Posted in Autumn Trip, Chapter 37, Europe Trip

[mts] Stonehenge, United Kingdom

Masih nda boleh move on pergi stadium Arsenal semalam. Hahahhha. Then, our vacation for day seven was Stonehenge. Gila jauh tempat ni. Tapi suasana indah ja kalau hayati betul-betul pemandangan sebelum sampai.

Stonehenge ni salah satu UNESCO World Heritage Site. Bersejarah sangat tempat ni, di jaga dengan teliti. Tak boleh suka-suka kenderaan masuk tempat ni tau. Mahu tahu dengan lebih lanjut pasal sejarah Stonehenge ni, baca sini la – Maklumat Stonehenge – . Dari Dr. Google tu. 😉

B-1
Ready to take Salisbury.
B-7
Suhu bukan yang biashe-biashe yer.
B-9
Heading to Stonehenge.
B-3
Alhamdulillah, arrived.
B-4
The historic of Stonehenge.
B-8
Berpikir juga nak keluarkan tangan tu gais.
B-5
Ramai gila pengunjung di sini.
B-2
Baju Ella sponsor weols. Thanks Ella, baik hati sangat. Semoga dimurahkan rezeki Ella. Love!
B-6
Buah tangan dari Stonehenge untuk sis. Beli sendiri la you. Hik! Hik!
B-11
Happy Belated Birthday Ella! Love You! Muah! Eh sis dah wish dia depan-depan tau. Birthday Ella 21/10 hari tu. Semasa pengembaraan kami bermula. 
B-12
Balik ja dari Salisbury, kami makan jap kan restoran middle east ni. Surprise-kan birthday Ella. Mastermind Mila & Somi. 
B-10
Semoga Ella kekal sihat, dimurahkan rezeki, berbakti pada agama & dipermudahkan urusan jodoh. Mwah!

Lepas ja makan, weols sambung jalan ke Harrods. Mak aih, boleh tahan ni tempat. Tempat shopping jenama mewah you all! Masa ni, sis tak berapa nak happy sangat, memang moody. Sebab kaki sis luka. Masa mandi pagi tadi, gelas kat dalam bilik air jatuh & pecah ngam-ngam kat kaki sis. Adui. Parah juga la. Letak puri dari YLEO, untuk hentikan pengaliran darah. Alhamdulillah juga, jalan dengan jayanya. Cuma tu-la, masi bersisa bisanya. Huhu. Sorry ya Ella, Mila & Somi kalau sis ‘buat muka’. 

Apapun, perbelanjaan bagi Day 7 adalah:

  • Entrance Fee Stonehenge: £19
  • Train ticket: £44
  • Bas Tour: £16
  • Kopi & Chips: £5
  • Buku: £10
  • Makan: £30

Alhamdulillah done day 7, next kita jumpa di Switzerland gaisss!

Posted in Autumn Trip, Chapter 37, Europe Trip

[mts] Emirates Stadium, United Kingdom

Nak mula macamana ya. Nak cakap apa dulu ya??? hahhahahha. Finally, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Tujuan sebenar sis & Ella untuk Europe Trip ni sebenarnya pun adalah mau tengok Arsenal beraksi di stadium ulung kami E.M.I.R.A.T.E.S S.TA.D.I.U.M! Huhu. Syukur alhamdulillah.

Hari ke enam travel kami ni, kami mulakan pada jam 01.00 pm, usai Zohor. Sis tak pakai jersi pun, cuma pakai tudung merah jer. Hehe. Sis tau sis memang takkan buka pun winter coat, sebab cuaca kat London time ni bukan kaleng-kaleng aaa. 😀

Before jumpa dengan diorang Mila, kami stay Costa jap. Gila besar gelas untuk secawan latte. Siap sis buat perbandingan phone sis dengan gelas tu. 😉

So, kita layan gambar je lah ye. Kita tengok misi nak cubit telinga Unai dapat ker tak. Ehe.

B-1
Gila bapak besar gelas dia. Hahhaha
B-2
1 for Ella & 1 for me.
B-3
Bag policy nak masuk stadium gais.
B-4
Lepas membeli belah di Armory gais.
B-5
Muka manyak happy gais.
B-6
Sis datang stadium, bawak pasport, HP and duit jer. Sampai stadium jumpa Armory. Perasaan tak leh kawal siot. Tu ada beg merah tu. Haahahaha. Gambar ni sis berlatar belakangkan Armory tempat weols shoppim sakan. Aduhaiiii. Faint!
B-7
Ndak jumpa di Netherlands kan, jumpa sini la Bergkamp. Ehe
B-8
Gila besar stadium BFs sis.hihi
B-9
Sempat jumpa Jelitawan dari The Philippines. Phew! Diorang ajak selfie gais. Pernah datang Sabah chuols.
B-10
Before ramai orang, sakan la bergambar.
B-11
Cry!!!! Nda sangka sampai sini gais.
B-12
3 of us!
B-13
Sibuk bergambar, masa ni sis dah duduk-duduk. Menghayati indahnya stadium & suasana. This is for real?? OMG! Alhamdulillah.
B-14
Malam tu Ars vs Crystal Palace, Seri je mampu. Takpa puas hati. Nampak Ozil, Auba, Laca & BF yang lelain. Sayang Arsenal ketat-ketat. Yang mengecewakan, sis tak dapat nak cubit telingan Unai. 😉
B-15
Suasana balik dari stadium, this is for real?? Nda sangka dapat merasai nikmat macam tu. Surrounding with The Gunners. Phew. Terus ingat tengok Arsenal vs PSG masa di Singapore back on 2018. Huhu. Ops, meal atas ni Dinner sis lepas balik tengok Match, maklumlah. tengahari sis makan Croissant jer bawa masa nak tengok bola. Syukur.

Usai makan, kami semua balik ke hotel memasing. Untuk tiket match, Ella dah tolong setel before trip. Thanks again Ella! Alhamudulillah for everything Ya Allah. Bertuah sangat. Maka perbelanjaan untuk Day Six adalah:-

  • Croissant: £2
  • Costa Coffe: £3
  • Armori: £73
  • Makan: £15

Maka dengan ini, kita jumpa di Stonehenge next entry gais! So much Love!