Chapter 35 · Korea Selatan · Pulau Jeju

[mts] Friendly Muslim Restaurant @ Seongsan

Alhamdulillah. Satu persatu sis dah cuba nak update. Rajin keee. 😉 Kalau nak baca pengalaman sis d Udo click sini. ♥

Cerita masih pada hari kedua di Pulau Jeju, 05 April  2018.

Lepas dari Udo, sis terus nak ke Doldam GH untuk rehat dan buat apa yang patut. Tapi pusing – pusing, tak jumpa eh. So we decided untuk park kereta di 1 kawasan open (tak ingat berdekatan dengan GH apa tu, tapi betul-betul nampak orang ramai sedang daki Ilchulbong) and jalan kaki cari DGH. Lapar tau masa ni. Berjalan dibawah gerimis dan angin yang maha kuat. Sis & Hanis gagahkan jua diri untuk cari. Last tu weols tanya kat staff 1 kedai ni, nasib baik jumpa budak baik hati dan tunjukkan kami DGH. Syukur Allah mudahkan. Stay kat DGH hampir setengah jam. Tuan rumah tiada juga. Buat keputusan pegi ambik kereta. Tapi sebelum balik, weols pi makan di salah sebuah restoran muslim friendly. Alhamdulillah kenyang.

P_20180405_175133
Ni ha menu kami, order sup seafood ala-ala tomyam (tapi tak pedas) dan ikan je. Side dish melampau banyak (boleh minta lagi kalau habis). Each dish cost KRW15,000

Kedai makan ni tutup jam 6, kesian diorang kena tunggu kami makan. Sebabnya kami masuk dalam kedai ni dah jam 5.40pm. Kedai ni langsung tidak menghidangkan daging, prasarana pun sangat selesa.

image2 - MF
Mula-mula tu, kami just jalan-jalan nak berpeleseran cari skin care, tetiba nampak sticker Muslim Friendly ni, dan-dan kami masuk. Lapar weyy. Maklumlah, makan roti je dari pagi tadi.  Kedudukan kedai ni tepi jalan utama yang berdepan dengan Ilchulbong.
image1
Ni sign board kedai tu. Bila kami tanya nak daging, dia terus cakap tak ada daging kat kedai dia, actually acah-acah ja tu, ehehehe. Only seafood je ye. Syukurlah. Kalau adik hakak rasa ragu-ragu tak yah masuk kay. 😀
image1-1
Kalau nak makan sini, boleh taip nombor phone diorang tu kat GPS korang kay.
image2-1
Kalau faham peta ni, boleh cari terus tanpa GPS. 😉

Lepas kenyang, tangguh nak balik, weols masuk The Face Shop lagi, eh bukan tu ja, masuk Innisfree, Nature Republic, Laniege, Iope, semua tempat kami masuk. Eh tapi serius, murah gils kat sini tauuuuuu.

Tapi kan, kami ada nampak juga bebudak melayu masuk McD kat sini, persoalannya: kalau makan kat situ even makan shrimp/ fish burger boleh makan ke? kan satu tempat masak (dapur) ngan daging yang sewaktu dengannya? Takpela, pendirian masing-masing kan. Cumaaa, fikir-fikirkanlah dulu ye adik hakak abang. =)

Thanks for reading this entry! ♥

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s