[mts] STA2018: The Guesthouses

Assalamualaikum.

Untuk entry ni, sis akan cerita guesthouse² sis sepanjang di Pulau Jeju.  (Nota awal: Entry maha panjang) Alhamdulillah, semua GH sis just nice untuk didiami sepanjang percutian.

  • You & I Guesthouse (4 April & 8-9 April)
  • Doldam Guesthouse (5 April)
  • Kkodak Kkodak Guesthouse (6-7 April)

Kami buat macam ni sebab nak memudahkan pergerakan. Maklumlah, semua tempat pun nak pergi kan (gigih). Dan semua tempat ni sis booking di Booking.com sahaja, dalam bulan Januari hari tu. Nak tau bestnya apa, kami cuma buat tempahan melalui web dan bayar bila check in

Doldam Guesthouse:

Review:

  • Tiada no phone local untuk di taip. Syukurlah sis ada belajar tulisan korea hari tu (taklah expert), sis taip je perkataan Doldam tu dalam bahasa korea. (Tapi untuk ke DGH ni pun ada cerita jugak 😀 )
  • Lokasi agak tersembunyi sikit.
  • Car park tak ada, cuma ada kawasan depan rumah yang hanya memuatkan 2 buah kereta. So kalau ramai penghuni GH yang bawa kereta, sis pun tak tau mana nak park. 
  • GH ada 4 bilik sahaja. 1 female dorm (6 orang), 1 male dorm (6 orang), 2 rooms for male & female and 2 bathrooms.
  • Ada dapur (tak silap sis dia tak benarkan masak), tiada washing machine, tiada iron.
  • Ruang tamu lengkap tv dan sebagainya.
  • Selesa sangat, cuma sis rasa scary sikit sebab masa kami di Seongsan angin kuat sangat-sangat.
  • Jalan kaki je ke Ilchulbong.
  • Tuan rumah baik hati.
  • KRW15,000/ malam/ orang = RM54.90

Sis tak tau napa sis tak bergambar banyak kat DGH ni 😀

P_20180406_065920_BF
Gambar masa nak naik Ilchulbong awal pagi, 7hb April. Nasib badanlah pakai tudung bawal ketika angin kuat. Tak iron pula. 😉 Inilah satu-satunya gambar kami kat DGH di kawasan luar. Kat belakang ni (lukisan pokok kat dinding) rumah empunya DGH, GH yang ada tangga kat hujung sana tu lagi.
IMG_0504
Ini pulak gambar dari rooftop kami. Tak sampai 10 minit pun jalan kaki ke kaki Ilchulbong. Sorry, gambar proper GH & apa yang terkandung dalamnya kami tak ingat langsung nak gambar. Hmmmmm

 

Kkodak Kkodak Guesthouse:

Review:

  • Area bandar. Senang cari lokasi, just type no phone local.
  • Car park depan GH tak ada, tapi area ni banyak car park open, as long as you all park dalam kotak parking tepi-tepi bangunan tu. Syukurla, 2 malam berturut sis dapat parking tempat yang sama which is betul-betul depan lorong KKGH.
  • Tak pasti GH ada berapa bilik, tapi rasanya banyak.
  • Ada dapur, yang membolehkan uols nak masak. Tapi untuk muslim, pandai-pandai kay.
  • Ruang makan tak ada yang specific, masuk ja nak check in, kat situ ada meja & kerusi, situ-lah weols bersarapan & makan.
  • Iron boleh request dengan owner.
  • Tuan rumah baik hati. Memiliki anjing. Pandai-pandai juga-lah uols ye.
  • So far, GH ni khas untuk orang yang nak tidur je, nak selesa sangat memang tak lah, tapi just nice.
  • KRW12,000/ malam/ orang = RM43.92 x 2 malam = RM87.84 (GH paling murah)

 

P_20180408_092036
Bersama beg-beg bertuah.
P_20180408_092048
Cuaca masa ni, memang sejuk gils.
P_20180408_092113_BF
08/04/2018: Check out dari KKGH. Skin masa ni, memang kering kaw-kaw.
P_20180407_080801
Parking macam ni maksud sis. Nasiblah parking tak kena bayar.

 

You & I Guesthouse:

Review:

  • Terletak di tengah-tengah bandar Jeju.
  • No telefon untuk taip kat GPS tak ada, tapi kalau GPS in English, boleh taip terus nama GH.
  • Tiada car park untuk GH ni, tapi boleh park kereta di Jeju City Hall, then jalan kaki ke GH.
  • Ruang makan bersih & selesa
  • Bilik bersih dan sangat selesa.
  • Tempat masak khas untuk muslim (bermula 8hb April)  disediakan. Pihak GH menggalakkan anda untuk menyumbang lebihan makanan (kalau taknak bawa balik) seperti magie, 3 in 1, keropok dll diletakkan di ruangan tersebut.
  • Iron terletak di tingkat bawah sekali (ruang makan).
  • Boleh cuci baju, free. Dry kena bayar KRW3,000.
  • Tuan empunya, staff GH semua baik hati.
  • So far GH ni sangat recommended in the city, even a bit pricey.
  • KRW17,000/ malam/ orang =RM62.22  x 3 malam = RM186.66

Sis velanja gambar kat You & I GH kay. (Sorry banyak ni) 😀

UI Blog 7
04/04/2018: Gambar pertama di Y&IGH.
UI Blog 8
 Kenangan.

 

UI Blog 9
Ruang menonton TV.
UI Blog 10
Ruang makan.
UI Blog 14
Bersih sangat. Tu ha staff yang penuh dedikasi melayan kami. 😉
UI Blog 15
No hal kalau nak cuci baju.
UI Blog 18
Katil DD dia pun bagus. Selesa sangat awak!
UI Blog 11
08/04/2018: Check in balik kat sini, petang nak makan tu, diorang tengah sediakan corner & utensil untuk muslim. Awwww, happy-nya. Dihargai dan rasa bertuah. Sebab kami orang pertama yang gunakan peralatan baru ni. 😀
UI Blog 2
Syukur dihargai. Setiap masa, staff akan jenguk kalau ada pelanggan yang turun ke dapur untuk monitor yang bahagian ni untuk MUSLIM sahaja. Bagus kan.

UI Blog 3

UI Blog 4
Beberapa makanan yang kami tak dapat habiskan dan kami ‘hadiah’kan kat sini kepada sesiapa yang akan stay GH ni.
UI Blog 6jpg
Ni area untuk non muslim punya. Tapi nak makan bread and telur ambik je kat situ.
UI Blog 13
Memandangkan kat sebelah sana dah full, diorang tambah lagi kat sini.
UI Blog 12
Sis sangat recommend kat sini. Sis puas hati. SGC pulak la kan tetiba lekat kat situ. 😀
UI Blog 1
Sebelum gerak ke airport, sis sempat jugaklah ambik gambar atas & bawah ni. Tengok jela panas. Tapi suhu, berhuhu jugaklaaaa.
UI Blog 17
Beg yang kami bawa ke hulu ke hilir round Pulau Jeju. Alhamdulillah.
UI Blog 19
Ada 2 orang staff ja di sini yang kami perasan. Sorang lagi lelaki. Tapi lelaki tu selalu jaga malam. Belakang tu peta Pulau Jeju. Diorang dah mark mana-mana attraction kalau korang nak pergi. Just tanya diorang ja, inshaAllah membantu. Tengs You & I Guesthouse. (Gambar: 10/04/2018 sebelum ke airport)

 

 

So secara ringkasnya, total penginapan selama 6 malam di Pulau Jeju adalah: RM329.40

Thanks for reading this entry! 😀

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: