Posted in Autumn Trip, Chapter 37, Europe Trip

[mts] London – Bern

29/10/2019, jam 5am kami gerak ke London Gatwick Airport. Untuk menaiki kapal ke Basel, Switzerland dengan menggunakan syarikat penerbangan easyJet (1st time). Sampai di airport kira-kira jam 6.30 am. Terus c/in, Mila belum sampai. Masa nak c/in tu, ada masalah sikit yang sis kurang faham, siap kena marah oleh staff easyJet, maklumlah bukan tempat kita kan. Sedih jugalah kena buat macam tu. Nasib jumpa staff yang baik hati. Alhamdulillah, setel c/in. Waktu penerbangan adalah 8.10 am. Lepas c/in kami tak terus masuk untuk boarding, sebab kami dapat notification, yang flight delay ke jam 9.10 am. Dan, dan juga kami stay minum kopi di restoran Jamie’s Oliver. OMG! Teruja chuols.

Rupanya keterujaan tu, sekejap sahaja. Sedih. Tiket kapal kami nda dapat proceed di pintu masuk sebab boarding time 7.30 am sudah berlalu. Waktu tu jam menunjukkan 8.00 am. Staff airport di pintu masuk tu mintak kami jumpa dengan staff syarikat penerbangan kami untuk bagi kami proceed di atas. Beg kami dah masuk dalam kapal. Turunlah kami ke bawah. Jumpa, bincang, akhirnya memang tak boleh buat apa-apa, dan kami kena beli tiket baru ke Basel dengan harga £99/ orang termasuk bagasi kiranya mahu juga ke Basel. Mestilah mau pergi kan. Dah dalam perancangan semuanya. OMG! Ini bukan sudah percutian bajet. 😦 Beberapa minit, Ella & Wan ambik beg kami yang telag dikeluarkan dari kapal.Sedeh!

Perlu diingatkan, kalau kamu dapat notification macam kami ni, janganlah delay ke boarding area. Terus ja masuk. Sebab kita pun nda tau apa keadaan di dalam. Dari pintu masuk tu ke boarding area memang jauh. Kira sama juga dengan kita di KLIA kan. Patut jugalah diorang tak benarkan masuk. Nanti kecewa. Cuma staff tu agak kekwat jugalah. Tak bolehkan cakap berbudibicara sikit. Rupanya, bukan kami ja alami masalah ni, ada beberapa orang lagi. Kami terdengar masa berurusan di kaunter tu.. huhu. So fikir-fikirkan lah ya kawan-kawan. Ini merupakan pengalaman baru bagi sis dan kengkawan. Nak marah pun, benda dah jadik kan. :\

Penerbangan untuk tiket baru adalah jam 02.30 pm. Lepas ja dapat tiket kami terus masuk, boarding. Kelaparan, jalan punya jalan kami jumpa juga restoran middle east macam biasalah kan. Sis makan ayam, lupa pulak gambar. Lepas ja makan terus lah kami masuk kawasan boarding. Nanti macam-macam lagi. 

Satu-satunya sis click camera phone untuk hari ke 8 adalah gambar dibawah. Takde mood dan berharap akan berjalan lancar perjalanan kami ke Basel, Switzerland. 

B-1
Gambar sebab, sis merupakan salah seorang penguatkuasa Biosekuriti & Kuarantin Tumbuhan di Jabatan sis. So, tunjukkan gambar ni kat bos sis. Mungkin untuk penambahbaikan di masa akan datang bagi bidang tugas sis. Masa sis gambar ni, belum ada masalah lagi. Hihi

Syukur, alhamdulillah. Sampai di Basel Airport. Sis & somi Mila tunggu Ella & Mila yang tengah berurusan pasal penyewaan kereta. Selesai urusan semua tu, somi Mila drive ke Lauterbrunnen.  Kami c/in di Base Cafe, Mila dan somi di Staubach Hotel, perjalanan lebih kurang dalam 2 jam. Sampai cafe, makan jap & rehat. Jauhnya perjalanan disertakan dengan dugaan yang tidak dijangka. Apapun tetap bersyukur sebab masalah tak teruk sangat. 

So gais, perbelanjaan untuk hari ni:

  • Uber, Bayswater – Gatwick Airport: £20/ orang
  • Flight, London – Basel: £99/ orang
  • Kopi: £3.5

So gais, next entry di Blausse. Thank You for drop by, Love!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s