Sambil memanaskan badan dalam kereta, kami berbincang nak pegi mana. Osullac Tea Museum atau Camellia Hill? Memandangkan ini adalah musim Bunga, kami ketepikan Osullac dan terus tekan GPS (7920088) Camellia Hill (CH). Sepanjang menuju ke sana, angin masih di tahap kegusaran. Mungkin kalau lelaki ok ja la kali dengan cuaca berangin macam tu. Tapi aku, aiihh. Risau memanjang.
Nak tahu, sebelum sampai ke CH, salji turun sekali lagi. Omg cuak gila uols. Sis memang berdebar sepanjang perjalanan. Bila dah sampai CH still bersalji + angin kuat lagi. Bincang dengan Cik Hanis, kalau-kalau salji berhenti kita nda payah masuk CH la, balik. Sebab mesti basah. Sambil makan-makan roti dalam kereta, sambil memerhati kereta lalu Lalang seakan tidak kisah salji yang berturunan.
Lebih kurang 10 min, salji berhenti, angin kuat berhenti, matahari manampakkan diri dan cuaca tetiba panas memancar engkau. Jadi kau fikir, kau mahu sia-siakan masa? Sudah datang, masuk je la dalam taman CH tu. Masa kami nak ke kaunter tiket, banyak gils kereta masuk. Aikkk? May be diorang dah tahu, salji tak lama ponnn. Haha. Kami ja yang drama lebih ni. Dan, dan… Layan la gambar sekitar di sana. Ehe!


Selepas ‘salji lalu’.



Entrance. Nampak tak panas matahari memancar itew.

CH ni terlalu banyak spot best untuk bergambar.

Nda sangka bole masuk CH dek kerana cuaca berdrama sebentar tadi.








Tu ha sijil kemasukan kami di sini. 😀 😀

















Kalau musim bunga, sis memang suggest uols pergi sini. Segar. Kawasan yang jauh dari kesibukan. Udara fresh. Tenang. Mood bahagia & gembira menguasai diri selepas dari melihat bunga di sini. So, bajet di sini KRW8,000 (EF). Jumpa di next entry yaw!