Masuk kereta cepat-cepat sebab angin maha kuat. Berpanasan seketika dalam kereta seketika. Lepas dapat haba dari kereta, bersedia ke destinasi seterusnya iaitu Jusangjeolli Cliff (JC). Ketika ini, angin seperti biasa. Bukan apa, gusar kalau salji turun lagi. Takut wehhh. Jalan licin kottt. Sepanjang di JC pun nda aman. Banyak orang tu ok la sikit, tapi angin laut yang menyapa bagai tiada ampun. Nasiblah tudung sarung ja, kalau bawal. Hambik le engko senget sana sini. Nda lama pun di JC, dalam 15 minit. Usai bergambar dan pusing di sekitar taman, kaki terus lari ke kereta. Gerimis mengundang awak. Bagus balik. Suhu pun boleh buat ber-huhuhuhu.
So, layan je gambar weols yang tak seberapa ni. Ehehe













Bagi sis, pegi ke tak ke sini, tak kisah. Dari korang ja. Actually kawasan ni luas lagi. Tapi kami cuma pergi tempat trademark lokasi ni ja. Yang taman-taman kat dalam tu, kami nda pergi. Sebab hujan gerimis ni, membantutkan niat. Tapi berpuas hati juga. Alhamdulillah.
So, bajet kat sini cuma KRW2,000 je. GPS ke JC: 7381393