Assalamualaikum. Sis sambung the next day pergi mana + drama kami di Pulau Jeju. Kalau nak tau tentang penginapan sepanjang kami di pulau ni, boleh click sini. ♥
Bangun awal pada 05/04/2018 sebab nak drive tempat yang maha jauh. Semalam pun tidur dengan awalnya, nak save energy-lah katakan. Alhamdulillah, sempat breakfast roti kat GH & tapau sekali nak makan nanti sampai ke destinasi. Awal pagi tu, berhangkut lah kami dengan segala beg ke kereta nun di seberang Jeju Hall City (parking free). Kena keluar before 9.00am, sebab lepas waktu tu kena bayar.
Ok, before tu sis cerita drama kami nak parking di Jeju Hall City (JHC) malam tadi. Usai masukkan barang & laksanakan yang wajib, sis & Hanis keluar nak jenjalan kejap dan teruslah nak park kereta di (JHC). Dijadikan cerita, nak pergi JHC ni masyaAllah. Sesat sampai lalu tempat yang sama 5x awak!
Memang dasar bergaduh dengan gps ja sepanjang cari JHC. Dengan ambik masa pulak nak sesuaikan diri memandu sebelah kiri. Entah napa tetiba masuk dalam kawasan parking berbayar, nak undur tak boleh sebab, ada kereta dah kat belakang ambik queue. Kami pun ambiklah 1 lot parking. Alih-alih tu bukan JHC yang kami cari. Salah faham ni. Then ambik keputusan nak keluar. Tetiba kat screen dia suru bayar guna cc. Eh takkanlah KRW2000 tu nak bayar guna cc kan. Tak logik betol. Kami patah balik masuk parking tadi.
Mahu tak mahu, kami tunggu kat counter ticket bayar parking tu dalam kesejukan maghrib. Masalahnya takde orang kat situ. Berdiri dalam 10 min dalam kesejukan jugaklah. Tau tak kami masuk parking kawasan apa?? Parking Billiard Bar you. Omg! Tekejut weii. Tapi kami masih bertenang. Tetiba masuk 1 kereta kat kawasan tu, and dia cuma park je kat situ, abam korea ni nak keluar kena lalu tempat kami berdiri tu, masa tu lah kami keluarkan signal yang kami tak dapat nak keluar.
Punya baik abam ni, dia tolong call number yang tertera (kami tak beli pun simkad local sepanjang di Jeju, kalau korang rasa perlu, silakan.. ehehe) and tak sampai 3 min, sorang remaja lelaki datang. Syukur kena tolong. Allah permudahkan urusan budak-budak travel ni. Eheh. Seriously, kalau tengok abam ni depan-depan macam gangster wei. Kecut juga nak mintak tolong masa tu. Masalah setel and kami pun jumpa juga JHC setelah berpusing-pusing untuk sekian kalinya selepas kejadian salah parking tu. Ini kes, tak dengan arahan gps betol-betol ni. huhu

Okay, kita teruskan dengan drama nak ke Udo pulak. 😀 Sebenarnya kami tak tau nak gunakan gps kereta kami ni. Huhu. Keluar ja dari JHC, kami park 1 kawasan free park, termenung seketika macamana nak guna gps. Tekan punya tekan akhirnya dapat juga. So destinasi kami ke Udo Land dalam 66km. Episod memandu jauh bukanlah satu hal besar bagi sis.
Sepanjang perjalanan, cuaca amatlah bersilih ganti. Hujan, panas, berangin semua ada. Tak berbukit sangatlah, cuma kena pandai ikut rentak arahan GPS. Maklumlah, sikit-sikit remind kelajuan weols over. Eheh
Alhamdulillah sampai kat area Seongsan lebih kurang jam 10.15 pagi. Lebuh kurang 1 jam 20 minit masa perjalanan. Rehat sebentar nak makan tapau roti tadi. Eheh. Masa tu lost juga, terminal nak ke Udo pun kurang pasti sebelah mana. Ambik belah kiri ke kanan. Ambik keputusan nak cari dengan berjalan kaki, kereta kami parking di kawasan free park. Jalan paling selamat ambik teksi. Ehehe.
Kami naik feri jam 11.00 pagi. Cuaca mendung, tapi tak hujan. Sejuk ya amat, tuhan saja tau. Angin kuat lagi 1 hal. Tapi semuanya diterima dengan hati yang terbuka, sebab apa? Because this is Jeju gais 😂.
Perjalanan feri mengambil masa 10-15 min. Masa tu kami cuma lepak di luar ja. Sengaja, cuma tu lah sejuk ya amat sangat. 😂 Tiba ja di Udo misi sewa basikal, makan Hallabong ice cream & cari restoran yang menghidangkan Halla Fried Rice yang halal akan diteruskan. Naik basikal cancel sebab angin kuat sangat, takut tak terkayuh. Ambik keputusan untuk sewa ATV. Sewa ATV kena guna IDP ye adik-adik.
Sepanjang perjalanan dengan ATV ni, kami tak jumpa langsung nasi goreng dimaksudkan. Sehinggalah kami ternampak gambar yang sama dalam page entah sapa tu cakap nasi ni boleh makan, tapi bila tengok poster sebelah nasi tu benda yang kita tak boleh makan yang kedua-dua menu dimasak di dalam restoran yang sama. Atas sebab keraguan kami yang meninggi, kamu putuskan untuk tidak singgah ke restoran tersebut.
Sebenarnya kami telah membuat keputusan yang sangat tepat, apabila selang seminggu blogger Farah Lee (& the gang) ke Jeju memaklumkan bahawa, tak ada 1 restoran pun kat Udo ni kita (muslim) boleh makan. Alhamdulillah.
Usai berhenti bergambar dan 1 pusingan complete, kami kembalikan ATV. Alhamdulillah, tak ada yang rosak sepanjang penyewaan benda tu.
Terminal nak ke Udo: GPS 064-7825671 – Bila sampai kat kawasan ni, mesti hairan sikit sebab ini adalah kawasan pelabuhan. Bila GPS uols dah kata arrive at destination. Uols keluar balik ikut belah kiri dan ada simpang kiri lagi, masuk situ sehingga sampai ke area kawasan parking. Hah tu lah car park terminal nak ke Udo.
Ataupun boleh guna GPS blogger ni, entah napa kami tak ambik GPS diorang ni. Click sini. Tapi sis pun tak tau juga, GPS diorang guna sampai ke Terminal ke tak. Better ambik dua-dua.
Jom layan gambar weols, eh gambar di Udo 😀


























Alhamdulillah, allah permudahkan urusan kami ke Udo dengan lancarnya. Walaupun cuaca agak so – so je. Jumlah perbelanjaan sepanjang ke Udo:-
- Tambang feri ke Udo KRW8,500 seorang. Sis baca kat blogs tambang cuma KRW5,500 je, tak tau pulak dah naik. 😦
- Sewa ATV: KRW25,000. Harga sebenar KRW30,000 tapi dah kami banyak sangat luahkan rasa takut, dia kurangkan pulak ke KRW5,000. Ok juga. So KRW25,000 bahagi 2. 🙂
Mintak maaf lah ye, kualiti gambar tak berapa nak memuaskan. Kalau cuaca cerah rasanya panorama Udo lagi cantik. Apa-apapun Alhamdulillah….
Sis velanja video yang tak seberapa ini. btw, thanks for reading yeeee! ♥
Salam. Boleh bagi list restoran halal di jeju? Or kedai untuk membeli barang untuk dimasak?
LikeLike