Seoul · South Korea · Vacation · Winter Trip

Winter Trip 2016 (Seoul): Nami Island

Assalamualaikum..

Selepas dari Petite France kami bergerak ke Nami Island.

Perjalanan mengambil masa dalam lebih kurang 35 Minit. Semasa ke Petite France tadi kami menaiki Gapyeong Shuttle Bus, tiket bas tu kena simpan okay, sebab boleh guna balik untuk ke Nami Island. Hanya perlu tunjukkan tiket bas tersebut kepada konduktor bas sahaja.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Cafe berdepan Petite France.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Hotel ni pun terletak di depan Petite France

Antara pemandangan sepanjang perjalanan ke jeti Nami Island.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Sungai yang diliputi salji.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Subhanallah, aku tak pernah pun terfikir akan nampak pemandangan ni dengan sendirinya melainkan menonton di kaca tv. Terima kasih Allah atas peluang ini. Nyata segalanya adalah dalam kawalan-Mu

Hanya dua gambar kat atas tu sahaja aku dapat capture. Sebabnya aku dah muak dalam bas, nak muntah. Siapa pernah naik bas ke Nami Island mesti tahu perjalanan ada berliku-liku. Tambah pulak aku dah lapar sangat. Maklumlah breakfast tadi cuma makan roti dan teh panas. Bila tengok jam dan nak dekat 2:20 petang. Patutlaaa. Dah tu pintar tak bawa bekalan makanan. Haish.. Teringat Bibi ada bawa bekal biskut. Dalam hati, bila dah sampai nanti nak minta untuk alas perut. Sudahnya aku menahan kepeningan dan kelaparan, dan mencuba untuk tidur sepanjang perjalanan.

Sampai sahaja di destinasi, terus mengadu dengan travel mates aku kelaparan (minta simpatii) hehehe. Dapatlah alas perut seketika dan mengkhabarkan pada geng, sampai Nami, kita makan dulu. Rupanya bukan aku sorang kelaparan, semua pun lapar. Aku dah terbayang-bayang keenakan nasi goncang. Heheheee..

Nda sempat pun mau bergambar di jeti, sebab feri dah menunggu untuk berlepas ke Pulau Nami, apalagi sekali lagi kami berlarian menuju ke feri.. Hehe. Tambang feri KRW8,000. Perjalanan kami sepanjang hari ini memang sejuk. Tuhan sahaja yang tahu. Ketika di feri aku terkesima memandang air sungai, hampir keseluruhan permukaan berais. Ia berpunca dari salji turun seharian + keadaan cuaca yang maha sejuk.

IMG20160126142135
Subhanallah
IMG20160126142254
Rasa cuak juga bila dengar bunyi feri melanggar ais batu ni.
IMG20160126164940
Terkesima part 1.
IMG20160126164806
eh, Hello Nami!

Sesampai di Pulau Nami, terus bawa delegasi ke tempat makan. Memandangkan semuanya kelaparan.. Kali ni aku order benda yang sama dengan 2 tahun lepas tapi + fish cake soup. Yummy!

IMG20160126145133
Terlepas rindu 2 tahun.

Lepas makan kami berpecah, aku dan Hanis pergi solat, dan yang lain-lain melawat kawasan. Heheh.. Prayer room akan saya kongsikan di entry akan datang. πŸ™‚

IMG20160126153810
Pemandangan dari bilik solat.

Usai solat aku dan Hanis berlegar-legar melawat kawasan. 1/3 gambar sepanjang trip ni bukan semuanya gambar yang aku capture sendiri. Kami mengamalkan konsep kongsi-kongsi gambar.. hehe.

IMG-20160126-WA0031
Gambar edit. Memang lain warnanya. Hehe

IMG-20160126-WA0043 - Copy

IMG-20160126-WA0046
Kak Siti, peminat Winter Sonata
IMG-20160126-WA0054
Hamboi!
IMG-20160126-WA0050
Tengok sungai tu. Terkesima part 2
IMG-20160126-WA0048
Kolam kat belakang tu, terkesima part 3
IMG-20160126-WA0080
Ais yang terbina, terkesima part 4. Bibi sedang berlakon salah sebuah babak dalam Frozen, khas untuk anaknya yang tercinta. Eheheee
IMG20160126161048
Basikal buruk Winter Sonata.
IMG20160126162253
Nak pusing-pusing di Nami guna basikal pon boleyyy
IMG20160126160931
Antara pokok togel.
IMG-20160126-WA0053
Have to admit, sepanjang hari itu aku gunakan shawl ni sebagai penutup mulut dan hidung. Tak mampu aku menghirup udara sejuk.

IMG20160126164203

IMG20160126164039
Comel ja kan.. hehe
IMG-20160126-WA0022
My curiosity gone when I saw this snow man, no wonder why local people keep repeating ‘apa khabar?’
IMG20160126164514
Because Nami Island is Nami Island. πŸ˜€
IMG20160126164958
Hampir 3 jam di Nami Island, kami bergerak meninggalkan Nami Island dengan berat hati.
IMG20160126165113
Bye bye Nami!
IMG20160126170028
Rasanya muka happy ni.. hehe
IMG20160126170126
Menuju ke perhentian teksi.
IMG20160126170035
Kerlas kau Jah, kedai Winter Sonata. Erk,kedai makan K*****r pulak. hehe
IMG-20160129-WA0046
Depan Gapyeong Station.

Begitulah kisah hari kedua kami di Korea. Dari Nami kami balik terus ke BWGH, maklumlah semua kepenatan, ke Nami memang mengambil masa sehari. Jam berapa sampai Seoul pun tak hingat dah..

Daaa.. Thank you for reading this entry.Β 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s