Last night bincang kat WA Group nak makan mana di Brussels ni, godek-godek, ada restoran halal area Grand Place. So, plan jumpa kat sana. Bila kami pergi sana, kedai tu belum masanya nak bukak. Dan-dan kami naik uber ke tempat yang banyak restoran halal (driver tu baik hati hantarkan kami). Sudahnya, tak menarik perhatian juga. Sempat la bergambar area sekitar tu:-



Lepas bergambar, gigih juga mencari, cari punya cari kat HP memasing, jumpa & kami putuskan jalan kaki ja ke restoran tu. Sekali sampai area dekat dengan Grand Place jugak kau! 😀 Lucu kan kami. Dan makan la kami di situ, nama kedai sis lupa ya, sis makan ni.. hehe

Lepas je makan, kami decide nak pegi Atomium. Sebelum ke Atomium kami ter-masuk dalam kawasan yang mewah. Ramai gila orang. Di sini, ber-huhu jugalah kalau nak shoppim. ehe




Selepas dari sini, kami pun gerak ke Atomium. Kira jauh jugalah. Sempat sis tertidur dalam kereta tu. Dan sampai…



Selesai di Atomium, kami tempah Uber ke Brugee pulak. Perbelanjaan setakat ni:
- Uber ke Atomium: 3 Euro/ sorang
- Makan: 11 Euro
Jumpa di next entry!