[mds] 2017

Assalamulaikum.

Phewww! Makcik pun taktau nak komen apa sebab tak update blog. Btw, thank you gais guys yang sudi stopped by kat blog makcik yang tak seberapa ni. And sorry for those yang ternanti – nanti update blog dari makcik. Ehhh.. Ada ke?? Hahaha.

InshaAllah, azam makcik 2018 ni update blog selalu yee. Aiksieh! Makcik pun sebenarnya kurang pasti betul ke makcik busy ni, tapi kalau tengok shelve Goodreads makcik yang tak mencapai KPI 20 buku untuk dibaca pada tahun ni, maknanya busy bebenor la tu. Adui! Tapi makcik keliru juga either busy or lazy. Erkk! Bila makcik kira – kira, tahun ni termasuk post ni, 7 posts je. Pheww sangat, 365 kan setahun, ke makcik taktau setahun berapa hari. Hmmm

Yes, the question is, ‘what I have done in 2017’Baiklah- baiklah makcik kongsi la apa terjadi dengan makcik. Ehee. Awal tahun 2017 tu, makcik ada tanam azam kan,nak kurus bagai, baca buku selalu (at least 1 buku sebulan), asah bakat seni jahitan, update blog selalu, tapii.. bila dah end of the year ni, makcik lupa pulak tanam azam tu kat mana, sudahnya awal dan akhir tahun =. 😉

Tapi disebalik kedukaan azam makcik, ada juga berita gembira yang datang & mengundang ayat ‘2017, u banyak bagi I kenangan’, gitukan. Untuk fasa 6 bulan pertama tak da la perkara – perkara memberangsangkan berlaku, biasa-biasa je. Tapi untuk 6 bulan terakhir, boleh dikatakan banyak up & down perasan makcik. Nasib dapat control. Kawal -kawal perasaan dari terbuai.

Dimulakan dengan berita gembira, hal urusan untuk memiliki rumah dipermudahkan (walaupun apartment je, syukur sangat-sangat, di mana? rahsiaaaa). Ye lah nak ambik sebuah rumah, gaji tak cukup, belum kahwin, takde yang boleh join loan. Uhu. Lepas tu, Join SGC, jumpa geng  ladies minat Arsenal (finally!!!), byk invest beli buku (tapi tak baca semua lagi, 2018 ok, 2018),  tugasan kat pejabat bertambah (makcik rasa ini punca utama, sebab tahun 2017 adalah tahun yang makcik baaanyak bawa kerja balik rumah), Alhamdulillah, masa ramadhan hari tu adalah niaga jual kueh raya sikit, lebih dekat dengan keluarga, dapat tutup a few hutang piutang (macam banyak hutang je), hampir – hampir menerima seseorang (ehhh, tu yang makcik kata kat atas tu nasib dapat kawal perasaan), yang penting makcik banyak luangkan masa untuk diri sendiri dengan Dia, alhamdulillah hati tenang & tak cepat melatah kalau ada situasi yang tak enak berlaku. Gitew.

Entahlah boleh katakan busy ke lazy? Ehehee.

So, apa yang menarik untuk makcik lakukan di 2018 ni? Sebenarnya makcik dah rancang, tapi tu lah kan, kita hanya merancang tapi DIA yang tentukan. Makcik nakkk:

  • Luangkan masa lebih dengan DIA, nak hadiri usrah, kelas mengaji, nak mendalami kitab suci, perbetulkan diri. Banyak ‘bengkok’ makcik ni. InshaAllah niat ‘luruskan’ diri makcik dipermudahkan.
  • Nak mulakan gaya hidup sihat. Bermula tahun ni, makcik nak join Run. Ehehe.. Setakat ni makcik dah register 2 runs, satu anjuran Arsenal My Run pada 20 Jan 2018 (Virtual Run) satu lagi pada 26 Mac 2018 (yang ni lupa apa nama dia. Ehehe) Makcik target every month ikut sekurang-kurangnya 1 run. Dui.
  • Bermula Jan juga, Makcik nak konsisten ikut fitness. Makcik dah daftar satu fitness club ni which is harga berbaloi (i think), RM49/month dan kelas tiap hari Isnin – Jumaat (7.30 – 8.30 malam, ok lah kan, lepas waktu maghrib) Harap – harap makcik konsisten. 😉
  • Bermula Januari 2018 juga, weekend makcik dah tak macam 2017 dan sebelum-belumnya. Makcik dah ada tugas baru. So Sabtu/ Ahad makcik akan bertugas di ? nantila kita share lengkap berpakaian penuh. Alahai!
  • Makcik sungguh-sungguh nak saving tahun ni. Sebab makcik kan akan tambah aset 2018 (inshaAllah middle year 2018 makcik masuk rumah baru) tu nak kena jimat-jimat. Kitakan tak ada yang support. Eheh. Lagi pula, nak kumpul duit untuk mama, mudah-mudahan di permudahkan nak hantar mama pegi umrah. Amiinn.
  • Amateur Travel is makcik, makcik nak sambung jalan-jalan/ travel untuk mengenali budaya luar, mana lah tahu dapat belajar bagaimana cara islam dipraktikkan di negara luar selainMalaysia. (InshaAllah)
  • Harap, haraplah. Bersikap terbuka dengan soal jodoh. Dah 35 tahun (takyah sembunyi lakan umur tu) dah makcik 2018 ni, may be,  – I said maybe- this is the year. Amiin 😉

Segala perancangan yang baik – baik, makcik harap sangat akan dilakukan seperti yang dirancang. InshaAllah. Makcik doakan kalian yang berhati mulia dan suci, juga dipermudahkan urusan pada tahun hadapan. Amiin.

Dannnn, next entry makcik akan share gambar #TB makcik sepanjang tahun 2017. Phewwwww. Thanks for reading this entry. Daaaa

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s