wasAssalamualaikum..
Previous entry: Makan 2 @ Dongdaemun Grilled Fish
Kalau ikutkan itinerary, banyak tempat kami belum cover. Tapi tak boleh nak gerak banyak sangat, sebab tahap kesihatan masing-masing nda memuaskan. Hari ni, hari kelima di Seoul, bergerak meninggalkan Beewon Guesthouse pada jam 9 pagi.
Sesi menyahut seruan 10,000 langkah hari ini hanya berempat sahaja. Kak Siti sakit, Bibie nda dapat ikut serta sebab nak jaga kakaknya, manakala Effi demam. Kesian pula. Kami (Aku, Masni + Husband & Hanis) yang kesihatan ala kadar ni, kena juga bergerak. Sayang weh.. 6 jam 30 minit kot nak pergi Seoul, kena juga teruskan sesi berjimba dan terpaksa meninggalkan mereka dengan berat hati. Hmmmm…
Lokasi pertama kami tuju adalah, Yeouido Hangang Park. Kami gunakan Subway Line 6, bermula di Jongno Sam ga ke Yeouinaru Station. Memandangkan station dituju dalam Line yang sama, so teruslah mencari tempat duduk dalam subway sebab tiada pertukaran line. Selalunya berdiri. Ehehee
Cuaca masa kat Taman Yeouido tu memang cuaca bagus balik guesthouse, tidur. Haha. Sejuk satu hal, matahari tak muncul pun 1 hal juga. Dan, dan cuaca macam ni juga mengundang kelaparan. Dah tu pulak, tak ada orang. Aha!
Dan, dan layan ajalah gambar² ni..













Sebelum ke destinasi seterusnya, kami singgah dulu beli kopi. Memandangkan di Seoul ni banyak sangat convenient store, nak memanaskan badan dengan secawan kopi tak perlu risau. 😀
Next is SBS Station. Daaa…
One thought on “Winter Trip 2016: Yeouido Hangang Park”