[mts] Winter Trip 2016 (Seoul): Makan Part 3

Assalamualaikum..

Previous Entry: Seoul Broadcasting Station

Selepas sahaja sesi membuang masa di Hyundai Department Store, kami bergerak ke subway station dan menjengah kedai-kedai yang ada di station tu. Antaranya kedai bag, kasut dan perfume. Dan beberapa barang selamat menjadi hak milik masing-masing. πŸ˜‰

Ketika di Jongno 3 Ga station pulak, sebuah kedai jual kasut tengah sale, mak aih banyak pilihan. Cantik-cantik pulak tu. So sempatlah, menambah sepasang kasut. Kasut sesuai untuk travel. Memandangkan aku nda berapa berkenan dengan kasut jenis boots. Harga dalam KRW 10k. Okaylah. Hari ke lima baru beli kasut engkau. Haha. Selepas membuang beberapa helai duit, baliklah ke guesthouse dengan gembiranya dan berharap kak Siti & Effi beransur pulih.

Selesai makan tengahari (makan nasi + ikan dalam tin, menu mesti makan)di bilik makan Guesthouse. Naik ke bilik, alih-alih kak Siti dan adiknya tak ada. Rupanya diorang keluar pergi cari ATM machine. Alhamdulillah, dah ok sikitlah tu. Tapi Effi masih lagi dalam keadaan kurang memuaskan.

Pada waktu petang kami keluar semula, kali ni kami berlima. Aku, Masni, Arfan, Kak Siti dan Bibi. Destinasi petang adalah Itaewon (lagi), sebab kak Siti nak makan. Lapar katanya. Untuk aku dan Masni kami dah kekenyangan, tapi pergi jugalah, sebab hajat di hati (masih) nak pergi Eid, tapi jalan punya jalan seakan tak jumpa-jumpa.

Dan, dan nampak pula kedai makan sebaris dengan Murree Muslim Food (tapi lokasi kena ke depan sikit), nama kedai makan tu ‘Makan Restaurant’. Kebetulan ada seorang lelaki tempatan, agak berumur sedikit tegur kami, ‘Makan, makan’. Kami pun teruslah masuk, memandangkan logo halal tertera di pintu masuk kedai dan putus asa nak cari Eid.

Seoul_2016_1
Jam baru menunjukkan pukul 7:30, gelap & sunyi dah area ni.
Seoul_2016_4
Complimentary @ Makan Restaurant. Tangerine. Mula-mula tengok jela kan, bila Ummu kata limau dari Jeju, terus masukkan dalam beg. Motif?? Hahah
Seoul_2016_5
The Ladies. Selesai Makan baru nak bergambar. Makanan pun dah habis. πŸ˜‰ Masa ni aku cuma order teh panas.
Seoul_2016_2
The counter.
Seoul_2016_3
Bersih kan.
IMG-20160129-WA0077
Bersama Ummu, Indonesian. Berkerja sambilan sementara winter break.
IMG-20160129-WA0078
Love.
IMG-20160129-WA0080
Sebelum meninggalkan Itaewon, singgah sebentar di masjid. Sempat bercerita dengan Pakcik Guard yang peramah ini. Siap bagi business card Makan Restaurant. πŸ˜€Β 

 

 

Kalau you all tercari-cari tempat makan selain Eid & Murree Muslim Food, aku cadangkan untuk singgah makan di sini. Tukar selera katanya. ehehe. Tapi aku tak tau pula kalau selera aku ‘kena’ dengan cara masakan di retaurant ni, sebabnya aku cuma order secawan teh panas sahaja.

Selepas membeli pesanan Hanis & Effi di kedai kebab, kami bergerak ke Hongik University. Hongdae di mana banyak ‘young man‘ & ‘young woman’ menurut kata aramunni di kapal hari tu. πŸ˜€

 

Advertisements

1 thought on “[mts] Winter Trip 2016 (Seoul): Makan Part 3

  1. […] Previous Entry: Makan Restaurant […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: