30/10/2019 – Bangun pagi dan mandi dalam kesejukan & kegelapan. Ini kerana black out area dapur & tandas kami (hostel ni kami kongsi tandas dengan orang lain, 1 aras 1 tandas). Penghuni sebelah dari negara xx, dah bising. Ada ja nda kena. Semalam kami sampai pun dia bising-bising cakap kami penyebab black out -memang ayat dia macam tu-. Rasa serba salah jugalah semalam tu. Kejadian pagi ni, Sis malaslah mau ingat.
Hujan pula awal pagi, sejuk tatap lah kan.. View depan penginapan kami gunung-ganang berdekatan yang berdekatan dengan stesen keretapi. Akibat dari perangai makcik tadi, Mood sis terganggu sikit. Geram pulak. Sudahnya, buat muka awal pagi. Sorry Ella kalau terasa. Disebabkan hujan, sis malas-lah mau gerak-gerak. Ella bawak jalan kaki pergi arah Staubach Falls dekat-dekat dengan area penginapan Mila pun sis tak nak. Kena ambik masa nak cool ni.
Sudahnya sis menunggu ja la dekat Cafe bawah penginapan kami. Kurang 10 min, diorang sampai. On the way ke Zermatt, kami berhenti sekejap di tepi sungai. Punya sejuk. Ya Allah. Bergambar sekejap lah di sana.

Usai sana, kami teruskan perjalanan. Ternampak pula signboard Blausee. Masuk dan menjelajah Blausee pulak. Ni Mila punya idea, semalam carik tempat menarik di Lauterbrunnen ni. Cantik tempat gilalas lah!













Usai di Blausee kami gerak ke Zermatt pulak. 😉 Perbelanjaan di Blausee, CHF 8 (Entery Fee). Jadi marilah kita jumpa di Matterhorn Mountain, Zermatt. Hehe