Posted in Autumn Trip, Chapter 37, Europe Trip

[mts] London, UK

Tepat jam 8.00 pm bas kami bergerak dari Stesen Duivendrecht ke Victoria Station London. Bertahan sis dalam bas selama 11 jam. Sepanjang perjalanan tidur ja la kan, sebab malam juga. Sejuk lagi. Kena sangat-lah. Pastu sis tak hengat dalam jam berapa, stop kat Calais Border untuk check pasport. Sampai turn sis, pihak imi nak tengok tiket flight ke Switzerland. So sis tengokkan je la dalam emel yang ada nama sis, somi Mila pun kena macam sis juga. Mila & Ella ok jer. Hehe. Usai check passport, bas kami naik feri & diberi masa untuk keluar dari bas untuk menikmati suasana dalam feri jer (ada kawasan yang dah ditentukan).

Memandangkan malam, sis masih mengantuk, then try tidur di sofa-sofa yang disediakan. Tapi kan, keadaan feri yang terumbang-ambing, rasa-rasa sis mabuk laut ni. Air kopi yang dibeli pun sis tak dapat nak habiskan, nak muntah wei. Syukur tak lama. Masuk bas. Tidur balik. Hahhaha

Weols sampai lebih kurang before 6.am. Makaih, gelap gilas you all. Ambi Uber  ke tempat penginapan kami, di Whiteleaf Hotel area Bayswater. Malangnya kami kena check in dalam jam 2.00 pm (memang tu pun syaratnya), so kami berehat di area receptionist ja. Dalam jam 7.30 kami keluar pusing-pusing, tapi seriously keadaan masih gelap. Pusing-pusing, kami terjumpa Malaysian Hall Canteen. Rupanya area belakang hotel jer, cumanya kena-lah pusing 1 area. Masa nak balik hotel semula, kami sempat di sapa oleh scammer yang mengaku polis. 😀 Lawaklah masa ni, lari selajunya weols. hihi. Alhamdulillah, Allah tolong kami. Uols kena hati-hati tauuuu. Ehehe

Then around 8.30 am kami janji dengan diorang Mila & somi untuk jumpa di Malaysian Hall Canteen. Jumpa jugak dengan student Malaysia kat situ, diorang siap ajak kami untuk ikut trip diorang entah ke mana tu, sis lupa pulak. Rupanya, area tempat kami tinggal tu,  banyak sangat restoran halal. So kalau uols nak stay senang makanan halal & makanan Malaysia kat London ni, stay di Bayswater yer kawan-kawan.

Sepanjang dari stesen kat Ams tu sampai Victoria Station kami teda bergambar pun. Start bergambar masa makan di Malaysian Hall Canteen. Makan macam tak hengat donia uols. Hahhahahah. Segalanya mau ditapau.

B-1
Malaysian Hall Canteen.
B-2
Ada bendera Malaysia kat situ. Wow!
B-3
Nasi lemak ayam + teh tarik in London uols! Rasa syurga juga sis nampak ni. eheheheh
B-4
Pastu, Tambah Kue pulak. Melantak sangat ni.
B-5
Lepas kenyang, Ella nak cari buku kiriman adik dia. So, kami cari & mencari. Tapi tak jumpa juga. Habis stock mungkin. Lepas dari sini sempat singgah HR UK, jalan-jalan sikit. Mila & somi yang bawa..
B-6
Jalan-jalan la kan.. Dengan muka yang suram. Hahhahaha

B-7

 

Kat Victoria Tower Garden kami berpisah ngan dorang Mila. Penginapan diorang area situ juga. Kami pun gerak ke underground yang terdekat. Menuju ke pengangkutan awam tu, kami ternampak penunjuk perasaan yang terdiri dari kalangan wanita (majority), tapi sis tak tengok sangat lah kan, hati dah risau. ehehehe. Laju je kaki sis & Ella melangkah. Awww.

Sampai area Bayswater, kami jalan-jalan kejap beli buah, air dan sedikit souvenir. Alang-alang dah kan jalan, teruslah beli. Balik hotel, rehat, mandi dan sebagainya. Petang tu kami cari dobi area tempat tinggal, nasib jugalah jumpa. So, mendobi la kami nampaknya. Hehe.

Perbelanjaan hari ni:-

  • Uber, Victoria Station ke WhiteLeaf Hotel: £4.5/ seorang
  • Malaysian Hall Canteen: £8.5
  • Oyster Card: £25
  • Kopi: £2.85
  • Air: £1
  • HR: £9
  • Souvenir: £12
  • Bun + Buah: £6.4
  • Cuci Baju: £8/ sorang

Alhamdulillah for day five. So next entry kita jumpa di Emirates Stadium gais!

 

 

Posted in Autumn Trip, Chapter 37, Europe Trip

[mts] Zaanse Schans, Netherlands

Siap-siap packing, sebab kami nak terus c/o sebelum memulakan kempen 10,000 langkah. 😉 Habis ja sarapan, tinggalkan beg kat kaunter. Gerak ke tempat perjumpaan semalam untuk naik tram ke Amsterdam Central Station & seterusnya ke Zaanse Schans. Awwww. Hehehe

B-2
Menaiki tram menuju ke Amsterdam Centraal Station
B-1
Dalam bas nak menuju ke Zaanse Schans
B-10
Alhamdulillah, sampai. Nak menapak ke sini sempat berkhayal, macamana la kalau sis stay Amsterdam ni. Hehe
B-6
Macam besala kan!
B-5
Selfie by me.
B-4
Kuat angin kat sini, sejuk? apa lagi. Cuaca cerah menipu jer. hehe
B-3
Sis.
B-7
Selfie again!
B-8
Alley untuk round kawasan ni..
B-11
Semua rumah kincir angin ni, nak menapak kat atas ni kena bayar. Takde yang free yer kawan-kawan.
B-12
Apa yang sis dongakkan pun hentahlah. Haha
B-9
Please grow old together partner of my life! Love sangat couple ni.
B-13
Usai balik dari Zaanse Schans ni, kami singgah makan kat Wau Restauran, depan central station jer. Macam mimpi sis order ni kueteow goreng + teh tarik! Awwwww

Usai makan dan segalanya, kami balik ke Penginapan masing-masing nak ambik beg & ke Amsterdam Duivendrecht (Stationplein 3) untuk ke Victoria Coach Station London.  Pengangkutan kali ni, kami menggunakan khidmat bas (Eurolines) lagi. So malam ni, overnight di bas lah ye. 🙂

Sebenarnya kat Zaanse Schans ni cantik sangat, sis banyak sangat ambik video kat sini, tapi tulah, tak bolehnya nak upload video. Hmmm

So perbelanjaan untuk Day four adalah:

  • Tram: €8
  • Bas ke Zaanse Schans (Return): €11.5
  • Kopi: €3
  • Entrance Rumah Kincir Angin: €5
  • Makan: €23
  • Tidbit di Station AD: €5

Alhamdulillah untuk hari keempat. Bergkamp tak jumpa, kita jumpa Unai Emery jer ler. 😉 Kita jumpa di London untuk next entry gais. ♥

Posted in Autumn Trip, Chapter 37, Europe Trip

[mts] Amsterdam City, Netherlands

Awal pagi kami c/out dari Mary Hotel, macam biasa khidmat Uber diperlukan. Alhamdulillah, Uber yang kami dapat adalah pemandu muslim. Syukur! C/o sekitar jam 5.30 am. 

Perjalanan kami ke Amsterdam akan bermula dari Brussels Heysel (Boudouin Metro Station) ke Amsterdam Bijlmer Arena, jam 08.00 am. Sebab tu kena gerak awal. Jam 8.00 am pn masih gelap gais. Sejuk jangan cakaplah. Tapi still sis boleh kawal. Hehe. Ni pun kami tersalah stesen lagi. Rupanya tempat nak tunggu bas tu betul-betul macam perhentian bas. Banyak juga penumpang, tapi bukan kesemuanya naik bas kami la. Untuk pengangkutan ni kami guna khidmat FlixBus. Tiket kami dah beli awal. Ella yang belikan. Thank you Ella

B-1
Ni tempat menunggu FlixBus

Sepatutnya sampai jam 11 am kan, tapi sepertinya kami sampai dalam jam 12.30 pm kat Amsterdam Bijlmer Arena tu..

B-2
Jalan pusing sana-sini, berehat jap ambi gambar. hehe. Syukur, kalau misi nak jumpa Vermaelan tak jumpa di Belgium, misi di sini nak jumpa Bergkamp la pulak. Ahahaha
B-3
Turun ja dari atas, jumpa pulak stall ni, ngam-ngam lapar kan. Beli laa.. Sedap jugak!

Rehat dan buat apa yang patut. Kali ni kami stay di Cosmos Hostel. Mak aih, boleh nangis sis daki tangga ke bilik. Dah-lah pusing tangga. Sorry tak sempat nak ambik gambar. Petang kami jalan-jalan di sekitar Amsterdam City. How blessed i am. Syukur. Sebelum jumpa Mila & Somi, kami pun jalan-jalan la sekitar. Cantiknyaaa.

B-4
Cantikkan! Nak kata apa lagi selain cantik?
B-5
LOve sangat.
B-6
Kat sini banyak sangat orang guna basikal. Ella nak sangat naik basikal. Tapi sis tak yakin. Kesian dia. Huhu
B-7
I can’t say no for capture this. So cantik lah!

Best juga ‘lost’ ni, dapat tengok view yang cantik-cantik. ehehe. Bila suda sampai, kami gerak ke area Rijksmuseum. Dekat-dekat situ boleh jumpa VanGogh Museum, Vondel Park & jalan lebih ja sikit jumpa la Hard Rock Cafe Amsterdam. Hehe

B-9
Pertemuan setelah beberapa jam terpisah. ehehe
B-10
Taman!
B-11
Kenangan.
B-12
Waktu ni, angin kuat sangat. Dan daun yang kekuningan berguguran jatuh ke bumi. So touching la sis. 😦
B-14
Van Gogh Museum.
B-13
Rijksmuseum.

Kawasan di sekitar Rijksmuseum.

B-16

Sis tak bolehlah bergambar bila berdepan cahaya, mata mesti tertutup.

B-17

 

B-15

 

B-18

Taman Bunga.

B-19

Kira-Kira 1km kot (rasanya) jalan kaki dapatlah jumpa HR Ams ni. Sis macam biasa bukan peminat, so window shopping je lerrr.

B-20

Kopi kat Europe sedap. Sedappppp Haha

B-21

Kalau ke Amsterdam, area Rijksmuseum ni, paling famous perkataan I AMSTERDAM tu kan, malangnya masa kami sampai sini, benda tu dah dialihkan. So tak dapat nak mengabadikan kenangan. Hmmm

B-22

Amsterdam’s Falls

B-23

Baliklah, esok ada tempat menarik nak pergi. Eheh

Demikianlah, hari ketiga kami di Europe. Syukur. Berjalan lancar. Sebelum balik ke penginapan memasing, kami singgah jap beli souvenir Amsterdam

Perbelanjaan setakat hari ini:

  • Uber, Mary Hotel – Bus Station: €9
  • Burger: €3
  • Uber, Amsterdam Slotedijk ke Hostel: €5
  • Kopi: €4
  • Souvenir: €14
  • Air: €1

Alhamdulillah for day three. Jumpa di Zaanse Schans next entry!