Usai dari Blausee, kami meneruskan perjalanan ke Zermatt untuk ke gunung yang tertera di cover coklat Tobelrone, Matterhorn mountain. Power wehh. Gunung ni terletak di Switzerland dan sempadan di antara Swiss dan Italy dan ia berbentuk seakan piramid. Credit tu rakan travel yang gigih cari lokasi. Sis tau ke Zermatt ja pada mulanya. Hehe.
Sempat singgah di satu selekoh, mungkin Wan penat drive. Ok juga. Kesian dia, kira jauh ba perjalanan ni. Untuk sampai ke destinasi lebih kurang 3 jam, tolak tambah tunggu train kereta yang masuk dalam terowong tu. Pergh!



Lebih kurang jam 2.15 pm sampai di area kaki gunung (kawasan kedai-kedai) Matterhorn. Kami parking di sebuah tempat untuk menaiki bas charter (kos CHF20 return, so sorang CHF5) untuk ke perhentian bas henti-henti, yang mana bas tu pulak akan hantar ke tempat untuk menaiki cable car ke pergunungan Matterhorn. Nak naik cable car ni, harga dia CHF66. Sila convert sendiri. hahha. Nangis masa swipe card. Masa kat kaunter tu, girl kaunter sempat tanya ada travel pass ke tidak. Memang takde kan. Hehe. Dia ada 2 tiket, cable car ke tempat kami pergi ni atau ke glacier paradise, puncak yang akan naik cable car lagi dan di situlah point untuk pemain-pemain ski akan beraksi.

















Sampai kat Lauterbrunnen, lebih kurang dalam jam 7 pm, kami singgah pekan jap nak beli barang untuk masak. Bolehlah beli udang frozen. Sampai ja kat penginapan kami terus masak udang masa sambal sewel Betty Rahmat. Tak berapa nak best lampu kat situ, so menggambar takda masa. Masak untuk makan malam, setel. Pastu Mila & somi balik hotel diorang, kami pun mandi, siap-siap nak tidur.
So perbelanjaan untuk hari ke sembilan di Europe:-
- Train kereta: CHF9/ seorang (return)
- Charter bus: CHF5/ seorang
- Cable car: CHF66/ entry
- Groceries: CHF8/ seorang
Alhamdulillah for today.
p/s: by the way, the moment sis update story ni, kes Covid19 Malaysia dah cecah 2626 kes, melibatkan kematian seramai, 37 kematian. Ya Allah, jauhi aku, keluargaku, sahabat-sahabatku, negeri ku, negara ku & seluruh dunia dari wabak pandemik ini. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui. Amiin.