Posted in Chapter 34

[mds] 2017

Assalamulaikum.

Phewww! Makcik pun taktau nak komen apa sebab tak update blog. Btw, thank you gais guys yang sudi stopped by kat blog makcik yang tak seberapa ni. And sorry for those yang ternanti – nanti update blog dari makcik. Ehhh.. Ada ke?? Hahaha.

InshaAllah, azam makcik 2018 ni update blog selalu yee. Aiksieh! Makcik pun sebenarnya kurang pasti betul ke makcik busy ni, tapi kalau tengok shelve Goodreads makcik yang tak mencapai KPI 20 buku untuk dibaca pada tahun ni, maknanya busy bebenor la tu. Adui! Tapi makcik keliru juga either busy or lazy. Erkk! Bila makcik kira – kira, tahun ni termasuk post ni, 7 posts je. Pheww sangat, 365 kan setahun, ke makcik taktau setahun berapa hari. Hmmm

Yes, the question is, ‘what I have done in 2017’Baiklah- baiklah makcik kongsi la apa terjadi dengan makcik. Ehee. Awal tahun 2017 tu, makcik ada tanam azam kan,nak kurus bagai, baca buku selalu (at least 1 buku sebulan), asah bakat seni jahitan, update blog selalu, tapii.. bila dah end of the year ni, makcik lupa pulak tanam azam tu kat mana, sudahnya awal dan akhir tahun =. 😉

Tapi disebalik kedukaan azam makcik, ada juga berita gembira yang datang & mengundang ayat ‘2017, u banyak bagi I kenangan’, gitukan. Untuk fasa 6 bulan pertama tak da la perkara – perkara memberangsangkan berlaku, biasa-biasa je. Tapi untuk 6 bulan terakhir, boleh dikatakan banyak up & down perasan makcik. Nasib dapat control. Kawal -kawal perasaan dari terbuai.

Dimulakan dengan berita gembira, hal urusan untuk memiliki rumah dipermudahkan (walaupun apartment je, syukur sangat-sangat, di mana? rahsiaaaa). Ye lah nak ambik sebuah rumah, gaji tak cukup, belum kahwin, takde yang boleh join loan. Uhu. Lepas tu, Join SGC, jumpa geng  ladies minat Arsenal (finally!!!), byk invest beli buku (tapi tak baca semua lagi, 2018 ok, 2018),  tugasan kat pejabat bertambah (makcik rasa ini punca utama, sebab tahun 2017 adalah tahun yang makcik baaanyak bawa kerja balik rumah), Alhamdulillah, masa ramadhan hari tu adalah niaga jual kueh raya sikit, lebih dekat dengan keluarga, dapat tutup a few hutang piutang (macam banyak hutang je), hampir – hampir menerima seseorang (ehhh, tu yang makcik kata kat atas tu nasib dapat kawal perasaan), yang penting makcik banyak luangkan masa untuk diri sendiri dengan Dia, alhamdulillah hati tenang & tak cepat melatah kalau ada situasi yang tak enak berlaku. Gitew.

Entahlah boleh katakan busy ke lazy? Ehehee.

So, apa yang menarik untuk makcik lakukan di 2018 ni? Sebenarnya makcik dah rancang, tapi tu lah kan, kita hanya merancang tapi DIA yang tentukan. Makcik nakkk:

  • Luangkan masa lebih dengan DIA, nak hadiri usrah, kelas mengaji, nak mendalami kitab suci, perbetulkan diri. Banyak ‘bengkok’ makcik ni. InshaAllah niat ‘luruskan’ diri makcik dipermudahkan.
  • Nak mulakan gaya hidup sihat. Bermula tahun ni, makcik nak join Run. Ehehe.. Setakat ni makcik dah register 2 runs, satu anjuran Arsenal My Run pada 20 Jan 2018 (Virtual Run) satu lagi pada 26 Mac 2018 (yang ni lupa apa nama dia. Ehehe) Makcik target every month ikut sekurang-kurangnya 1 run. Dui.
  • Bermula Jan juga, Makcik nak konsisten ikut fitness. Makcik dah daftar satu fitness club ni which is harga berbaloi (i think), RM49/month dan kelas tiap hari Isnin – Jumaat (7.30 – 8.30 malam, ok lah kan, lepas waktu maghrib) Harap – harap makcik konsisten. 😉
  • Bermula Januari 2018 juga, weekend makcik dah tak macam 2017 dan sebelum-belumnya. Makcik dah ada tugas baru. So Sabtu/ Ahad makcik akan bertugas di ? nantila kita share lengkap berpakaian penuh. Alahai!
  • Makcik sungguh-sungguh nak saving tahun ni. Sebab makcik kan akan tambah aset 2018 (inshaAllah middle year 2018 makcik masuk rumah baru) tu nak kena jimat-jimat. Kitakan tak ada yang support. Eheh. Lagi pula, nak kumpul duit untuk mama, mudah-mudahan di permudahkan nak hantar mama pegi umrah. Amiinn.
  • Amateur Travel is makcik, makcik nak sambung jalan-jalan/ travel untuk mengenali budaya luar, mana lah tahu dapat belajar bagaimana cara islam dipraktikkan di negara luar selainMalaysia. (InshaAllah)
  • Harap, haraplah. Bersikap terbuka dengan soal jodoh. Dah 35 tahun (takyah sembunyi lakan umur tu) dah makcik 2018 ni, may be,  – I said maybe- this is the year. Amiin 😉

Segala perancangan yang baik – baik, makcik harap sangat akan dilakukan seperti yang dirancang. InshaAllah. Makcik doakan kalian yang berhati mulia dan suci, juga dipermudahkan urusan pada tahun hadapan. Amiin.

Dannnn, next entry makcik akan share gambar #TB makcik sepanjang tahun 2017. Phewwwww. Thanks for reading this entry. Daaaa

 

 

 

Posted in Arsenal, Chapter 34

Family Day SGC 2017!

Assalamualaikum.

Hai you all! Ehem, belum 24 jam dah update blog. Gila tak hebat! 😀 😀 😀

Kali ni I nak kongsi, JEMPUTAN KE MAJLIS HARI KELUARGA SABAH GOONERS CLUB 2017!

Dengan rasa berbesar hati, saya wakil kepada SGC ingin menjemput orang ramai terutamanya peminat-peminat Kelab Bola Sepak Arsenal yang berada di Sabah untuk menghadiri Majlis Hari Keluarga Sabah Gooners Club (SGC) 2017 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:-

  • Tarikh: 28hb Oktober 2017 (Sabtu)
  • Masa: 08.00 Pagi hingga 04.00 Petang
  • Tempat: Lucy’s Kitchen @ KGC Tanjung Aru – KOTA KINABALU
  • Yuran: RM10 (Untuk harga 5 tiket cabutan bertuah bernilai RM2 setiap satu)

 

Aktiviti – aktiviti MENARIK:

  • Sesi suai kenal bersama AJK Tertinggi SGC.
  • Sukaneka untuk kanak-kanak & dewasa.
  • Cabutan tiket bertuah.
  • Penyerahan Kit Keahlian untuk ahli-ahli SGC yang sudah berdaftar (1st batch)
  • Pendaftaran keahlian baru SGC 2017/2018
  • Penjualan merchandise SGC

Hadiah menarik pula, tengok kat poster bawah ni:

IMG-20171021-WA0013

So, kalau you all free please come and join us. 😀

Sebarang pertanyaan berhubung majlis ini boleh hubungi AJK di bawah ni:

  • Puan Jen @ +6 016 834 8366
  • Encik Mark @ +6 016 844 1480
  • Encik Alex @ +6 016 810 7910

BAH INI KALI LAH, MARI RAMAI-RAMAI DATANG KASI MERIAH! ♥

Together we stand guys!

Posted in Arsenal, Chapter 34

Sabah Gooners Club yaw!!

Assalamualaikum.
I tahu I dah lama tak update blog. Bersawang yaw. Btw, terima kasih sangat-sangat sebab awak-awak sudi singgah blog yang tak seberapa ini. Very much appreciated. Alhamdulillah guys! 😉
Okaih! Direct to the point-lah kan. 
Kat sini I nak war-warkan berita baik buat peminat Bola Sepak terkemuka ARSENAL di Sabah. Kalau you all memang peminat setia club ni apa kata korang jadi sebahagian dari kami. Kita bina keluarga bahagia Arsenal kat Sabah ni.
Tapiiiiii, it’s not only for Sabahan je, buttttt we’re open to all Malaysian. ALL MALAYSIAN guys! Together we stand yaw! Ehehe
Dengan itu, anda dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli. Baru lah OMG kan! hehe
 
PENDAFTARAN KEAHLIAN SGC UNTUK BATCH KE-2 TELAH DIBUKA!!
 
First batch dah tutup, 10 Oktober hari tu, now second batch. You all boleh pilih pakej A dan B kat bawah ni:
 
PACKAGE A : RM 30.00
  • Membership Card
  • Sublimation Lanyard
  • Car Sticker
 
PACKAGE B : RM 70.00
  • Membership Card
  • Sublimation Lanyard
  • Car Sticker
  • T-shirt SGC season 2017
  • SGC non-woven bag
 
Dengan pendaftaran ini, ahli SGC dapat menikmati beberapa keistimewaan seperti:
  1. Diskaun Harijadi, Ulangtahun SGC dan harga istimewa pembelian in-house merchandises.
  2. Diskaun di kedai/outlet yang berkerjasama dgn SGC
  3. Keistimewaan dlm menyertai acara dan aktiviti anjuran SGC dan byk lagi di masa akan datang.
 
Tunggu apa lagi..
 
Daftar dan menjadi Ahli Sabah Gooners Club (SGC) pada hari ini😎. Kat bawah ni link pendaftaran. Yay!!!!
 
 
TARIKH AKHIR pembayaran bagi batch #2 ialah pada 03 NOVEMBER 2017. Harap Maklum you all!
FB_IMG_1508592048618
 
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya! Thank you for stopping buy!