Posted in Autumn Trip, Chapter 37, Europe Trip

[mts] London, UK

Tepat jam 8.00 pm bas kami bergerak dari Stesen Duivendrecht ke Victoria Station London. Bertahan sis dalam bas selama 11 jam. Sepanjang perjalanan tidur ja la kan, sebab malam juga. Sejuk lagi. Kena sangat-lah. Pastu sis tak hengat dalam jam berapa, stop kat Calais Border untuk check pasport. Sampai turn sis, pihak imi nak tengok tiket flight ke Switzerland. So sis tengokkan je la dalam emel yang ada nama sis, somi Mila pun kena macam sis juga. Mila & Ella ok jer. Hehe. Usai check passport, bas kami naik feri & diberi masa untuk keluar dari bas untuk menikmati suasana dalam feri jer (ada kawasan yang dah ditentukan).

Memandangkan malam, sis masih mengantuk, then try tidur di sofa-sofa yang disediakan. Tapi kan, keadaan feri yang terumbang-ambing, rasa-rasa sis mabuk laut ni. Air kopi yang dibeli pun sis tak dapat nak habiskan, nak muntah wei. Syukur tak lama. Masuk bas. Tidur balik. Hahhaha

Weols sampai lebih kurang before 6.am. Makaih, gelap gilas you all. Ambi Uber  ke tempat penginapan kami, di Whiteleaf Hotel area Bayswater. Malangnya kami kena check in dalam jam 2.00 pm (memang tu pun syaratnya), so kami berehat di area receptionist ja. Dalam jam 7.30 kami keluar pusing-pusing, tapi seriously keadaan masih gelap. Pusing-pusing, kami terjumpa Malaysian Hall Canteen. Rupanya area belakang hotel jer, cumanya kena-lah pusing 1 area. Masa nak balik hotel semula, kami sempat di sapa oleh scammer yang mengaku polis. 😀 Lawaklah masa ni, lari selajunya weols. hihi. Alhamdulillah, Allah tolong kami. Uols kena hati-hati tauuuu. Ehehe

Then around 8.30 am kami janji dengan diorang Mila & somi untuk jumpa di Malaysian Hall Canteen. Jumpa jugak dengan student Malaysia kat situ, diorang siap ajak kami untuk ikut trip diorang entah ke mana tu, sis lupa pulak. Rupanya, area tempat kami tinggal tu,  banyak sangat restoran halal. So kalau uols nak stay senang makanan halal & makanan Malaysia kat London ni, stay di Bayswater yer kawan-kawan.

Sepanjang dari stesen kat Ams tu sampai Victoria Station kami teda bergambar pun. Start bergambar masa makan di Malaysian Hall Canteen. Makan macam tak hengat donia uols. Hahhahahah. Segalanya mau ditapau.

B-1
Malaysian Hall Canteen.
B-2
Ada bendera Malaysia kat situ. Wow!
B-3
Nasi lemak ayam + teh tarik in London uols! Rasa syurga juga sis nampak ni. eheheheh
B-4
Pastu, Tambah Kue pulak. Melantak sangat ni.
B-5
Lepas kenyang, Ella nak cari buku kiriman adik dia. So, kami cari & mencari. Tapi tak jumpa juga. Habis stock mungkin. Lepas dari sini sempat singgah HR UK, jalan-jalan sikit. Mila & somi yang bawa..
B-6
Jalan-jalan la kan.. Dengan muka yang suram. Hahhahaha

B-7

 

Kat Victoria Tower Garden kami berpisah ngan dorang Mila. Penginapan diorang area situ juga. Kami pun gerak ke underground yang terdekat. Menuju ke pengangkutan awam tu, kami ternampak penunjuk perasaan yang terdiri dari kalangan wanita (majority), tapi sis tak tengok sangat lah kan, hati dah risau. ehehehe. Laju je kaki sis & Ella melangkah. Awww.

Sampai area Bayswater, kami jalan-jalan kejap beli buah, air dan sedikit souvenir. Alang-alang dah kan jalan, teruslah beli. Balik hotel, rehat, mandi dan sebagainya. Petang tu kami cari dobi area tempat tinggal, nasib jugalah jumpa. So, mendobi la kami nampaknya. Hehe.

Perbelanjaan hari ni:-

  • Uber, Victoria Station ke WhiteLeaf Hotel: £4.5/ seorang
  • Malaysian Hall Canteen: £8.5
  • Oyster Card: £25
  • Kopi: £2.85
  • Air: £1
  • HR: £9
  • Souvenir: £12
  • Bun + Buah: £6.4
  • Cuci Baju: £8/ sorang

Alhamdulillah for day five. So next entry kita jumpa di Emirates Stadium gais!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s