Assalamualaikum.
Previous entry: Gangnam & Itaewon
Seperti yang tertera pada itinerary, hari ke tujuh merupakan hari menghabiskan duit. Membeli sesuka hati, skin care, souvenir, bag, baju dan apa yang kau rasa berbaloi untuk kau dan kesayangan kau. Eheh.. Tempat-tempat yang dituju adalah Myeongdong, Namdaemun dan Insadong.
Sewaktu di Myeongdong aku dah mengidam sangat nak makan Chungmu Kimbab. Mak aihh rindu nak hirup sup sayur diorang. Rindu nak makan jeruk lobak putih dan sotong yang maha pedas tu. Rindu nak makan kimbab. Yumm! Memandangkan Kak Siti, Hanis, Bibie dan Effi mau ke Cat Cafe, aku bawa Masni dan husband makan di Chungmu Kimbab kejap. Aku ni, kucing pun nda berapa, ini kan mau jejak cat cafe, memang taklah!!!
Chungmu Kimbab ni kalau keluar dari Myeongdong Station ia terletak di sebelah kanan. Cari ja logo seperti di bawah ni:-





Selepas episod berpusingan di Myeongdong dan Namdaemun, kami bergerak balik ke guesthouse. Masih belum puas hati nda dapat bag yang di mau. So, semasa perjalanan balik, kami nampak pula kedai jual bag dengan harga KRW10 kat tepi jalan. Kedai tersebut berdekatan dengan tempat tinggal kami. Rupanya itu area Insadong. Jauh-jauh pergi tempat lain, Insadong kat sebelah ni pon kami nda jejak. Haha. Lucu. Hantar bag kemudian jalan balik. Funny!




Puas hati barang yang dimau sudah jadi hak milik, so kamu bergegas balik guesthouse kemudian, usai makan, aktiviti mengemas dimulakan. Esok pagi kena gerak ke airport sebab Hanis dan Effi nda check in lagi. Berharap semua akan berjalan dengan lancar.
Thanks for reading!! 😀
One thought on “[mts] Winter Trip 2016: Myeongdong & Insadong”