Assalamualaikum.
Kalau mengikut pemerhatian sis di blog-blog orang yang pernah pergi ke Pulau Jeju, kebanyakkannya suggest agar sesiapa yang nak jalan-jalan kat sana sewa kereta. Untuk memudahkan pergerakkan. Ada yang suggest ini terbaik, itu terbaik. Sis tak tau mana satu pun yang terbaik. Instinct sis lebih kepada company ni AJ Rent a Car. Sis dah siap letak link kat situ. Boleh click ja kay kalau nak sewa kereta kat company ni.
Bagaimana nak pegi ke pejabat AJ Rent A Car ni, senang jee…



Sepanjang kami berkelana di bumi yang dikenali dengan pantai – pantai cantik ni, ada juga terjumpa Malaysian (mustahil-lah kan tak jumpa). 😉 Ada yang baik, ramah dan sedikit sombong (sikit ja yang ni). Okay buang cerita tu, sis nak sampaikan ni, bila kami tanya berapa sewa kereta mereka, ada yang 4 hari cecah RM600, 5 hari dalam RM800 tu tak masuk deposit kereta lagi, in case ada rosak or kereta ada scratch atau yang sewaktu dengannya sepanjang penyewaan korang rent car company akan charge dari deposit tu.
Tau tak berapa kami bayar sewa kereta dari 4 April (2.00 petang) hingga 9 April (10.00 pagi)? Kami cuma bayar KRW114, 250 a.k.a RM418.16 (RM3.66 tukaran mata wang asing kami ketika itu). Murah ke mahal? Kalau divide by two lagi la murah kaw-kaw kan! Nak tau apa tips?? Kena jadi member AJ Car Rental tu which is u can sign up in their web, only! Mudah kan? Kalau bukan member kau ingat boleh dapat harga murah macam tu. Alah akak/ adik/ abang/ pacik/ macik/ nenek/ atuk bukan susah sangat pun nak sign up. Tak taula korang, kalau sis ni, lagi murah lagilah sis suka. 😀

By the way, kami sewa Kia Morning Auto. Fuh! Gila tak best, smooth je drive, walaupown driver kena duduk belah kiri. Biasanya kita drive belah kanan kat Malaysia. Memang ada sedikit kekok, tapi alhamdulillah taklah sampai melibatkan kemalangan. Syukur!
Hah, ni lagi satu sis nak bagitau, sis tak tau nak starttttttttt enjin. MashaAllah. Drama apakah ini. Sumpah, sis tak pernah drive kereta push button start. Kesian! Sangat! Kebetulan ada penyewa kereta dari China park kat sebelah kereta sis, tanya jela. Before dia jawab, he sees me and I can translate from the staring ‘omg, you rent a car and don’t know how to start?’. But, yeah.. Whatever! You all nak gelakkan kami sebab tak tau nak start enjin kereta, suka hati. Ada sis kesah? -_-
Setelah malu sendiri, kami pun blah ke tempat cek kereta. Staff tu pusing-pusing kereta then take a note dalam HP diorang apa jenis kerosakan atau calar yang ada, sis pun apa lagi tunjuk berhabis la kesan-kesan luka kereta tu sebelum kami guna. Ahaks. Dan staff kompeni kereta tu setting la lokasi GH kami. Kami tak pun sampai depan GH, parking depan kedai orang yang bukan parking. Sangat tak beretika, tapi masalahnya, GPS dah kata we’ve arrive at our destination. Jadi? ko nak buat apa lagi. Matikan enjin, then cari-cari punya cari, jumpa jugak. Kat lorong sebelah rupanya. Phew. Masa masukkan barang-barang dalam bilik kami, dah ada orang kat dalam rupanya. A mother & her daughter. FYI, kami ambik bilik 6 female dorm. Lagi murah kot. Cerita GH di lain entry kayyyy!

Nota untuk hari ini:
- Buat survey mana syarikat rent car yang murah dan harga berpatutan. Tapi kalau kamu jenis tak kisah, mana – mana rent car company pun rasanya tak ada masalah.
- Dah selesai book kereta tu, ambik peduli tentang kereta yang akan disewa. Like, how to start engine (kami letew), drive belah mana, signal/ wiper belah mana, cara driving di tempat yang nak dituju.
- Dengar betul-betul briefing daripada staff syarikat sewa kereta tu, jangan pulak nanti gaduh dengan GPS ( 😉 ). FYI, GPS ni letak number phone (nombor yang bermula 064 – xxx xxxx, bukan no HP tau) tempat yang nak dituju dan GPS terus tunjukkan arah jalan dalam screen. GPS kami dalam bahasa Korea, cuma suara minah yang bercakap untuk tunjukkan direction tu dalam bahasa inggeris. Alhamdulillah.
Semoga bermanfaat, jumpa di entry seterusnya.
Psstt: Update on 22/02/2019 here is a link untuk cara-cara sign up di web AJ Rent A Car ye anak-anak. AJ Rent A Car.
.
.
.
Sudi-sudikanlah, join team sis di Young Living.. 😉 just click kat sebelah ni sign up for Young Living. Card Credit accepted tau. Kalau nak join sis bantu pun boleyyyy.. emel je kay kat herniezieana@gmail.com , pastu sis akan berbicara dari ♥ ke ♥! Eseh
Salam, nak tanya sikit berapa lama A J rent website akan email conformation booking ya?
LikeLiked by 1 person
Waalaikumsalam, hari tu book saya dlm 1 hour diorg dah bagi emel confirm.
LikeLike
Terima kasih
LikeLiked by 1 person
Salam. Mcm mana cara pembayaran kereta sewa ya? Selain kredit kad since kami takde kredit kad😂
LikeLiked by 1 person
Waalaikumsalam. Kalau kat AJ ni, masa kami nak byr hr tu, both medium company guna, cash & credit card. 😊
LikeLike
salam nak tanye kalau booking die nak kredit card ke ye sebab kebanyakan rental car ni semua nak kredit card xboleh ke gune debit card or cash
LikeLike
Assalamualaikum Siti. Untuk AJ ni, hari tu kami byr guna cc, tp byr cash pn boleh jg. =)
LikeLike
salam, email yang discreencap di atas tu kiranya reservaton has been made la ya? nanti di sana just tunjuk email ni dan mereka akan bawa ke kereta? and ada deposit lagi tak mereka minta masa di kaunter?
LikeLike
Waalaikumsalam, yup tunjuk je emel ni. Company ni takde minta deposit (Setakat April yg kami book hari tu la) 😊
LikeLike
Assalamualaikum nak tanya, untuk sepanjang perjalan tu pulak how much kena spent untuk minyak ye 😊
LikeLike
Waalaikumsalam. Kos dalam RM252 (KRW70,000). 😊
LikeLike
Salam.. mcm mana register member? sbb bila isi id & password mengikut seperti yg diminta, tak lepas..
LikeLike
hi…untuk harge tu die cover semue ke tak perlu bayar ape2 lagi masa nak ambil kereta….tq
LikeLike
Yg kami byr tu la cover semua sewa kereta. Tak ada charge tambahan. Buat masa yg saya sewa bulan April tu je la.
LikeLike
salam… AJ ni kene pick up kt airport je ke? kalau soh dia anta kt hotel boleh ke? pm sy boleh.. byk nk tnya sbb nk buat preparation utk ke sana bulan 4, 2019… huhuhu
LikeLiked by 1 person
Assalamualaikum fara. Bole emel saya d herniezieana@gmail.com, saya cuba bantu yg termampu. 😊
LikeLike
Assalamualaikum, ada tak additional charge masa sewa kereta dengan AJ Car rental?
LikeLike
hi.. nak tanya sebab ada baca gak komen di atas pasal nak jadi membership but then bila try register asyik error dekat ID je.. kena include a-z, 0-9, underscore, & single dot tp bila try buat masih lagi tak boleh.. boleh bagi contoh tak ID mcm mana yg dia nak.. sebab akan ke sana kurang dari 2 minggu 🤣🤣🤣
LikeLike
Salam. If x guna credit card, kena bayar cash masa ambil kerete kat sana ke? Ade charge tambahan ke kalau bayar cash?
LikeLike
Salam.
Setakat yang saya tahu untuk April 2018: ya, bayar cash & tak ada charge tambahan masa bayar + ambik kunci kereta.
LikeLike
hai.. boleh saya tahu utk kereta tu utk 2 seat atau 4 seat ye?
minyak total berapa sepanjang sewa kereta ni.
LikeLike
salam sis, harga sewa kereta ni dah include insurans sekali ke? ke xpayah ambik pun xpe? tq
LikeLike
Harga sewa akak, dah masuk. Kena check betul-betul yaaa bila book nanti. =)
LikeLike
May be ke add on insurance je la ..
LikeLike
kereta kami sewa utk 4 seater.
LikeLike
assalam, AJ website skang agak complicated sikit nak join member, kalau nak pinjam id aci x..huhu
LikeLike