Posted in Autumn Trip, Chapter 37, Europe Trip

[mts] Zermatt, Switzerland

Usai dari Blausee, kami meneruskan perjalanan ke Zermatt untuk ke gunung yang tertera di cover coklat Tobelrone, Matterhorn mountain. Power wehh. Gunung ni terletak di Switzerland dan sempadan di antara Swiss dan Italy dan ia berbentuk seakan piramid. Credit tu rakan travel yang gigih cari lokasi. Sis tau ke Zermatt ja pada mulanya. Hehe.

Sempat singgah di satu selekoh, mungkin Wan penat drive. Ok juga. Kesian dia, kira jauh ba perjalanan ni. Untuk sampai ke destinasi lebih kurang 3 jam, tolak tambah tunggu train kereta yang masuk dalam terowong tu. Pergh!

A-1
Berhenti sekejap lerrr…
Tunggu Train
Tunggu Turn  kereta nak naik train, perjalanan dalam terowong. Jangan terkejut, Swiss ni banyak giler jalan terowong, maybe diorang tak nak rosakkan bumi hijau negara diorang yang sememangnya sangat-sangat indah. Kalau kita??
A2
Ya ampun, lama weii. Hampir 30 minit juga menunggu. Kalau korang nak awal, kena jalan awal la kot kan? Tapi rasanya memang begitulah keadaannya. Ehehe. Kos untuk 1 kereta naik train tu CHF17. Diorang Ella & Mila balik-balik suda masuk kedai ni. Saja buang masa. Sis tak keluar langsung, sebab sejuk baaaa

Lebih kurang jam 2.15 pm sampai di area kaki gunung (kawasan kedai-kedai) Matterhorn. Kami parking di sebuah tempat untuk menaiki bas charter (kos CHF20 return, so sorang CHF5) untuk ke perhentian bas henti-henti, yang mana bas tu pulak akan hantar ke tempat untuk menaiki cable car ke pergunungan Matterhorn. Nak naik cable car ni, harga dia CHF66. Sila convert sendiri. hahha. Nangis masa swipe card. Masa kat kaunter tu, girl kaunter sempat tanya ada travel pass ke tidak. Memang takde kan. Hehe. Dia ada 2 tiket, cable car ke tempat kami pergi ni atau ke glacier paradise, puncak yang akan naik cable car lagi dan di situlah point untuk pemain-pemain ski akan beraksi.

Pintu Masuk
Pintu masuk nak beli tiket naik cable car.
1
Dalam cable car. Berlatar belakangkan gunung yang diselaputi salji. Aouch. 😉
IMG_E5542
Finally!
KLAA9128
Tempat laluan orang baru habis main ski. Best jer kann!
BNXB3766
Belakang sebelah kanan tu Gunung yang tertera dalam packaging coklat Tobelrone, tapi tak nampak pulak. ehehehe.
A3
Tuu gunung tu, nampak ker?
Salji
Gila tak happy!
Sekitar 1
Sejuk gils korang!
Tasik
Entah apa diorang buat kat sana tu, memancing kot. Ehehehek
Santai
Berlatarbelakangkan gunung tu lagi. Kat Swiss ni, air pun cantik. Hahahah
Sekitar tggu bas 1
Kawasan sekitar.
Gunung
Cantik gila tempat ni, nak cakap macamana lagikkkk?
IMG_E5509
Matterhorn Mountain.
IMG_E5511
Nak tinggal sinii, eh bukan di Zermatt, nak di Lauterbrunnen. Hehehe
Sekitar tggu bas
Sementara tunggu Green bas, gambarlah apapun. Rindu pulakkkk.
Tggu Bas
Tempat duduk ni, betul-betul menghadap Gunung Matterhorn. Cantik baaaaa
Tunggu Bas
Last selfie @ kaki gunung Matterhorn mountain.

Sampai kat Lauterbrunnen, lebih kurang dalam jam 7 pm, kami singgah pekan jap nak beli barang untuk masak. Bolehlah beli udang frozen. Sampai ja kat penginapan kami terus masak udang masa sambal sewel Betty Rahmat. Tak berapa nak best lampu kat situ, so menggambar takda masa. Masak untuk makan malam, setel. Pastu Mila & somi balik hotel diorang, kami pun mandi, siap-siap nak tidur.

So perbelanjaan untuk hari ke sembilan di Europe:-

  • Train kereta: CHF9/ seorang (return)
  • Charter bus: CHF5/ seorang
  • Cable car: CHF66/ entry
  • Groceries: CHF8/ seorang

Alhamdulillah for today.

p/s: by the way, the moment sis update story ni, kes Covid19 Malaysia dah cecah 2626 kes, melibatkan kematian seramai, 37 kematian. Ya Allah, jauhi aku, keluargaku, sahabat-sahabatku, negeri ku, negara ku & seluruh dunia dari wabak pandemik ini. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui. Amiin.

 

 

 

 

Posted in Autumn Trip, Chapter 37, Europe Trip

[mts] Blausee, Switzerland

30/10/2019 – Bangun pagi dan mandi dalam kesejukan & kegelapan. Ini kerana black out area dapur & tandas kami (hostel ni kami kongsi tandas dengan orang lain, 1 aras 1 tandas). Penghuni sebelah dari negara xx, dah bising. Ada ja nda kena. Semalam kami sampai pun dia bising-bising cakap kami penyebab black out -memang ayat dia macam tu-. Rasa serba salah jugalah semalam tu. Kejadian pagi ni, Sis malaslah mau ingat.

Hujan pula awal pagi, sejuk tatap lah kan.. View depan penginapan kami gunung-ganang berdekatan yang berdekatan dengan stesen keretapi. Akibat dari perangai makcik tadi,  Mood sis terganggu sikit. Geram pulak. Sudahnya, buat muka awal pagi. Sorry Ella kalau terasa. Disebabkan hujan, sis malas-lah mau gerak-gerak. Ella bawak jalan kaki pergi arah Staubach Falls dekat-dekat dengan area penginapan Mila pun sis tak nak. Kena ambik masa nak cool ni.

Sudahnya sis menunggu ja la dekat Cafe bawah penginapan kami. Kurang 10 min, diorang sampai. On the way ke Zermatt, kami berhenti sekejap di tepi sungai. Punya sejuk. Ya Allah. Bergambar sekejap lah di sana. 

A-1
Sis memang fobia dengan cerun. Macam ni. Nda sanggup sis mau ikut Mila & Ella gambar tebing-tebing macam tu. Keseimbangan badan sis tak menyokong. Karang tergelincir. Hah 1 hal. Drama lagi. Overthinking kan.  Diorang Ella & Mila ni, relax lagi kan berdiri macam tu..

Usai sana, kami teruskan perjalanan. Ternampak pula signboard Blausee. Masuk dan menjelajah Blausee pulak. Ni Mila punya idea, semalam carik tempat menarik di Lauterbrunnen ni. Cantik tempat gilalas lah!

A-2
Baru habis hujan. Cuaca gloomy sangat.
A-3
Sejarah Blausee. Sila baca.
A-4
Sejuk babe!
A-10
Indah kan!
A-5
Tempat harus pergi kalau stay Lauterbrunnen.
A
Sungai pun cantik. Tempat ni, bole hiking ye kengkawan. Oh ya di sini pun ada hotel. Kalau mau stay sini pun ok rasanya. Restoran pun ada.
A-7
Weols pusing tasik ni.
A-8
Tengok betul-betul dalam air tu, ada patung batu berbentuk wanita seperti yang dimaksudkan dalam sejarah nama Blausee ni.
A-9
Jambatan yang you all boleh nampak patung wanita tu & boleh tengok Blausee dengan pemandangan menenangkan. 
A-11
Dengan sepasang suami isteri yang nakal & lucu.
A-12
Nak menuju ke pintu keluar dan. hehe. Sis ada tengok gambar Blausee musim salji. Mak aihhh cantik gila tau!
A-13
Udahlah, mari gerak ke Zermatt. Hehe
A-14
Masa kami nak gerak, dah ramai yang pengunjung datang.

Usai di Blausee kami gerak ke Zermatt pulak. 😉 Perbelanjaan di Blausee, CHF 8 (Entery Fee). Jadi marilah kita jumpa di Matterhorn Mountain, Zermatt. Hehe

Posted in Autumn Trip, Chapter 37, Europe Trip

[mts] London – Bern

29/10/2019, jam 5am kami gerak ke London Gatwick Airport. Untuk menaiki kapal ke Basel, Switzerland dengan menggunakan syarikat penerbangan easyJet (1st time). Sampai di airport kira-kira jam 6.30 am. Terus c/in, Mila belum sampai. Masa nak c/in tu, ada masalah sikit yang sis kurang faham, siap kena marah oleh staff easyJet, maklumlah bukan tempat kita kan. Sedih jugalah kena buat macam tu. Nasib jumpa staff yang baik hati. Alhamdulillah, setel c/in. Waktu penerbangan adalah 8.10 am. Lepas c/in kami tak terus masuk untuk boarding, sebab kami dapat notification, yang flight delay ke jam 9.10 am. Dan, dan juga kami stay minum kopi di restoran Jamie’s Oliver. OMG! Teruja chuols.

Rupanya keterujaan tu, sekejap sahaja. Sedih. Tiket kapal kami nda dapat proceed di pintu masuk sebab boarding time 7.30 am sudah berlalu. Waktu tu jam menunjukkan 8.00 am. Staff airport di pintu masuk tu mintak kami jumpa dengan staff syarikat penerbangan kami untuk bagi kami proceed di atas. Beg kami dah masuk dalam kapal. Turunlah kami ke bawah. Jumpa, bincang, akhirnya memang tak boleh buat apa-apa, dan kami kena beli tiket baru ke Basel dengan harga £99/ orang termasuk bagasi kiranya mahu juga ke Basel. Mestilah mau pergi kan. Dah dalam perancangan semuanya. OMG! Ini bukan sudah percutian bajet. 😦 Beberapa minit, Ella & Wan ambik beg kami yang telag dikeluarkan dari kapal.Sedeh!

Perlu diingatkan, kalau kamu dapat notification macam kami ni, janganlah delay ke boarding area. Terus ja masuk. Sebab kita pun nda tau apa keadaan di dalam. Dari pintu masuk tu ke boarding area memang jauh. Kira sama juga dengan kita di KLIA kan. Patut jugalah diorang tak benarkan masuk. Nanti kecewa. Cuma staff tu agak kekwat jugalah. Tak bolehkan cakap berbudibicara sikit. Rupanya, bukan kami ja alami masalah ni, ada beberapa orang lagi. Kami terdengar masa berurusan di kaunter tu.. huhu. So fikir-fikirkan lah ya kawan-kawan. Ini merupakan pengalaman baru bagi sis dan kengkawan. Nak marah pun, benda dah jadik kan. :\

Penerbangan untuk tiket baru adalah jam 02.30 pm. Lepas ja dapat tiket kami terus masuk, boarding. Kelaparan, jalan punya jalan kami jumpa juga restoran middle east macam biasalah kan. Sis makan ayam, lupa pulak gambar. Lepas ja makan terus lah kami masuk kawasan boarding. Nanti macam-macam lagi. 

Satu-satunya sis click camera phone untuk hari ke 8 adalah gambar dibawah. Takde mood dan berharap akan berjalan lancar perjalanan kami ke Basel, Switzerland. 

B-1
Gambar sebab, sis merupakan salah seorang penguatkuasa Biosekuriti & Kuarantin Tumbuhan di Jabatan sis. So, tunjukkan gambar ni kat bos sis. Mungkin untuk penambahbaikan di masa akan datang bagi bidang tugas sis. Masa sis gambar ni, belum ada masalah lagi. Hihi

Syukur, alhamdulillah. Sampai di Basel Airport. Sis & somi Mila tunggu Ella & Mila yang tengah berurusan pasal penyewaan kereta. Selesai urusan semua tu, somi Mila drive ke Lauterbrunnen.  Kami c/in di Base Cafe, Mila dan somi di Staubach Hotel, perjalanan lebih kurang dalam 2 jam. Sampai cafe, makan jap & rehat. Jauhnya perjalanan disertakan dengan dugaan yang tidak dijangka. Apapun tetap bersyukur sebab masalah tak teruk sangat. 

So gais, perbelanjaan untuk hari ni:

  • Uber, Bayswater – Gatwick Airport: £20/ orang
  • Flight, London – Basel: £99/ orang
  • Kopi: £3.5

So gais, next entry di Blausse. Thank You for drop by, Love!