Last night bincang kat WA Group nak makan mana di Brussels ni, godek-godek, ada restoran halal area Grand Place. So, plan jumpa kat sana. Bila kami pergi sana, kedai tu belum masanya nak bukak. Dan-dan kami naik uber ke tempat yang banyak restoran halal (driver tu baik hati hantarkan kami). Sudahnya, tak menarik perhatian juga. Sempat la bergambar area sekitar tu:-
Sebenarnya kelaparan. eheheSepanjang kami di sana, Somi Mila jadi tukang gambar. EhekMasa ni, sejuk wei. Sis pun tak tau napa sis pakai blouse tu. Menggigil juga, tapi control je lah. π btw, dalam gambar ni napa sis nampak pendek. huhu
Lepas bergambar, gigih juga mencari, cari punya cari kat HP memasing, jumpa & kami putuskan jalan kaki ja ke restoran tu. Sekali sampai area dekat dengan Grand Place jugak kau! π Lucu kan kami. Dan makan la kami di situ, nama kedai sis lupa ya, sis makan ni.. hehe
Lepas je makan, kami decide nak pegi Atomium. Sebelum ke Atomium kami ter-masuk dalam kawasan yang mewah. Ramai gila orang. Di sini, ber-huhu jugalah kalau nak shoppim. ehe
Sebab kami ter-masuk di sini pun nak cari point Uber tu. Di sini ada tempat khas point Uber. Kalau tak kena tempat, uols kena gerak la ke point yang dimaksudkan. Kami pun bertabahlah berjalan sama berpegangan tangan.Mewah-mewah barangan kat sini. Fuh!Seni binaan yang sangat cantik uuu!Abadikan kenangan bersama.
Selepas dari sini, kami pun gerak ke Atomium. Kira jauh jugalah. Sempat sis tertidur dalam kereta tu. Dan sampai…
Akhirnya!!Nak masuk dalam ni, ada fee entrance, kami tak masuk. Berlegar-legar ja d luar. ehehNampak ja indah cuaca seperti cerah. Tapi suhu 16degree uols. Bertabahlah yaaaa. Actually ada video ni, cuma sis nda dapat upload sini. π
Selesai di Atomium, kami tempah Uber ke Brugee pulak. Perbelanjaan setakat ni:
Pergerakkan dari Aeroport CDG2 TGV ke Bruxelles Midi adalah kira – kira jam 11.00 am. Untuk tiket train ni sebenarnya kami dah beli tapi jam 7.00 malam. Sampai sini pula awal, so beli tiket baru lah nampaknya. Parah! hehe
Sepanjang perjalanan ke Brussels, view cantik sangat. Sis pun nda sangka sis bole jejak kaki kat sini. Huhu. Alhamdulillah, syukur Allah benarkan.
Di Brussels kami bermalam di Mary Hotel. Sampai ja, terus bersihkan diri. Buat apa yang patut, makan. Rasa segar sangat.
Usai segalanya, kami bersiap untuk gerak ke Grand Place atau lebih dikenali di kalangan tempatan Grote Market. Kami jalan kaki ja ke sana. Makaih, besar tempat ni. Terkesima sekejap sis. π Cumanya view tak berapa nak cantik sangat sebab ada pembaikan. But still awesome! Ramai gilalas orang, tapi kami hanya fokus kami ja. hehehe
Hotel kami, bolehlah. This is europe man. haha. Takde yang murah. Kopi ja murah di Europe ni kalau kamu mau tau. – From Dr. GoogleCantikkan!Tu ha, sebelah kiri tu ada pembaikan.Masa ni tunggu mila & somi.Jumpa daaa.. Sebab Mila & Suami tak stay sama kami. Diorang kat hotel lain. Gambar yang dicemari dengan mesin jentera. hahahaPhotobomb sangat se-family kat belakang tu.Bersukaria la kan. 1st day sis jejak Europe, exactly Belgium. huhuBukan sis yang shopim HR tu, tu diorang, sis cuma tolong pegangkan jer.
Sedap gila laa.Sampai ke malam. Puas berjimba disekitarnya, kami pun gerak dari sini.
Usai jalan sekitar Grand Place, kami ke Manneken Pis. Alah patung budak ken***g tu. hehe. Ramai juga orang kat sini. Sis tak ambik gambar kat sini. Sebab dah gelap sis rasa sejuk sangat, tak larat nak keluarkan tangan dari poket. ehehe. Otw balik hotel, kami membeli souvenir. Untuk diri sendiri & untuk orang tertentu. Ehe.
Perbelanjaan sis hari pertama:
Tiket train Paris – Brussels: 45 Euro
Uber: 4 Euro/ seorang – Oh ya, di Europe Uber paling hot, takde grab yerr. hehe
Waffle: 6 Euro
Souvenir: 20.6 Euro
Air: 2 Euro
Adapter: 4 Euro
Hotel: RM 335/ orang untuk 2 malam (Ni bayar awal, Booking.com )
Perbelanjaan tu, silalah convert sendiri ya. Ahah! Alahamdulillah, done untuk day 1. Kalau ikut start jalan day 2 la kn. Tapi, since jejak Europe today, kira day 1 la ye. Eheh.