Assalamualaikum.
Untuk entry ni, sis akan cerita guesthouse² sis sepanjang di Pulau Jeju. (Nota awal: Entry maha panjang) Alhamdulillah, semua GH sis just nice untuk didiami sepanjang percutian.
- You & I Guesthouse (4 April & 8-9 April)
- Doldam Guesthouse (5 April)
- Kkodak Kkodak Guesthouse (6-7 April)
Kami buat macam ni sebab nak memudahkan pergerakan. Maklumlah, semua tempat pun nak pergi kan (gigih). Dan semua tempat ni sis booking di Booking.com sahaja, dalam bulan Januari hari tu. Nak tau bestnya apa, kami cuma buat tempahan melalui web dan bayar bila check in.
Doldam Guesthouse:
Review:
- Tiada no phone local untuk di taip. Syukurlah sis ada belajar tulisan korea hari tu (taklah expert), sis taip je perkataan Doldam tu dalam bahasa korea. (Tapi untuk ke DGH ni pun ada cerita jugak 😀 )
- Lokasi agak tersembunyi sikit.
- Car park tak ada, cuma ada kawasan depan rumah yang hanya memuatkan 2 buah kereta. So kalau ramai penghuni GH yang bawa kereta, sis pun tak tau mana nak park.
- GH ada 4 bilik sahaja. 1 female dorm (6 orang), 1 male dorm (6 orang), 2 rooms for male & female and 2 bathrooms.
- Ada dapur (tak silap sis dia tak benarkan masak), tiada washing machine, tiada iron.
- Ruang tamu lengkap tv dan sebagainya.
- Selesa sangat, cuma sis rasa scary sikit sebab masa kami di Seongsan angin kuat sangat-sangat.
- Jalan kaki je ke Ilchulbong.
- Tuan rumah baik hati.
- KRW15,000/ malam/ orang = RM54.90
Sis tak tau napa sis tak bergambar banyak kat DGH ni 😀


Kkodak Kkodak Guesthouse:
Review:
- Area bandar. Senang cari lokasi, just type no phone local.
- Car park depan GH tak ada, tapi area ni banyak car park open, as long as you all park dalam kotak parking tepi-tepi bangunan tu. Syukurla, 2 malam berturut sis dapat parking tempat yang sama which is betul-betul depan lorong KKGH.
- Tak pasti GH ada berapa bilik, tapi rasanya banyak.
- Ada dapur, yang membolehkan uols nak masak. Tapi untuk muslim, pandai-pandai kay.
- Ruang makan tak ada yang specific, masuk ja nak check in, kat situ ada meja & kerusi, situ-lah weols bersarapan & makan.
- Iron boleh request dengan owner.
- Tuan rumah baik hati. Memiliki anjing. Pandai-pandai juga-lah uols ye.
- So far, GH ni khas untuk orang yang nak tidur je, nak selesa sangat memang tak lah, tapi just nice.
- KRW12,000/ malam/ orang = RM43.92 x 2 malam = RM87.84 (GH paling murah)




You & I Guesthouse:
Review:
- Terletak di tengah-tengah bandar Jeju.
- No telefon untuk taip kat GPS tak ada, tapi kalau GPS in English, boleh taip terus nama GH.
- Tiada car park untuk GH ni, tapi boleh park kereta di Jeju City Hall, then jalan kaki ke GH.
- Ruang makan bersih & selesa
- Bilik bersih dan sangat selesa.
- Tempat masak khas untuk muslim (bermula 8hb April) disediakan. Pihak GH menggalakkan anda untuk menyumbang lebihan makanan (kalau taknak bawa balik) seperti magie, 3 in 1, keropok dll diletakkan di ruangan tersebut.
- Iron terletak di tingkat bawah sekali (ruang makan).
- Boleh cuci baju, free. Dry kena bayar KRW3,000.
- Tuan empunya, staff GH semua baik hati.
- So far GH ni sangat recommended in the city, even a bit pricey.
- KRW17,000/ malam/ orang =RM62.22 x 3 malam = RM186.66
Sis velanja gambar kat You & I GH kay. (Sorry banyak ni) 😀









♥







So secara ringkasnya, total penginapan selama 6 malam di Pulau Jeju adalah: RM329.40
Thanks for reading this entry! 😀