Assalamualaikum…
Previous Entry: Hongdae
Sebenarnya ke Everland memang masuk dalam itinerary. Tapi list pilihan, samada ke Everland atau Yongpyong Ski Resort. Memandangkan masing-masing pada ketika itu “allergic” dengan sejuk & salji, maka semua juga bersetuju untuk ke Everland.
Harga tiket masuk taman tema di mana-mana pun pasti sedikit meruntun qalbu. Harga masuk ja, bagus beli baju sepasang dua. Kalau tak lebih dari RM100 tak sah. RM50 kira harga minima suda tu. Harga tiket masuk ke Everland KRW48k (RM173). Agak mahal tambahan pula mahu ke sana mengambil masa sehari perjalanan. Ikutkan hati, dari pergi Everland, lebih baik pergi ke tempat-tempat yang tak sempat pergi dek kerana kekangan masa dan kesihatan.
Bila cek web Everland semalam, dan dan nampak pula promosi kat bawah ni. Peratus hendak ke Everland teruslah menggunung. Lagipun, bagi peminat tegar Running Man seperti aku ni, siapalah yang tak nak ke Everland, bukan kah tempat tu merupakan salah satu lokasi penggambaran RM. 😉

Selepas balik dari Hongdae tangan laju search how to go there. Hekhek!
Perjalanan pada 30hb dimulakan pada jam 9 pagi:
Anguk Station → Seoul National Universiti of Education → Gangnam Station
Dari Station Gangnam kena ambil Exit 1o. Keluar dari Exit 10, perlu jalan terus sampai jumpa perhentian bas berdekatan Giordano dan WHO AU. Naik bas berwarna merah bernombor No.5002.




Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40-50 minit. Jauh weh. Dalam perjalanan, sorang budak perempuan (tempatan) duduk sebelah aku. Aku mulakan perbualan dengan bertanyakan betulkah bas yang kami naik ni menuju ke Everland (Sajalah.. haha). Angguk ja dia. Ndalama lepas tu dia cakap, “my english not good“. Aku cuma reply, it’s ok. Tak apa dik, hakak ni paham, hakak pun bukan brilliant sangat dalam Inggeris ni, gitew!. 🙂 Sempat juga kami bertukar-tukar emel yang tak sempatnya kami ber-we-fie. Haha. Apalah lembap sangat otak tak ambik kenangan dengan dia Hernie ooooiii!
Rupanya dalam bas menuju Everland, bukan kami ja orang Malaysia. Ada lagi Malaysian dalam bas tu. Budak lelaki 4 orang. Nasiblah tujuan sama, so tiap kali bas berhenti, masing-masing signal geleng kepala sebab bukan stesen yang sepatutnya. Dan si Ahn De Yun (budak aku maksudkan tu) pun membantu juga. Dia sempat bagitahu selepas dia turun, next stop is Everland station. Nah gitu, mudahkan kerja kalau bertanya, apa orang kata tu, ‘malu bertanya sesat jalan”. Terima kasih dik. 🙂 (Setakat hari ini, ada 2, 3 kali kami berbalas emel. 🙂

Usai bayar tiket masuk. Kami bersetuju untuk berpisah dan berjumpa semula di pintu masuk Everland 3 jam berikutnya. Kumpulan terbahagi kepada 3 kumpulan, Kak Siti dengan Bibie, Masni dan suaminya, aku, Hanis dan Effi. Kami bertiga memulakan pengembaraan di Taman Tema yang pernah dikunjungi oleh RM ni di bahagian Safari. Wah. Gigih kau turun, nak naik macamana entahlah. Tabahlah wahai kaki. Eheh.







Sekianlah pengembaraan di Safari World dan Lost World:-


Lepas habis tu, kami membuang masa di kawasan sekitar. Nak naik roller coaster bagai memang tak lah. Aku memang nda minat semua tu. Eheheee. Berlegar la jawabnya dan macam biasa adalah yang jadi model dalam gambar aku. Ahah!











Usai bertukar cerita dan melepaskan penat berjalan kami gerak ke kawasan menunggu bas.
Nak balik dah.. Sedikit peringatan pada you all.. Di mana bas turunkan semasa anda datang, bila nak balik kena tunggu bas di tempat tu juga. Kami pulak hari main hentam je. Sudahnya, turun di salah tempat. Hehehe. Kena naik balik kat Everland. Ehee. Budak baru pertama kali pergi lahhhh..


Kira-kira jam 3.30 petang kami menaiki bas menuju ke Gangnam Station.. Alhamdulillah.. perjalanan berjalan lancar.
One thought on “[mts] Winter Trip 2016 (Seoul): Everland Resort”