Maira berterima kasih.

Aku tengok dia, dia pandang aku. Dan setiap kali itu aku cepat-cepat melarikan anak mata ke kiri atau ke kanan atau juga memalingkan wajah, ikut keselesaan aku. Bila aku sedar aku diperhatikan olehnya aku cuba untuk mengawal pergerakan badan agar nampak lebih manis pada pandangan matanya, serasa aku-lah. Kadang aku cuba berlagak seperti wanita melayu terakhir supaya dia lebih mahu melihat aku tanpa jemu. Ah, ada debaran.

Perasaan ingin mengasihinya lebih mendalam. Perasaan ingin mengenalinya membuak-buak. Aku mahu tahu siapa namanya. Aku mahu tahu bagaimana suaranya memanggil namaku. Aku mahu berbual manja dengannya. Hanya dengannya. Bagaimana akan aku lalui semua itu? Sekali lagi aku tersenyum memikirkan yang indah-indah dengannya. Ah, seperti sehelai kapas dibawa arus angin sepoi-sepoi bahasa mengelilingi ruang udara tanpa ada penghujung. (Kau faham perasaan tu? πŸ˜€ )

Suatu hari kami bertemu lagi. Kali ini ada komunikasi. Mungkin dia juga seperti aku yang tidak tahan gelora yang semakin memaksa untuk berkenalan dengan aku. Tapi cuma sapaan β€˜Hai Maira’ (agak mustahil kalau dia tidak tahu namaku) dan aku balas β€˜ Hai’ juga. Sebab aku tak tahu nama dia apa. Malu-lah aku menanya-nanya nama dia dengan bos aku atau bos dia. Hekhek.

Pertemuan seterusnya aku memberanikan diri memberi senyuman. Erk. Masih agak kekok. Namun yang tidak kekok adalah kami kerap saling berpandangan dari jauh dan hanya kami yang mengerti maksud pandangan itu tanpa disedari orang lain. Agaknyalah.

Suatu hari, aku bertanya dengan kawanku. Siapa namanya? Dan aku temui jawapan tanpa syak dari Hadi. Fuad. Hm. Nice name, seolah-olah nama watak dalam novel β€˜Kau Untukku’ antara karya terhebat Aisya Sofea. Nama dah tahu. Tinggal nombor telefon lagi. G***l.

Sebelum aku berpaling dengan gembira, Hadi sempat menyambung. β€˜Sebenarnya Fuad nak nombor HP kau, nak aku bagi?’. Tiba-tiba aku terlihat rama-rama berterbangan. Pucuk dicita ulam mendatang. Sebelum tu aku tanya Hadi. β€˜Dia bujang?’ Jawapan Hadi positif. Tapi aku bagi ayat paling cover kat Hadi, β€˜Bagi kalau dia bujang, kalau dia laki orang.. Sorry!”’ Eleleleehh baik punya ayat. Hadi siap bagi isyarat ok dengan tangannya. Berbunga lagi hatiku. Oh! angin terbangkan lagi kapas ini..

Semalaman aku pegang HP,Β  mana tahu dia menghubungi aku. Dengan harapan sebenarnya Hadi sudah memberi nomborku pada Fuad. Bagi perasaan yang terbuai-buai seperti ini, penantian benar-benar sebuah penyeksaan. Dan, dan.. sepinya malam berlalu dengan kekecewaan.

Keesokkannya Hadi berlagak biasa denganku. Wahai Hadi katakan sesuatu padaku. Katakan.. Katakan Hadi! Tanpa menunggu lama, berikut merupakan perbualan aku dengan Hadi:

Aku: Apa kau cakap dengan dia?
Hadi: Dengan siapa?
Aku: Dengan Fuad.
Hadi: Oh. Emm (sambil berfikir dan aku menanti..)
Hadi: Maira, sebenarnya dia ada anak 3, laki orang. Aku risau kau kecewa sebab tu aku tak respond dengan kau dari tadi (Rasa bersalah wajah Hadi terserlah)
Aku: Sudah kahwin. Jangan sekali-kali bagi nombor telefon aku dengan dia!

Perbualan terakhir aku dengan Hadi tentang Fuad.

Sejak itu, tiada lagi pandangan aku padanya . Tiada lagi kawalan perempuan melayu terakhir dari aku, tiada lagi perasaan aku yang terbuai untuknya, tiada lagi nama Fuad dalam hati Maira.

07/12/2015 (Isnin)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Gungrahyogi13.wordpress.com

Yang Muda Yang Berkarya

Rossdowsen

Ini Kisah Berjalan

MY Visit Jeju

JEJU, PULAU UNTUK ANDA TEROKAI!

ohperjalananku

My journey

Blookup Blog

Turn and print all your digital contents, blogs and social networks into amazing real paper books on blookup.com

Love, Yer Sarsey

"When you accept yourself, the whole world accepts you." - Lao Tzu

SCHMOLPHIN TRAVELS & LINGERS

WHERE THE SOUL LINGERS…

schmolphin

from the eyes of Lia schmolphin...

%d bloggers like this: