Posted in Hernie at Work

Netball Tournament

Assalamualaikum..

Weekend yang mengujakan minggu lepas, sebab apa?? Sebab Jabatan kami sertai Kejohanan Bola Jaring, Piala Toh Puan 2016 anjuran Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah (SABANA).Β Ini merupakan penyertaan julung kalinya buat jabatan kami. Bagus juga untuk pendedahan, disamping dapat merasa keseronokan pertandingan di peringkat luar jabatan. πŸ™‚

img_20161015_164643
First game, ai simpanan jewwww
img_20161016_152858
Second last game.. Semua muka happy, main nda stress.
img-20161016-wa0021
Mendengar ucapan. Gambar ehsan orang. Pakai zoom ni, tulah gambar macam ni. Ehe.
img_20161016_182341
Finally. Penderitaan yang seronok berakhir.

Kami dinobatkan team ke-8 dari 24 pasukan. Lucky-lah sebab satu kumpulan dengan team yang tak berapa nak hebat.. Syukur.. Peringkat kumpulan top 2, keseluruhan 8 team ke suku akhir. Memang dijangka tempatke-8 tu. Ahah!

Usai penyampaian hadiah tempat pertama hingga ke-empat. Anugerah sampingan pulak diumumkan. Tiba-tiba emcee sebut nama Jabatan Pertanian sebagai pemenang Anugerah Fair Play. Mak aihhh, nda sangka betol! hadiah berbentuk Piala Anugerah, Bola Jaring & Hamper.Β 

Keseluruhannya:-

  • Tempat Pertama – PPD Keningau
  • Tempat Kedua – SUK Sabah
  • Tempat Ketiga – BOMBA Sabah
  • Tempat Keempat – OSCA

Sukan kegemaran dari masa kurus sampai gemoks. IΒ β™₯ Netball! πŸ˜€

psst; gambar handphone semuanya kat atas tu, sebab tulah tak berapa nak ‘cun’.. πŸ˜‰

Posted in Wishlist

[mts] Wishlist: Shirakawa Village

Assalamualaikum.. Tengah free macam ni kita update blog-lah kan..

Sebenarnya, aktiviti berjinak-jinak mengembara a.k.a travel ni bermula pada tahun 2014, pergi Korea Selatan masa tu. Selepas balik dari Korea aku selalu tengok blog-blog orang yang banyak memberi inspirasi dan semangat untuk menjelajah tempat bukan tanah sendiri. Seronok sebenarnya baca kisah ‘kawan-kawan’ yang pergi luar negara dan berkongsi pengalaman. Lagi best yang pergi dengan bajet ciput. Tips sangat berguna! Terima kasih! β™₯

Alkisahnya, gambar yang akan aku kongsikan nanti merupakan gambar yang sememangnya mengujakan hati dan naluri aku untuk jejak tempat ni. Mulanya aku tak tau pon yang tempat ni terletak di negara matahari terbit, Jepun. Arghh.. Aku tak pernah pulak nak jejak kaki ke sana. Tapi bila tengok gambar kat bawah ni, mak ai.. Negara listed as my wishlist to go soon;

Evening lights
The awesomeness Shirakawa-go
– winter season

Tak bergelora-kah hatimu wahai kawan untuk ke sini? This is one of the beautiful places should to go. Like, seriously? First, I thought the place was not in Asia. Dem! It’s in Japan uols!!!! Nak sangat pegi sini, nak!!! Insha -Allah. Dan selepas itu, aku pun mencari apa lagi yang menarik selain Shirakawa-go di Jepun ni. Dan selepas itu juga, bermulalah kisah aku membaca pengembaran ‘kawan-kawan’ yang pernah pergi ke Jepun. πŸ˜€

Shirakawa-go:

  1. Terletak di Barat Laut, Gifu Perfecture.
  2. Tokyo β‡’ Nagoya (2 hours, train) β‡’ Takayama (2 hours, train) β‡’ Shirakawa village (50 minutes, express bus)
  3. World heritage sites
  4. Surrounded by mountains

Melihat kepada no 2 ⇑, rasanya ke sana perlu one night stay. Perjalanan agak jauh dan mengambil masa lama. Takkanlah ke sana belum habis penat dah nak balik kan. Tak cool lah you!! Nak ke sana?? Meh saya kongsikan sedikit panduan yang mana tukang kongsi ni pon belum pernah pegi lagi, inshaAllah soon. Ahaks!

map_en20150311

1280px-ogimachi_village-01
Surrounded by mountains – Autumn season

shirakawa_gou
I wanna go here!!! – Spring season

1280px-ogi_shirakawa06n3200
The building known as gassho-zukuri.
Daebak!

Semua gambar kat atas, adalah atas ehsan Mr. Perfect Google, Mrs. Wikipedia & Shirakawa-go website.

Thank you for reading this entry. See yaaa! πŸ˜‰

Posted in Hernie's cooking

Onde-Onde ku sayang!

Assalamualaikum, cuti 3 hari ni duduk rumah merehatkan diri setelah berhempas pulas dalam minggu yang hectic gila. Tempahan cerelac masuk, kena buat. Manakala hati berkeinginan memakan onde-onde yang tak pernah aku buat pon. Selalunya beli jer. Bahan-bahan (beli minggu lepas) yang sedia cukup di dapur sepatutnya di-transform-kan kepada onde-onde untuk dijadikan sebagai hidangan minum petang aku hari ini (ehh.. banyaklah minum petang). So dengan semangat yang membara laju ja tangan menguli segalanya.. Hehe..

Tadaaa!!!

2010102183647

2010102183846

Wokey, aku tahu warna tak menyerlah kan, memang sengaja tak nak letak pewarna. Dan-dan you all mesti tertanya-tanya kenapa ada color hijau pucuk pisang yang pudar tu.. Kita cerita kejap lagi resepinya ye kawan-kawan… Onde-onde aku ni lebih kepada pepatah “Don’t judge the book by it’s cover” Gitulah. Haha. Aku sendiri suka rasanya dan bagi aku ini merupakan onde-onde yang paling sedap pernah aku makan tambah-tambah dengan aroma daun pandan. Sorry, puji diri sendiri. πŸ˜‰

Okew, jom kita cerita bahan-bahannya..

Bahan A

  • 200 gram Tepung Pulut.
  • secubit garam
  • 250 ml Air pandan (pandan dikisar dan airnya disaring)

Bahan B

  • Inti: 150 gram gula merah / gula melaka

Bahan C

  • 200 gram kelapa parut
  • sudu kecil garam.

Cara-cara:

  1. Campur bahan A gaul hingga rata (adunan kena seimbang, tak lembik sangat tak keras sangat).
  2. Bentukkan adunan dalam bentuk bulat dan masukkan gula merah di tengahnya. Besar ikut suka hati. Lakukan hingga adunan habis.
  3. Panaskan air di dalam panci dan masukkan bulatan onde-onde. Angkat apabila onde-onde terapung – tandanya dah masak.
  4. Untuk balutan luar, kelapa parut. Boleh juga terus balut onde-onde yang suda masak tu dengan kelapa parut. Kalau nak lebih rasa sedap. Kelapa parut digaul bersama sesudu garam dan dikukus lebih kurang 10 minit.
  5. Selepas tu, bolehlah menjamu selera!!

Mudah tak mudah kan???? Kalau nak onde-onde lebih warna hijau, kisar banyak-banyak daun pandan atau guna pewarna. πŸ™‚

Err, sebenarnya adunan aku tak habis, separuh adunan masuk dalam peti sejuk. Esok lusa kita buat lagi. πŸ˜‰