Assalamualaikum..
Selepas dari Petite France kami bergerak ke Nami Island.
Perjalanan mengambil masa dalam lebih kurang 35 Minit. Semasa ke Petite France tadi kami menaiki Gapyeong Shuttle Bus, tiket bas tu kena simpan okay, sebab boleh guna balik untuk ke Nami Island. Hanya perlu tunjukkan tiket bas tersebut kepada konduktor bas sahaja.


Antara pemandangan sepanjang perjalanan ke jeti Nami Island.


Hanya dua gambar kat atas tu sahaja aku dapat capture. Sebabnya aku dah muak dalam bas, nak muntah. Siapa pernah naik bas ke Nami Island mesti tahu perjalanan ada berliku-liku. Tambah pulak aku dah lapar sangat. Maklumlah breakfast tadi cuma makan roti dan teh panas. Bila tengok jam dan nak dekat 2:20 petang. Patutlaaa. Dah tu pintar tak bawa bekalan makanan. Haish.. Teringat Bibi ada bawa bekal biskut. Dalam hati, bila dah sampai nanti nak minta untuk alas perut. Sudahnya aku menahan kepeningan dan kelaparan, dan mencuba untuk tidur sepanjang perjalanan.
Sampai sahaja di destinasi, terus mengadu dengan travel mates aku kelaparan (minta simpatii) hehehe. Dapatlah alas perut seketika dan mengkhabarkan pada geng, sampai Nami, kita makan dulu. Rupanya bukan aku sorang kelaparan, semua pun lapar. Aku dah terbayang-bayang keenakan nasi goncang. Heheheee..
Nda sempat pun mau bergambar di jeti, sebab feri dah menunggu untuk berlepas ke Pulau Nami, apalagi sekali lagi kami berlarian menuju ke feri.. Hehe. Tambang feri KRW8,000. Perjalanan kami sepanjang hari ini memang sejuk. Tuhan sahaja yang tahu. Ketika di feri aku terkesima memandang air sungai, hampir keseluruhan permukaan berais. Ia berpunca dari salji turun seharian + keadaan cuaca yang maha sejuk.




Sesampai di Pulau Nami, terus bawa delegasi ke tempat makan. Memandangkan semuanya kelaparan.. Kali ni aku order benda yang sama dengan 2 tahun lepas tapi + fish cake soup. Yummy!

Lepas makan kami berpecah, aku dan Hanis pergi solat, dan yang lain-lain melawat kawasan. Heheh.. Prayer room akan saya kongsikan di entry akan datang. 🙂

Usai solat aku dan Hanis berlegar-legar melawat kawasan. 1/3 gambar sepanjang trip ni bukan semuanya gambar yang aku capture sendiri. Kami mengamalkan konsep kongsi-kongsi gambar.. hehe.



















Begitulah kisah hari kedua kami di Korea. Dari Nami kami balik terus ke BWGH, maklumlah semua kepenatan, ke Nami memang mengambil masa sehari. Jam berapa sampai Seoul pun tak hingat dah..
Daaa.. Thank you for reading this entry.Â