, di saat kita tidak mempedulikan mereka yang kurang bernasib baik, di suatu masa akan datang mereka lebih senang berbanding kita.

Kita tidak tahu, saat kita melakukan kebaikan kepada siapapun dirinya. Merekalah punca kita melangkah ke syurga.

Berbuat baiklah, kerna:

image

Thank you for read this entry!
πŸ˜€

Posted in Hati, Ramadhan

Ramadhan

Assalamualaikum.. Pejam celik, pejam celik. Ramadhan bakal meninggalkan kita. Sedihnya. Bukan selalu ukhwah terbina di bulan suci ini berlaku. Semoga kita bertemu pada Ramadhan 1437H. IA.

Ramadhan kali ini agak berbeza. Besar maknanya pada diriku secara peribadi. Ramadhan kali ini telah menyatukan ukhwah yang ‘terpisah’ sudah 6 tahun lamanya. Semoga ikatan ini akan berterusan dan kemesraan semakin terbina.

Ramadhan kali ini juga memberi dugaan pada kami sekeluarga. Namun, segalanya kami tempuhi disertai dengan kesyukuran atas apa yang terjadi. IA, pasti ada hikmah dari-Nya. Dengan dugaan yang menimpa, aku bersyukur kerana dapat menghabiskan bacaan senaskah Al-Quran (Khatam). Alhamdulillah.

Tiada sepersalinan baru untuk raya kali ini. Bukan hanya untuk tahun ini, tapi tahun sebelum-belumnya juga bergitu. Itu memang kebiasaan bagiku semenjak bekerja. Hati lebih gembira untuk menghadiahkan ‘baju raya’ buat adik-adik. Mereka lebih penting. Perasaan mereka harus dijaga. Perasaan ibu dan adik-adik lebih penting bagi aku.

Ramadhan, sebelum kau datang, hati sayu. Adakah kedatanganmu akan dapat aku nikmati, lalui dan rasai sebagai insan yang bergelar hamba-Nya. Alhamdulillah, aku sempat bertemumu. Aku sempat berkasih-kasihan denganmu. Dan aku berdoa, semoga aku juga sempat bersamamu pada kisah Ramadhan akan datang.

Ramadhan, kau bakal berlalu pergi. Sayunya dan hibanya hati ini. Aku sering berfikir, cukupkah apa yang aku lakukan sepanjang ‘bersamamu’? Semoga Allah berkati setiap apa yang aku lakukan dan ampunkan dosaku sepanjang kelalaian ku semasa berada di bulanmu.. Syukur Allah, Kau berikan aku kesempatan untuk menikmati segalanya. Dalam sedih apatah lagi gembira.

Ramadhan, hanya tinggal esok kita bersama. Hati sudah mula merasa kerinduan yang bakal dilalui.. Allah tabahkan hati ini. Semoga Allah lindungi kita dari kejahatan syaitan dan berkati hidup kita, umat kesayangan-Nya. Aamiin.

Salam syawal. Selamat berhari raya sahabat.

EsksJzoF

Posted in Hati, Hidup

Kasih terhenti

image

Siapa pernah ada peristiwa macam kat atas tu? Alahai, syahduΒ² pasal ni pula. Dah bulanΒ² ramadhan ni tak yahlah kan share bendaΒ² ni. πŸ˜€

AwakΒ² rasa, lelaki dan perempuan boleh tak jadi sahabat baik? Boleh ke tidak? Some people will say ‘yes’. For me personally boleh kot. Cuma ianya jadi tak boleh bila melibatkan perasaan yang tidak disenangi oleh manaΒ² pihak. Contohnya salah seorang menaruh perasaan lebih dari sayang sahabat.

Berpandukan di atas, andai laluannya mudah. Senang bagi keduaΒ² pihak. Saya pernah ada kawan rapat berlainan jantina. Lebih dari seorang. Dan hingga kini, semuanya jadi seperti gambar yang saya kongsikan kat atas. Erk! Agak pelikkan. Tapi sebenarnya taklah pelik sangat, tapi kalau ingin menjernihkan perkara yang kelam better do something agar kedua-duanya tak menyesal. Ye tak?

Saya harap awak, awak dan awak yang punya sahabat baik dengan berlainan jantina, bertindak dengan cara yang betul. Contohnya:

  1. Awak dan si A (lelaki) rapat. Rapat sangat. Bagi pihak engkau bolehlah sayangkan dia tak lebih dari seorang kawan. Dan dia pula memiliki pasangan. Satu ketika dia meluahkan rasa sayang pada dirimu. Apa tindakan awak? Saya rasa dari berlarutan, better awak hadkan hubungan. Tak selalu berhubung seperti teman rapat (sebelumnya). Bersapaan hanya bila perlu. Boleh tak? Tapi kan kalau awak dingin, hubungan akan terhenti macam tu saja. Like gambar kat atas, jadik strangers. Tapi you rasa jadi strangers bagus or berterusan berhubung dan sayang menyayang yang boleh menimbulkan syak wasangka?
  2. Perempuan mana yang tak suka disayang-sayang. Tipulah, sekalipun dirimu adalah seorang yang berpewatakkan lelaki, hati dan naluri you pasti terkesan bila ada yang ambil berat dan menghulurkan sayang. Dan kamu menjadi rapat bertahun-tahun lamanya. Tahu-tahu pula dia sudah berkahwin. Lagi-lagi pulak dia sedang berduka dan menceritakan rumahtangganya bermasalah (definitely meminta ehsan dari you, kalau you sedarlah). You nak buat apa?? Adakah akan terusan menadah tangan menerima kasih yang diberi dan membiarkan dia meninggalkan isterinya yang telah lama dinikahi atau meninggalkannya tanpa belas kasihan?? Pilihan kedua agak kejam juga kan. Tapi rasanya buatlah pilihan kedua. Fikirlah, kalau hari ini kamu bahagia atas derita orang lain, tidakkah kamu rasa kamu juga bakal menerima perkara yang sama?? Tapi percayalah kejadian ini juga akan menjadikan anda berdua strangers in a good way.
  3. Awak dan si A (lelaki single) rapat. Semua masalah (err. tak semualah, boleh dikatakan apa yang dia perlu tahu sahaja) diceritakan. Dan awak tidak punya perasaan padanya, hanya sebagai teman rapat. Satu hari dia bertemu dengan wanita dan hubungan kamu sebagai sahabat rapat terhenti begitu sahaja. Apa yang perlu kamu lakukan? Biarkan sahaja. Jangan dicanang tentang keakraban kamu. Kerana sebenar mana kamu kata, apabila pihak ketiga yang tidak menyenangi kamu akan memutarbelitkan semuanya. Jadi biarkan dia bersama wanitanya, dan kamu dengan caramu sendiri. Apa-apapun yang kamu ceritakan padanya, anggaplah ianya satu kesilapan dan perkara yang menjadi masa silam yang terk perlu dikenang. Dan, dan apa jadi, disitu juga kamu mungkin tak percaya yang kamu dan dia sebenarnya strangers.

Tak kurang juga punya sahabat sejantina yang rapat. Ceritalah apapun, setiap saat tidak kira waktu, kamu saling respond dengan apa yang diutarakan. Tiba satu saat, hubungan keakraban tersebut berhenti dek beberapa faktor, terpisah, salah seorang berkahwin, muncul orang ketiga memecahbelahkan hubungan kamu, mungkin juga salah seorang dari kamu membuat kesalahan dan ego untuk meminta maaf. Sudahnya jadi strangers (lagi). πŸ˜‰ Bagi kamu yang mengalami perkara-perkara ini, bersabarlah, saling menerima teguran, biarkan masa yang merawat kelukaan tersebut (eseh) dan sentiasa berdoa agar kehidupanmu dan dia dipermudahkan oleh-NYA. IA

Banyak lagi contoh. Bila semua berlaku padamu baru kau sedar, akan perkataan berkawan berpada-pada. Silap-silap ada yang akan menikammu dari belakang. Namun, jangan dibalas dengan dendam. Doakan sahabat kalian bahagia dengan apa yang dijalani sekarang. Strangers pun strangers lah, asal kau faham. Kerana hidup ini singkat untuk berdendam dan meratapi apa yang terjadi. Teruskan hidup dengan fi sabilillah, IA Allah bantu.

Salam Ramadhan Kareem.

Sedih Ramadhan bakal meninggalkan kita. 😦