Posted in Autumn Trip, Chapter 36, Europe Trip

[mts] KK – Paris

Salam.

(Sorry, lambat sis share travel ke Europe hari tu, jalan bulan Oktober 2019, sekarang baru mau update, OMG sgt. 😉 )

Penerbangan pertama bagi trip ni adalah BKI ke KUL pada jam 5.20am pagi 21/10. Subuh tu (21/10) Syaziela (ella) call sis, tanya sis kat mana. Melompat sis bila dapat call dari dia yang mana dia dah kat airport jam 3.30 am, sis masi kat rumah. MashaAllah. Dengan tak cekin lagi. Bagi booking number kapal kat Ella, mintak dia tolong cekinkan. ahhaahhaha. Drama sangat.

Nasib semalam, baju & segala-galanya sudah siap packing. Ni semua pasal Gegar Veganza, sis lewat tidur sebab tengok naqiuuu hahhahahaha. Oh ya! Kereta sis tinggalkan di KKIA je, minta kawan tengokkan untuk tempoh 15 hari. hihi

Sampai je kat airport, Ella dah tunggu, terus drop bag. Minum kopi kat McD jap. Tepat jam 5.20 am kapal pun terbang menuju ke KLIA. Syukur Alhamdulillah, 1 perjalanan selamat, dan menunggu next flight ke Paris pula pada jam 3 pm. Untuk ke Paris kami naik kapal Saudi Arabia, transit di Riyadh dalam 8 jam. Phewww, keras juga duduk kesejukan dalam airport tu.

Syukur Alhamdulillah, perjalanan ke Paris berjalan lancar. Landing tepat jam 7 am, 22/10 di CDG Terminal 2. Besar gila weh Terminal tu. Actually, ada 3 terminal, nak ke mana-mana terminal kena naik train. Sebelum weols bertemu dengan Mila (kawan Ella) & Husband, kami cari prayer room dulu. Jumpa! Kalau uols nak solat di CDG Airport, boleh ke 2F, visit room 3 di Terminal 2 ye kawan-kawan.

Bila sudah berjumpa semua, kami proceed ke Brussels pula. Sebab weols buat keputusan, jalan-jalan di Paris pada akhir pengembaraan, balik ke KL pun dari Terminal 2 CDG Airport juga. Agak kekok mula-mula sampai Eropah ni, tau-taulah. Macam-macam perasaan yang menyelubungi. hihi. InshaAllah tak kan ada apa-apa, yakin pada Allah. ♥

KLIA
@ KLIA, chatting. Muka macam tak bermaya kan. hahah
IMG_4532
Hernie & Ella 😉
SA - 1
Bismillahirrahmanirrahim.
IMG_4536
1st Meal, Ella.
IMG_4534
1st Meal, mine.
IMG_4545
2nd meal, both of us.
CDG 1
Alhamdulillah landed @ CDG Terminal 2. Muka ada manyak happy!
Lepaking CDG 1
1st time jumpa Mila & Husband. Baik sangat kedua-duanya.
Lepaking CDG 2
Santai-santai japppp
OTW Brussels 1
Ready to take Europe. Awww
OT Brussels 2
Tunggu train nak ke Brussels, suhu masa ni, agak sejuk juga. fuhh!

Alhamdulillah for day 1 – perjalanan KL – Paris. Gambar masa kat Riyadh takde. Takde mood nak bergambar. Lagipun mood masa tu nak tidur ja. hihi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s