Posted in Chapter 35, Korea Selatan, Pulau Jeju

[mts] Friendly Muslim Restaurant @ Seongsan

Alhamdulillah. Satu persatu sis dah cuba nak update. Rajin keee. ๐Ÿ˜‰ Kalau nak baca pengalaman sis d Udo click sini. โ™ฅ

Cerita masih pada hari kedua di Pulau Jeju, 05 Aprilย  2018.

Lepas dari Udo, sis terus nak ke Doldam GH untuk rehat dan buat apa yang patut. Tapi pusing – pusing, tak jumpa eh. So we decided untuk park kereta di 1 kawasan open (tak ingat berdekatan dengan GH apa tu, tapi betul-betul nampak orang ramai sedang daki Ilchulbong) and jalan kaki cari DGH. Lapar tau masa ni. Berjalan dibawah gerimis dan angin yang maha kuat. Sis & Hanis gagahkan jua diri untuk cari. Last tu weols tanya kat staff 1 kedai ni, nasib baik jumpa budak baik hati dan tunjukkan kami DGH. Syukur Allah mudahkan. Stay kat DGH hampir setengah jam. Tuan rumah tiada juga. Buat keputusan pegi ambik kereta. Tapi sebelum balik, weols pi makan di salah sebuah restoran muslim friendly. Alhamdulillah kenyang.

P_20180405_175133
Ni ha menu kami, order sup seafood ala-ala tomyam (tapi tak pedas) dan ikan je. Side dish melampau banyak (boleh minta lagi kalau habis). Each dish cost KRW15,000

Kedai makan ni tutup jam 6, kesian diorang kena tunggu kami makan. Sebabnya kami masuk dalam kedai ni dah jam 5.40pm. Kedai ni langsung tidak menghidangkan daging, prasarana pun sangat selesa.

image2 - MF
Mula-mula tu, kami just jalan-jalan nak berpeleseran cari skin care, tetiba nampak sticker Muslim Friendly ni, dan-dan kami masuk. Lapar weyy. Maklumlah, makan roti je dari pagi tadi.ย  Kedudukan kedai ni tepi jalan utama yang berdepan dengan Ilchulbong.
image1
Ni sign board kedai tu. Bila kami tanya nak daging, dia terus cakap tak ada daging kat kedai dia, actually acah-acah ja tu, ehehehe. Only seafood je ye. Syukurlah. Kalau adik hakak rasa ragu-ragu tak yah masuk kay. ๐Ÿ˜€
image1-1
Kalau nak makan sini, boleh taip nombor phone diorang tu kat GPS korang kay.
image2-1
Kalau faham peta ni, boleh cari terus tanpa GPS. ๐Ÿ˜‰

Lepas kenyang, tangguh nak balik, weols masuk The Face Shop lagi, eh bukan tu ja, masuk Innisfree, Nature Republic, Laniege, Iope, semua tempat kami masuk. Eh tapi serius, murah gils kat sini tauuuuuu.

Tapi kan, kami ada nampak juga bebudak melayu masuk McD kat sini, persoalannya: kalau makan kat situ even makan shrimp/ fish burger boleh makan ke? kan satu tempat masak (dapur) ngan daging yang sewaktu dengannya? Takpela, pendirian masing-masing kan. Cumaaa, fikir-fikirkanlah dulu ye adik hakak abang. =)

Thanks for reading this entry! โ™ฅ

 

 

Posted in Chapter 35, South Korea, Spring Trip

[mts] Indahnya Udo Myeon

Assalamualaikum. Sis sambung the next day pergi mana + drama kami di Pulau Jeju. Kalau nak tau tentang penginapan sepanjang kami di pulau ni, boleh click sini. โ™ฅ

Bangun awal pada 05/04/2018 sebab nak drive tempat yang maha jauh. Semalam pun tidur dengan awalnya, nak save energy-lah katakan. Alhamdulillah, sempat breakfast roti kat GH & tapau sekali nak makan nanti sampai ke destinasi. Awal pagi tu, berhangkut lah kami dengan segala beg ke kereta nun di seberang Jeju Hall City (parking free). Kena keluar before 9.00am, sebab lepas waktu tu kena bayar.


Ok, before tu sis cerita drama kami nak parking di Jeju Hall City (JHC) malam tadi. Usai masukkan barang & laksanakan yang wajib, sis & Hanis keluar nak jenjalan kejap dan teruslah nak park kereta di (JHC). Dijadikan cerita, nak pergi JHC ni masyaAllah. Sesat sampai lalu tempat yang sama 5x awak!

Memang dasar bergaduh dengan gps ja sepanjang cari JHC. Dengan ambik masa pulak nak sesuaikan diri memandu sebelah kiri. Entah napa tetiba masuk dalam kawasan parking berbayar, nak undur tak boleh sebab, ada kereta dah kat belakang ambik queue. Kami pun ambiklah 1 lot parking. Alih-alih tu bukan JHC yang kami cari. Salah faham ni. Then ambik keputusan nak keluar. Tetiba kat screen dia suru bayar guna cc. Eh takkanlah KRW2000 tu nak bayar guna cc kan. Tak logik betol. Kami patah balik masuk parking tadi.

Mahu tak mahu, kami tunggu kat counter ticket bayar parking tu dalam kesejukan maghrib. Masalahnya takde orang kat situ. Berdiri dalam 10 min dalam kesejukan jugaklah. Tau tak kami masuk parking kawasan apa?? Parking Billiard Bar you. Omg! Tekejut weii. Tapi kami masih bertenang. Tetiba masuk 1 kereta kat kawasan tu, and dia cuma park je kat situ, abam korea ni nak keluar kena lalu tempat kami berdiri tu, masa tu lah kami keluarkan signal yang kami tak dapat nak keluar.

Punya baik abam ni, dia tolong call number yang tertera (kami tak beli pun simkad local sepanjang di Jeju, kalau korang rasa perlu, silakan.. ehehe) and tak sampai 3 min, sorang remaja lelaki datang. Syukur kena tolong. Allah permudahkan urusan budak-budak travel ni. Eheh. Seriously, kalau tengok abam ni depan-depan macam gangster wei. Kecut juga nak mintak tolong masa tu. Masalah setel and kami pun jumpa juga JHC setelah berpusing-pusing untuk sekian kalinya selepas kejadian salah parking tu. Ini kes, tak dengan arahan gps betol-betol ni. huhu

IMG-20180404-WA0005
Gambar dia dari belakang je mampu. eheheh. p/s remaja yang datang tadi bagi kami free je keluar, takyah bayar. Double syukur.

Okay, kita teruskan dengan drama nak ke Udo pulak. ๐Ÿ˜€ Sebenarnya kami tak tau nak gunakan gps kereta kami ni. Huhu. Keluar ja dari JHC, kami park 1 kawasan free park, termenung seketika macamana nak guna gps. Tekan punya tekan akhirnya dapat juga. So destinasi kami ke Udo Land dalam 66km. Episod memandu jauh bukanlah satu hal besar bagi sis.

Sepanjang perjalanan, cuaca amatlah bersilih ganti. Hujan, panas, berangin semua ada. Tak berbukit sangatlah, cuma kena pandai ikut rentak arahan GPS. Maklumlah, sikit-sikit remind kelajuan weols over. Eheh

Alhamdulillah sampai kat area Seongsan lebih kurang jam 10.15 pagi. Lebuh kurang 1 jam 20 minit masa perjalanan. Rehat sebentar nak makan tapau roti tadi. Eheh. Masa tu lost juga,ย  terminal nak ke Udo pun kurang pasti sebelah mana. Ambik belah kiri ke kanan. Ambik keputusan nak cari dengan berjalan kaki, kereta kami parking di kawasan free park. Jalan paling selamat ambik teksi. Ehehe.

Kami naik feri jam 11.00 pagi. Cuaca mendung, tapi tak hujan. Sejuk ya amat, tuhan saja tau. Angin kuat lagi 1 hal. Tapi semuanya diterima dengan hati yang terbuka, sebab apa? Because this is Jeju gais ๐Ÿ˜‚.

Perjalanan feri mengambil masa 10-15 min. Masa tu kami cuma lepak di luar ja. Sengaja, cuma tu lah sejuk ya amat sangat. ๐Ÿ˜‚ Tiba ja di Udo misi sewa basikal, makan Hallabong ice cream & cari restoran yang menghidangkan Halla Fried Rice yang halal akan diteruskan. Naik basikal cancel sebab angin kuat sangat, takut tak terkayuh. Ambik keputusan untuk sewa ATV. Sewa ATV kena guna IDP ye adik-adik.

Sepanjang perjalanan dengan ATV ni, kami tak jumpa langsung nasi goreng dimaksudkan. Sehinggalah kami ternampak gambar yang sama dalam page entah sapa tu cakap nasi ni boleh makan, tapi bila tengok poster sebelah nasi tu benda yang kita tak boleh makan yang kedua-dua menu dimasak di dalam restoran yang sama. Atas sebab keraguan kami yang meninggi, kamu putuskan untuk tidak singgah ke restoran tersebut.

Sebenarnya kami telah membuat keputusan yang sangat tepat, apabila selang seminggu blogger Farah Lee (& the gang) ke Jeju memaklumkan bahawa, tak ada 1 restoran pun kat Udo ni kita (muslim) boleh makan. Alhamdulillah.

Usai berhenti bergambar dan 1 pusingan complete, kami kembalikan ATV. Alhamdulillah, tak ada yang rosak sepanjang penyewaan benda tu.

Terminal nak ke Udo: GPS 064-7825671 – Bila sampai kat kawasan ni, mesti hairan sikit sebab ini adalah kawasan pelabuhan. Bila GPS uols dah kata arrive at destination. Uols keluar balik ikut belah kiri dan ada simpang kiri lagi, masuk situ sehingga sampai ke area kawasan parking. Hah tu lah car park terminal nak ke Udo.

Ataupun boleh guna GPS blogger ni, entah napa kami tak ambik GPS diorang ni. Click sini. Tapi sis pun tak tau juga, GPS diorang guna sampai ke Terminal ke tak. Better ambik dua-dua.

Jom layan gambar weols, eh gambar di Udo ๐Ÿ˜€

IMG_0389
Ini kawasan terminal mau pegi Udo, dalam bangunan bentuk semi putih tu tempat beli tiket feri. Depan bangunan tu pun ada parking juga.

 

IMG_0394
Kawasan parking terminal.
P_20180405_110158
Jadual.
P_20180405_110206
Kena bagi tunjuk passport and isi borang yang diorang kasi, baru boleh dapat beli tiket feri.
P_20180405_110915
Usai beli tiket, beratur lah ye nak naik feri. ๐Ÿ˜€ Yang banyak datang Udo ni Korean juga. Tak silap Malaysian kami dua ja. Kebanyakan juga diorang yang datang ni dari luar Jeju, contoh dari Seoul or Busan & yang lain-lain.
P_20180405_111154
Tu ha feri, tengoklah cuaca, dull ja. Angin maha kuat & cuaca maha sejuk.
IMG_0267
Kami dah atas feri, 1 feri lagi tiba. Sepanjang atas feri kami lepak luar je. Malas lah nak masuk dalam, nanti tak feel. Keras juga muka tahan sejuk.ย  ehehehe
IMG_0257
Daaaa…

IMG_0265

IMG_0278
Ni je 2 ekor sempat snap, tapi masa ni serius banyak gila burung berterbangan mengiringi kami ke Udo. ๐Ÿ˜€

IMG_0367

IMG_0297
Finally! Welcome to beautiful Udo!
IMG_0373
Sampai ja, fening jap nak sewa kat mana basikal.
IMG_0301
Memang pada mulanya nak sewa basikal, tapi memandangkan angin kuat sangat. Adik tu suggest kami guna ATV. Dalam 10 minย  jugalah kami takut nak guna benda alah ni. Yela, maunya uncontrolled masuk kat laut engkau. Naya kita nak. Tapi setelah adik tu terangkan cara penggunaannya & menyakinkan takkan ada apa-apa. Alhamdulillah. Everything went well. Syukur! Oh ya, nak sewa kena tunjuk IDP ok!
IMG_0318
Sepanjang naik ATV, Hanis la yang drive. Akk relax je kat belakang. Yela, dah la akak besar, tak muat wei dekat tempat dreba tu. Tapi kesian jugak la Hanis kena pulas minyak lebih sikit kena bawa big sis ni. ๐Ÿ˜€ So, naik beskal cancel. Nak makan Hallabong Ice cream pun cancel kau. Sejuk tahap dewas ko nak makan ice cream. Memang taklah! Btw, kedai ice cream yang dimaksudkan terdapat dalam gambar ni, tu ha paling hujung belah kiri kaler oren tu. Sis tengok relax je geng budak sekolah makan ice cream. Kami sempat berhuhu sajelaaaa
IMG_0310
Berhenti jap, sebab nampak bunga canola tengah mekar & beach view yang amat-amat mempersonakan. Phew!
IMG-20180405-WA0017
Gigih a nak tangkap gambar.

IMG_0314

 

IMG_0321
Tak kuat sis nak jejak pasir tu, angin maha kuat gais. Kitaorang, sekejap-sekejap je keluar, masuk kenderaan balik. ehehehhee. Sumpah sejuk maha sejuk.

 

IMG_0320

IMG_0323

IMG_0324

IMG-20180405-WA0005

IMG-20180405-WA0006

IMG_0327

IMG_0304

IMG_0302

IMG_0307

IMG_0336

IMG_0339
Tak sempat nak sampai penghujung dah balik ke kenderaan, hujan weiii
IMG_0344
Jenuh juga tunggu turn nak naik atas ni. Eh, Hanis je la.
IMG_0366
Info!
IMG_0348
Damai ja rasa dengar deruan ombak ni. Indahnya ciptaan Allah.
IMG_0346
Ni pun kira kreatif juga diorang ni.

IMG_0357

IMG_0365
Gigih ah Hanis naik atas ni, Sis tak mampu weiii.

IMG_0329

IMG_0369
Bila dah habis round, sempat lagi bergambar dengan rental staff ni. Malu-malu lagi diorang tau. ehehhee
IMG_0380
Replica wanita penyelam tu, everywhere ada kot di Pulau Jeju ni.
IMG_0385
Bye Bye, till we meet again!
IMG_0395
Sebenar-benarnya, banyak lagi ni gambar. Tapi sis rasa takkan nak letak semua. So cukup setakat ini saje ye. Ehehe

Alhamdulillah, allah permudahkan urusan kami ke Udo dengan lancarnya. Walaupun cuaca agak so – so je. Jumlah perbelanjaan sepanjang ke Udo:-

  • Tambang feri ke Udo KRW8,500 seorang. Sis baca kat blogs tambang cuma KRW5,500 je, tak tau pulak dah naik. ๐Ÿ˜ฆ
  • Sewa ATV: KRW25,000. Harga sebenar KRW30,000 tapi dah kami banyak sangat luahkan rasa takut, dia kurangkan pulak ke KRW5,000. Ok juga. So KRW25,000 bahagi 2. ๐Ÿ™‚

Mintak maaf lah ye, kualiti gambar tak berapa nak memuaskan. Kalau cuaca cerah rasanya panorama Udo lagi cantik. Apa-apapun Alhamdulillah….

Sis velanja video yang tak seberapa ini. btw, thanks for reading yeeee! โ™ฅ

Posted in Chapter 35, South Korea, Spring Trip

[mts] STA2018: The Guesthouses

Assalamualaikum.

Untuk entry ni, sis akan cerita guesthouseยฒ sis sepanjang di Pulau Jeju.ย  (Nota awal: Entry maha panjang) Alhamdulillah, semua GH sis just nice untuk didiami sepanjang percutian.

  • You & I Guesthouse (4 April & 8-9 April)
  • Doldam Guesthouse (5 April)
  • Kkodak Kkodak Guesthouse (6-7 April)

Kami buat macam ni sebab nak memudahkan pergerakan. Maklumlah, semua tempat pun nak pergi kan (gigih). Dan semua tempat ni sis booking di Booking.com sahaja, dalam bulan Januari hari tu. Nak tau bestnya apa, kami cuma buat tempahan melalui web dan bayar bila check in.ย 

Doldam Guesthouse:

Review:

  • Tiada no phone local untuk di taip. Syukurlah sis ada belajar tulisan korea hari tu (taklah expert), sis taip je perkataan Doldam tu dalam bahasa korea. (Tapi untuk ke DGH ni pun ada cerita jugak ๐Ÿ˜€ )
  • Lokasi agak tersembunyi sikit.
  • Car park tak ada, cuma ada kawasan depan rumah yang hanya memuatkan 2 buah kereta. So kalau ramai penghuni GH yang bawa kereta, sis pun tak tau mana nak park.ย 
  • GH ada 4 bilik sahaja. 1 female dorm (6 orang), 1 male dorm (6 orang), 2 rooms for male & female and 2 bathrooms.
  • Ada dapur (tak silap sis dia tak benarkan masak), tiada washing machine, tiada iron.
  • Ruang tamu lengkap tv dan sebagainya.
  • Selesa sangat, cuma sis rasa scary sikit sebab masa kami di Seongsan angin kuat sangat-sangat.
  • Jalan kaki je ke Ilchulbong.
  • Tuan rumah baik hati.
  • KRW15,000/ malam/ orang = RM54.90

Sis tak tau napa sis tak bergambar banyak kat DGH ni ๐Ÿ˜€

P_20180406_065920_BF
Gambar masa nak naik Ilchulbong awal pagi, 7hb April. Nasib badanlah pakai tudung bawal ketika angin kuat. Tak iron pula. ๐Ÿ˜‰ Inilah satu-satunya gambar kami kat DGH di kawasan luar. Kat belakang ni (lukisan pokok kat dinding) rumah empunya DGH, GH yang ada tangga kat hujung sana tu lagi.
IMG_0504
Ini pulak gambar dari rooftop kami. Tak sampai 10 minit pun jalan kaki ke kaki Ilchulbong. Sorry, gambar proper GH & apa yang terkandung dalamnya kami tak ingat langsung nak gambar. Hmmmmm

 

Kkodak Kkodak Guesthouse:

Review:

  • Area bandar. Senang cari lokasi, just type no phone local.
  • Car park depan GH tak ada, tapi area ni banyak car park open, as long as you all park dalam kotak parking tepi-tepi bangunan tu. Syukurla, 2 malam berturut sis dapat parking tempat yang sama which is betul-betul depan lorong KKGH.
  • Tak pasti GH ada berapa bilik, tapi rasanya banyak.
  • Ada dapur, yang membolehkan uols nak masak. Tapi untuk muslim, pandai-pandai kay.
  • Ruang makan tak ada yang specific, masuk ja nak check in, kat situ ada meja & kerusi, situ-lah weols bersarapan & makan.
  • Iron boleh request dengan owner.
  • Tuan rumah baik hati. Memiliki anjing. Pandai-pandai juga-lah uols ye.
  • So far, GH ni khas untuk orang yang nak tidur je, nak selesa sangat memang tak lah, tapi just nice.
  • KRW12,000/ malam/ orang = RM43.92 x 2 malam = RM87.84 (GH paling murah)

 

P_20180408_092036
Bersama beg-beg bertuah.
P_20180408_092048
Cuaca masa ni, memang sejuk gils.
P_20180408_092113_BF
08/04/2018: Check out dari KKGH. Skin masa ni, memang kering kaw-kaw.
P_20180407_080801
Parking macam ni maksud sis. Nasiblah parking tak kena bayar.

 

You & I Guesthouse:

Review:

  • Terletak di tengah-tengah bandar Jeju.
  • No telefon untuk taip kat GPS tak ada, tapi kalau GPS in English, boleh taip terus nama GH.
  • Tiada car park untuk GH ni, tapi boleh park kereta di Jeju City Hall, then jalan kaki ke GH.
  • Ruang makan bersih & selesa
  • Bilik bersih dan sangat selesa.
  • Tempat masak khas untuk muslim (bermula 8hb April)ย  disediakan. Pihak GH menggalakkan anda untuk menyumbang lebihan makanan (kalau taknak bawa balik) seperti magie, 3 in 1, keropok dll diletakkan di ruangan tersebut.
  • Iron terletak di tingkat bawah sekali (ruang makan).
  • Boleh cuci baju, free. Dry kena bayar KRW3,000.
  • Tuan empunya, staff GH semua baik hati.
  • So far GH ni sangat recommended in the city, even a bit pricey.
  • KRW17,000/ malam/ orang =RM62.22ย  x 3 malam = RM186.66

Sis velanja gambar kat You & I GH kay. (Sorry banyak ni) ๐Ÿ˜€

UI Blog 7
04/04/2018: Gambar pertama di Y&IGH.
UI Blog 8
ย Kenangan.

 

UI Blog 9
Ruang menonton TV.
UI Blog 10
Ruang makan.
UI Blog 14
Bersih sangat. Tu ha staff yang penuh dedikasi melayan kami. ๐Ÿ˜‰
UI Blog 15
No hal kalau nak cuci baju.
UI Blog 18
Katil DD dia pun bagus. Selesa sangat awak!
UI Blog 11
08/04/2018: Check in balik kat sini, petang nak makan tu, diorang tengah sediakan corner & utensil untuk muslim. Awwww, happy-nya. Dihargai dan rasa bertuah. Sebab kami orang pertama yang gunakan peralatan baru ni. ๐Ÿ˜€
UI Blog 2
Syukur dihargai. Setiap masa, staff akan jenguk kalau ada pelanggan yang turun ke dapur untuk monitor yang bahagian ni untuk MUSLIM sahaja. Bagus kan.

UI Blog 3

โ™ฅ

UI Blog 4
Beberapa makanan yang kami tak dapat habiskan dan kami ‘hadiah’kan kat sini kepada sesiapa yang akan stay GH ni.
UI Blog 6jpg
Ni area untuk non muslim punya. Tapi nak makan bread and telur ambik je kat situ.
UI Blog 13
Memandangkan kat sebelah sana dah full, diorang tambah lagi kat sini.
UI Blog 12
Sis sangat recommend kat sini. Sis puas hati. SGC pulak la kan tetiba lekat kat situ. ๐Ÿ˜€
UI Blog 1
Sebelum gerak ke airport, sis sempat jugaklah ambik gambar atas & bawah ni. Tengok jela panas. Tapi suhu, berhuhu jugaklaaaa.
UI Blog 17
Beg yang kami bawa ke hulu ke hilir round Pulau Jeju. Alhamdulillah.
UI Blog 19
Ada 2 orang staff ja di sini yang kami perasan. Sorang lagi lelaki. Tapi lelaki tu selalu jaga malam. Belakang tu peta Pulau Jeju. Diorang dah mark mana-mana attraction kalau korang nak pergi. Just tanya diorang ja, inshaAllah membantu. Tengs You & I Guesthouse. (Gambar: 10/04/2018 sebelum ke airport)

 

 

So secara ringkasnya, total penginapan selama 6 malam di Pulau Jeju adalah: RM329.40

Thanks for reading this entry! ๐Ÿ˜€