Posted in Chapter 36

December 2019

Assalamualaikum.

Finally, kita sampai ke penghujung 2019. Errr.. cliche ba kan sebut cepatnya masa berlalu, tapi itulah kenyataan. Sis memang busy. Entahlah. Ni pun dapat meluangkan masa sikit dengan blog. Nanti senang-senang sis kongsi pengembaraan sis di Eropah (Brussels, Amsterdam, London, Bern & Paris) baru-baru ni.. Selamat menghabiskan sisa-sisa 2019 dengan jayanya!

KLNF7714
Brussels, Belgium.
Posted in Chapter 36, Ramadhan

Ramadhan 1440H

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih sihat setelah sekian lama tidak update apa-apa di sini. Sis minta maaf sangat lah ye. Busy ni melampau. Hari-hari terlalu busy selamat sampainya pada minggu lepas. Alhamdulillah, went well. Sis nak say thanks juga buat you all yang sentiasa ‘lawat’ page sis. 

Oh ya, masih tidak terlewat kan sis nak ucapkan selamat berpuasa. Hari ni masuk hari ke-tiga. Alhamdulillah juga, dah masuk juzu’ ke tiga. InshaAllah, semoga Allah beri kesihatan sepanjang Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah, ramadhan kali ni sis diberi peluang untuk merasa sahur dan sungkai di rumah sendiri. Syukur kepada Allah. InshaAllah juga, tahun ni tahun pertama sis beraya di rumah sendiri. Alhamdulillah! 😀

Semoga amal baik dan perkara baik yang ingin kita laksanakan sepanjang ramadhan kali ini dipermudahkan dan diredhai Allah. ♥

IMG-20170526-WA0054

Posted in Chapter 36, Pulau Jeju, South Korea, Spring Trip, Vacation

[mts] Halla-san (Yengsil Trail)

Selepas bergurau dengan patung batu di Cheonjiyon Waterfall. Sis dan Cik Hanis bersedia untuk meredah kesibukan kota Bandar Jeju. Tapi sebelum tuuuu,  weols singgah di Halla-san tapi menggunakan Yeongsil Trail. Hajat di hati nak hiking la kan, tapiiiiiiiii.. bersalji & licin. Kasut pun nda menepati rasa untuk ber-hiking.

So, kita layan dulu gambar-gambar ni yaaaa

1
Memandu dengan hati yang kental.
2
Mau berhenti ba di sini, bergambar. Tapi takut pula ada apa-apa. So gambar dari dalam kereta la.
3
Simpang ke Halla-san.
4
Nda sangka bersalji sepanjang mau naik ni.
6
Awww
7
Café yang terdapat di kaki gunung untuk Yengsil Trail.

8

9
Cik Hanis.
10
Cik Hernie
11
Tak sangka dapat ke sini semasa salji.

1213

14
Tempat memulakan trail.
14-1
Tandas.
14-2
Nda silap tempat membersihkan kasut selepas trail berakhir.

15

16
Gunung Halla.
17
Kawasan Parking.

181920

22
Happy, nda sangka jejak sini cuaca begini. Namun takut jugekkk
img_1321
Marilah kita menuju ke Jeju City.

Akhirnya, kami menamatkan penjelajahan di Seogwipo City dan bergerak ke Jeju City. Bye bye Seogwipo, till we meet again!

Bajet: Pass naik ke atas menggunakan kereta – KRW500.