Awal pagi kami c/out dari Mary Hotel, macam biasa khidmat Uber diperlukan. Alhamdulillah, Uber yang kami dapat adalah pemandu muslim. Syukur! C/o sekitar jam 5.30 am.
Perjalanan kami ke Amsterdam akan bermula dari Brussels Heysel (Boudouin Metro Station) ke Amsterdam Bijlmer Arena, jam 08.00 am. Sebab tu kena gerak awal. Jam 8.00 am pn masih gelap gais. Sejuk jangan cakaplah. Tapi still sis boleh kawal. Hehe. Ni pun kami tersalah stesen lagi. Rupanya tempat nak tunggu bas tu betul-betul macam perhentian bas. Banyak juga penumpang, tapi bukan kesemuanya naik bas kami la. Untuk pengangkutan ni kami guna khidmat FlixBus. Tiket kami dah beli awal. Ella yang belikan. Thank you Ella!

Sepatutnya sampai jam 11 am kan, tapi sepertinya kami sampai dalam jam 12.30 pm kat Amsterdam Bijlmer Arena tu..


Rehat dan buat apa yang patut. Kali ni kami stay di Cosmos Hostel. Mak aih, boleh nangis sis daki tangga ke bilik. Dah-lah pusing tangga. Sorry tak sempat nak ambik gambar. Petang kami jalan-jalan di sekitar Amsterdam City. How blessed i am. Syukur. Sebelum jumpa Mila & Somi, kami pun jalan-jalan la sekitar. Cantiknyaaa.




Best juga ‘lost’ ni, dapat tengok view yang cantik-cantik. ehehe. Bila suda sampai, kami gerak ke area Rijksmuseum. Dekat-dekat situ boleh jumpa VanGogh Museum, Vondel Park & jalan lebih ja sikit jumpa la Hard Rock Cafe Amsterdam. Hehe






Kawasan di sekitar Rijksmuseum.
Sis tak bolehlah bergambar bila berdepan cahaya, mata mesti tertutup.
Taman Bunga.
Kira-Kira 1km kot (rasanya) jalan kaki dapatlah jumpa HR Ams ni. Sis macam biasa bukan peminat, so window shopping je lerrr.
Kopi kat Europe sedap. Sedappppp Haha
Kalau ke Amsterdam, area Rijksmuseum ni, paling famous perkataan I AMSTERDAM tu kan, malangnya masa kami sampai sini, benda tu dah dialihkan. So tak dapat nak mengabadikan kenangan. Hmmm
Amsterdam’s Falls
Baliklah, esok ada tempat menarik nak pergi. Eheh
Demikianlah, hari ketiga kami di Europe. Syukur. Berjalan lancar. Sebelum balik ke penginapan memasing, kami singgah jap beli souvenir Amsterdam.
Perbelanjaan setakat hari ini:
- Uber, Mary Hotel – Bus Station: €9
- Burger: €3
- Uber, Amsterdam Slotedijk ke Hostel: €5
- Kopi: €4
- Souvenir: €14
- Air: €1
Alhamdulillah for day three. Jumpa di Zaanse Schans next entry!