Winter Trip 2016: Incheon Airport ke Beewon GH

Assalamualaikum..

Lalalaalaalaaaaa..

Hati mana tak gembira woi, jiwa mana tak girang bila nak balik kampung. Kali terakhir balik adalah pada tahun 2014. Rindu, tuhan saja yang tahu.. Hahaha

Tepat 8:10 pagi pada 25 Januari 2016, aku dan kengkawan diterbangkan oleh Air Asia ke tanah yang fofular dengan Kpop atau K drama. Penerbangan lebih kurang dalam 6 jam 30 minit. Lenguh juga duduk dalam kapal dengan masa yang lama seperti itu. Tapi memandangkan semalam bersengkang mata di KLIA2 so, sepanjang perjalanan aku tidur adanya. Tapi untuk 2 jam terakhir aku asyik bercerita dengan Kak Siti dan ahjumma sebelahnya. Walaupun masing-masing agak sukar untuk memahami, namun boleh juga berbicara.

Ahjumma sebelah asyik cakap kat kami di Hongdae banyak ‘young man’. Erk, muka kami ni memang nak carik ‘young man’ ker? Hahaha.. Ahjumma oh Ahjumma! Tapi Ahjumma tersebut sangat prihatin, risau sangat baju sejuk kami nda dapat menampung kesejukan yang ada di Korea. Hehe..

Taktau jam berapa masa sebenar kami sampai, sebab tak ada masa nak tengok jam. Muka semua dah heksaited. Setiba di balai pelepasan, mak aih.. Rasa gumbira menerpa. Ehehee.. Teruja! Terus bawa kawan-kawan ke kedai 7 Eleven untuk urusan beli T-Money. Kenalkan mereka dengan susu pisang. Pertama kali aku minum woi, okla sedap. Tapi kedua ketiga kali minum dah muak dah.. Erk. Sorry.

Sebelum bawa kawan-kawan (Kak Siti, Bibi, Masni, Arfan, Hanis & Effi) untuk urusan pembelian tiket bus, aku keluar sekejap untuk meninjau di mana kaunter tiket. Mak aihhh… Keluar saja dari bangunan tu, Fuh! Sejuk engkau. Apa tidaknya minus 5ΒΊ. Habislahhh. Sejuk? Gila tak?? Engkau faham-fahamlah, kat Mesia cuaca 35Β° kat situ tetiba minus. Mau tak mam***. Hehehe..

Kalau orang kata kat Incheon Airport sibuk, korang kena percaya. Memang sebok. Makaihhh.

IMG20160125153047
Beratur nak naik train. Kalau di Korea ni kena langgar-langgar orang aku rasa ok jeww.. Kalau kat sini kena langgar macam nak kena penampar pula siapa yang langgar tu. Berat sebelah sangat kan! haha
IMG20160125164603
T-Money
IMG-20160126-WA0086
Tetap senyum walau kesejukan. Hanis & Effi (Tak ready nak bergambar ke dik?? ) πŸ˜‰

Incheon Airport β‡’Β Changdukgung Palace

Tiket Bas: KRW10,000

Nombor Bas: #6011

Masa perjalanan: Lebih kurang 50 minit.

Dijadikan cerita, kami terlepas untuk berhenti di hentian yang sepatutnya. Dalam 3 station. Uncle bus tak boleh dah nak patah balik, so dia turunkan kami di hentian yang tidak sepatutnya dan menyarankan kami naik teksi. Berpisah 2 teksi, aku hanis & Effi berhenti di hentian yang betul, dan mereka berempat pulak diturunkan di hentian yang berlainan. Adui. Gila tak risau. Mestilah risau. Alhamdulillah kurang dari 15 minit, nampak mereka dari kejauhan. Syukur..

beewon_map_F
Sumber: Web Page Beewon Guesthouse

Sekiranya anda ingin berkunjung ke Seoul dan mahu menginap di guesthouse ini seperti kami, layari Beewon Guesthouse.

One thought on “Winter Trip 2016: Incheon Airport ke Beewon GH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Gungrahyogi13.wordpress.com

Yang Muda Yang Berkarya

Rossdowsen

Ini Kisah Berjalan

MY Visit Jeju

JEJU, PULAU UNTUK ANDA TEROKAI!

ohperjalananku

My journey

Blookup Blog

Turn and print all your digital contents, blogs and social networks into amazing real paper books on blookup.com

Love, Yer Sarsey

"When you accept yourself, the whole world accepts you." - Lao Tzu

SCHMOLPHIN TRAVELS & LINGERS

WHERE THE SOUL LINGERS…

schmolphin

from the eyes of Lia schmolphin...

%d bloggers like this: