Assalamualaikum..
Kisah pertama kali merasa salji di sini..
Selepas kejakunan dengan salji. Kami menyahut seruan kempen 10,000 langkah sehari dimulakan dengan menuju ke Anguk Station. Perjalanan ke Nami mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan menggunakan subway/ train. Kalau naik kereta aku nda tahu. Eheehee. Tapi sebelum ke Nami Island, kami singgah di Petite France terlebih dahulu. Maknanya kami akan berhenti di Cheongpyeong Station untuk menaiki Gapyeong Shuttle Bus. Seandainya you all nak terus ke Nami Island, boleh berhenti di Gapyeong Station dan seterusnya menaiki teksi ke jeti Nami Island.
Perjalanan kami;
Anguk Station ⇒ Jongno 3 ga Station ⇒ Hoegi Station ⇒ Mangu Station ⇒ Cheongpyeong Station




Keadaan masa ni memang sejuk g***. Ada hati kan nak bergambar diluar bangunan. Hehee. Alahh bukan sengaja nak keluar dari bangunan tu sangat, sebab nak perhati bus. Kalau ada taklah terkedek-kedek baru nak keluar dari station kan. Jalan licin sesangad.
Aku masih ingat, dulu aku naik bus yang sama tambang dalam KRW5000, sekarang dah naik dah KRW6000. Hmmm..
Dari station tu lebih kurang 20 minit sampai ke Petite France. Kami di sana dalam sejam sahaja, sebab bas yang seterusnya akan tiba dalam pada jam berikutnya.
Entrance Fee Petite France: KRW8,000. Apa kata layan gambar sahajalah kami di PF.. hihi















Petite France terkenal disebabkan tempat ini merupakan antara lokasi drama fofular My Love from The Star, Secret Garden dan juga rakaman Running Man. Bagi aku, Petite France ni kalau tak pergi pun tak apa. 🙂
Tepat jam 01:50 petang bus ke Nami Island tiba. Memang nda puas pun sebenarnya, tapi memandangkan bas seterusnya adalah pada jam 02:50 petang, nda sanggup woi menunggu lama di situ. So, berlarianlah kami bertujuh menuju ke bas. Dengan ini, anneyo Petite France, See you when I see you!
Destinasi seterusnya Nami Island!!
One thought on “Winter Trip 2016 (Seoul): Petite France”