Posted in Autumn Trip, Chapter 37, Europe Trip

[mts] Zermatt, Switzerland

Usai dari Blausee, kami meneruskan perjalanan ke Zermatt untuk ke gunung yang tertera di cover coklat Tobelrone, Matterhorn mountain. Power wehh. Gunung ni terletak di Switzerland dan sempadan di antara Swiss dan Italy dan ia berbentuk seakan piramid. Credit tu rakan travel yang gigih cari lokasi. Sis tau ke Zermatt ja pada mulanya. Hehe.

Sempat singgah di satu selekoh, mungkin Wan penat drive. Ok juga. Kesian dia, kira jauh ba perjalanan ni. Untuk sampai ke destinasi lebih kurang 3 jam, tolak tambah tunggu train kereta yang masuk dalam terowong tu. Pergh!

A-1
Berhenti sekejap lerrr…
Tunggu Train
Tunggu Turn  kereta nak naik train, perjalanan dalam terowong. Jangan terkejut, Swiss ni banyak giler jalan terowong, maybe diorang tak nak rosakkan bumi hijau negara diorang yang sememangnya sangat-sangat indah. Kalau kita??
A2
Ya ampun, lama weii. Hampir 30 minit juga menunggu. Kalau korang nak awal, kena jalan awal la kot kan? Tapi rasanya memang begitulah keadaannya. Ehehe. Kos untuk 1 kereta naik train tu CHF17. Diorang Ella & Mila balik-balik suda masuk kedai ni. Saja buang masa. Sis tak keluar langsung, sebab sejuk baaaa

Lebih kurang jam 2.15 pm sampai di area kaki gunung (kawasan kedai-kedai) Matterhorn. Kami parking di sebuah tempat untuk menaiki bas charter (kos CHF20 return, so sorang CHF5) untuk ke perhentian bas henti-henti, yang mana bas tu pulak akan hantar ke tempat untuk menaiki cable car ke pergunungan Matterhorn. Nak naik cable car ni, harga dia CHF66. Sila convert sendiri. hahha. Nangis masa swipe card. Masa kat kaunter tu, girl kaunter sempat tanya ada travel pass ke tidak. Memang takde kan. Hehe. Dia ada 2 tiket, cable car ke tempat kami pergi ni atau ke glacier paradise, puncak yang akan naik cable car lagi dan di situlah point untuk pemain-pemain ski akan beraksi.

Pintu Masuk
Pintu masuk nak beli tiket naik cable car.
1
Dalam cable car. Berlatar belakangkan gunung yang diselaputi salji. Aouch. 😉
IMG_E5542
Finally!
KLAA9128
Tempat laluan orang baru habis main ski. Best jer kann!
BNXB3766
Belakang sebelah kanan tu Gunung yang tertera dalam packaging coklat Tobelrone, tapi tak nampak pulak. ehehehe.
A3
Tuu gunung tu, nampak ker?
Salji
Gila tak happy!
Sekitar 1
Sejuk gils korang!
Tasik
Entah apa diorang buat kat sana tu, memancing kot. Ehehehek
Santai
Berlatarbelakangkan gunung tu lagi. Kat Swiss ni, air pun cantik. Hahahah
Sekitar tggu bas 1
Kawasan sekitar.
Gunung
Cantik gila tempat ni, nak cakap macamana lagikkkk?
IMG_E5509
Matterhorn Mountain.
IMG_E5511
Nak tinggal sinii, eh bukan di Zermatt, nak di Lauterbrunnen. Hehehe
Sekitar tggu bas
Sementara tunggu Green bas, gambarlah apapun. Rindu pulakkkk.
Tggu Bas
Tempat duduk ni, betul-betul menghadap Gunung Matterhorn. Cantik baaaaa
Tunggu Bas
Last selfie @ kaki gunung Matterhorn mountain.

Sampai kat Lauterbrunnen, lebih kurang dalam jam 7 pm, kami singgah pekan jap nak beli barang untuk masak. Bolehlah beli udang frozen. Sampai ja kat penginapan kami terus masak udang masa sambal sewel Betty Rahmat. Tak berapa nak best lampu kat situ, so menggambar takda masa. Masak untuk makan malam, setel. Pastu Mila & somi balik hotel diorang, kami pun mandi, siap-siap nak tidur.

So perbelanjaan untuk hari ke sembilan di Europe:-

  • Train kereta: CHF9/ seorang (return)
  • Charter bus: CHF5/ seorang
  • Cable car: CHF66/ entry
  • Groceries: CHF8/ seorang

Alhamdulillah for today.

p/s: by the way, the moment sis update story ni, kes Covid19 Malaysia dah cecah 2626 kes, melibatkan kematian seramai, 37 kematian. Ya Allah, jauhi aku, keluargaku, sahabat-sahabatku, negeri ku, negara ku & seluruh dunia dari wabak pandemik ini. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui. Amiin.