Assalamualaikum..
Lalalaalaalaaaaa..
Hati mana tak gembira woi, jiwa mana tak girang bila nak balik kampung. Kali terakhir balik adalah pada tahun 2014. Rindu, tuhan saja yang tahu.. Hahaha
Tepat 8:10 pagi pada 25 Januari 2016, aku dan kengkawan diterbangkan oleh Air Asia ke tanah yang fofular dengan Kpop atau K drama. Penerbangan lebih kurang dalam 6 jam 30 minit. Lenguh juga duduk dalam kapal dengan masa yang lama seperti itu. Tapi memandangkan semalam bersengkang mata di KLIA2 so, sepanjang perjalanan aku tidur adanya. Tapi untuk 2 jam terakhir aku asyik bercerita dengan Kak Siti dan ahjumma sebelahnya. Walaupun masing-masing agak sukar untuk memahami, namun boleh juga berbicara.
Ahjumma sebelah asyik cakap kat kami di Hongdae banyak ‘young man’. Erk, muka kami ni memang nak carik ‘young man’ ker? Hahaha.. Ahjumma oh Ahjumma! Tapi Ahjumma tersebut sangat prihatin, risau sangat baju sejuk kami nda dapat menampung kesejukan yang ada di Korea. Hehe..
Taktau jam berapa masa sebenar kami sampai, sebab tak ada masa nak tengok jam. Muka semua dah heksaited. Setiba di balai pelepasan, mak aih.. Rasa gumbira menerpa. Ehehee.. Teruja! Terus bawa kawan-kawan ke kedai 7 Eleven untuk urusan beli T-Money. Kenalkan mereka dengan susu pisang. Pertama kali aku minum woi, okla sedap. Tapi kedua ketiga kali minum dah muak dah.. Erk. Sorry.
Sebelum bawa kawan-kawan (Kak Siti, Bibi, Masni, Arfan, Hanis & Effi) untuk urusan pembelian tiket bus, aku keluar sekejap untuk meninjau di mana kaunter tiket. Mak aihhh… Keluar saja dari bangunan tu, Fuh! Sejuk engkau. Apa tidaknya minus 5º. Habislahhh. Sejuk? Gila tak?? Engkau faham-fahamlah, kat Mesia cuaca 35° kat situ tetiba minus. Mau tak mam***. Hehehe..
Kalau orang kata kat Incheon Airport sibuk, korang kena percaya. Memang sebok. Makaihhh.



Incheon Airport ⇒ Changdukgung Palace
Tiket Bas: KRW10,000
Nombor Bas: #6011
Masa perjalanan: Lebih kurang 50 minit.
Dijadikan cerita, kami terlepas untuk berhenti di hentian yang sepatutnya. Dalam 3 station. Uncle bus tak boleh dah nak patah balik, so dia turunkan kami di hentian yang tidak sepatutnya dan menyarankan kami naik teksi. Berpisah 2 teksi, aku hanis & Effi berhenti di hentian yang betul, dan mereka berempat pulak diturunkan di hentian yang berlainan. Adui. Gila tak risau. Mestilah risau. Alhamdulillah kurang dari 15 minit, nampak mereka dari kejauhan. Syukur..

Sekiranya anda ingin berkunjung ke Seoul dan mahu menginap di guesthouse ini seperti kami, layari Beewon Guesthouse.