3 bulan lagi.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Alamak! Sempat juga bersawang blog ni. Ekekke.. Sorry!Busy-lah.

Rasanya masih tidak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru Islam/ Salam Ma’al Hijrah/ Salam Awal Muharam 1437H. Alhamdulillah, kita semua masih merasa udara dari-Nya. Semoga tahun baru hijrah ini akan lebih memberi kita peluang rezeki namun tidak melupakan yang satu, diberikan kesihatan yang baik-baik dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

IMG_20151013_204347

Baru- baru ni aku masuk eco camp, err lebih tepat masuk hutan. Ekeekee. Mak ai! Sangat mencabar. Almaklumlah orang bandar masuk hutan dengan gaya yang tak boleh blah. Never expect yang outstation kali ni, macam ni. Maksud aku, macam ni lah! πŸ˜€ Ya, ya.. Aku memang asal orang kampung. Tapi taklah masuk hutan yang senang-senang nampak monyet, musang dan binatang yang sewaktu dengannya lalu depan engkau. Saling berpandang-pandangan bak cinta pandang pertama. Gila engkau tak kecut perut, tetiba kurang dari 3 meter monyet tu sendu pandang engkau. HAHA! Tuhan saja yang tahu gejolak dalam hati aku. Siap nyamuk yang asyik nak bermanja, nak bertempek dengan engkau je. Sudahnya, tamatlah riwayat binatang tu oleh aku. πŸ˜‰

Apa yang aku tak boleh lupa. Tengah engkau kat hutan engkau nampak pulak budak comel maha comel. Terus lupa monyet yang dah jatuh cinta dengan engkau, lupa yang nyamuk asyik nak menggatal dengan engkau. Lupa yang kawasan tu tak ada karan langsung (err.. kat jeti ja ada punca karan, tu pun generator). Tak nak aku pergi charge HPΒ di jeti, maunya tengah engkau berjalan-jalan dengan asyiknya ada binatang yang tak diingini lalu depan engkau. Pengsan aku. Haha. eh,ok. Sambung pasal cute tadi. Nak tau apa, apa yang ‘cute‘ sangat tu.. Terus hilang rasa nak balik. Eh’eh. Yeke??

IMG_20151011_121152
I don’t know you, but for me, this kids that I met in the jungle too cute to handle. TJ & Bobby. Mix blood (they got this from Aussie Daddy and Sabahan Mom). Masa ni diorang tengah study kat Jeti, while kami nak balik bandar dah. πŸ˜‰ Diorang tak pergi local school okay, home schooling direct ngan sekolah diorang di Australia. Ini je gambar diorang yang sempat aku ambik. Kids, I will see you again kay!

InshaAllah pertengahan November ni akan masuk semula ke Tungog Rainforest Eco Camp.

IMG_20151011_225322
Antara suasana tinggal di Tungog Rainforest Eco Camp. Lampu pelita. Tidur berkelambu & open. Rindu pulak nak pergi sini lagi.

Eh tapi, apa kaitan cerita kat atas ni dengan tajuk entry “3 bulan lagi”. Ahahaaahaa.. Intro panjang sangat..

3 bulan lagi? Apa yang akan terjadi 3 bulan akan datang? Kahwin? Oh NO!! Bukan yang itu. Hari ni dah 24hb Oktober. Maksudnya, lagi 3 bulan trip ke Seoul. Salah satu perkara yang buat aku tak terlayan dengan blog ini adalah busyΒ buat ‘research’ untuk trip tersebut. Maklumlah aku merupakan ketua untuk trip ni. (Lantik diri sendiri, memandangkan di antara travelmates aku sorang je yang pernah pergi Seoul, eh boleh pulak macam tu..) πŸ˜‰

Trip akan datang ni akan bermula pada 25 Januari 2016 – 1 Febuari 2016 (8 hari, 7 malam). Kali ni, trip akan disertai oleh ex-coursemate masa kat UiTM dulu, Kak Siti, colleague Masni + Suami dan Hanis + Effy. So, kami berenam. Akan berjumpa di KLIA2 pada 24hb Januari.

Trip kali ni, aku nak kawan-kawan selesa. Aku tak nak diorang bosan dan kecik hati sepanjang percutian kami nanti. Bukan apa, bila kita pergi sesuatu tempat yang jauh dari tempat kita, bila susah atau senang, antara kita jugalah yang akan saling bantu membantu ketika itu. So, amatlah penting untuk menjaga hati kawan masing-masing. Dan satu lagi, aku nak mereka maklumkan pada aku, kalau-kalau ada tempat yang diorang nak pergi.

Antara perkara yang aku tekankan untuk trip kali ini, yang paling penting solat pada waktunya dan merasa makanan tempatan yang halal. Untuk solat mungkin takkan ada masalah. Sebab mana-mana pun boleh stop sekejap asal kawasan tu bersih. Yang agak mencabar adalah untuk mencari makanan yang halal yang boleh aku jamukan pada kawan-kawan. Makin banyak aku buat research, makin banyak aku dapat info tentang mana-mana gerai makan yang halal di Seoul. Semoga dipermudahkan.. πŸ™‚

Setakat ini, tempat wajib pergi adalah Nami Island & Han River. Ini permintaan semua travelmates. Okeh, don’t worry on the list buddy!Β Dan ada beberapa tempat yang aku tak cover pada trip lepas. Tapi kawasan yang less Admission Fee. Faham-faham sajalah, won melambung-lambung sekarang ni. Untuk cadangan tempat-tempat yang akan dikunjungi akan aku kongsi di entry lain ye kawan-kawan.

Antara perkara aku perlu highlight trip kali ini.

  • Matawang: Hari ni (24hb Oktober 2015) mata wang 1000 won = RM3.75. Gila tak mahal. Tahun lepas aku pernah dapat tukaran mata wang 1000 won = RM2.90. Paling tinggi pon RM3.20. Banyak beza woo. So, memandangkan aku adalah ketua secara tak rasmi, aku kena hadkan perjalanan atau lokasi yang akan banyak menggunakan wang tapi berbaloi. Kat Seoul bukan semua pun tempat ada admission fee. Yang penting pandai cari, buat research dan berbaloi. Ya tak? So, sebelum menjelang Januari 2016, aku kenalah berjimat, berbelanja secara berhemah. Dan berdoalah agar mata wang RM makin naik.
  • Cuaca Sejuk: Harap maklum, bulan Januari cuaca kat Seoul masih sejuk. Kalau bernasib baik akan ada salji turun. Mungkin berbeza dengan Malaysia, errr.. sangat berbeza kot. Dulu pergi masa musim panas, so tak terasa sangat cuacanya. Banyak benda perlu disenarai untuk dibawa nanti. Tak apa itu akan saya kongsikan di entry akan datang. So, bagaimana cara untuk membiasakan diri untuk cuaca sejuk di Seoul nanti. Silalah bersejuk-sejuk dengan suhu paling rendah dengan menggunakan aircond pejabat. Haha!
  • Stamina: Aku dah cakap awal-awal kat travelmates yang mana pengangkutan utama adalah subway. Yang pernah pergi memang tahulah kan cara menggunakan subway yang sangat-sangat memerlukan stamina yang maha tinggi. Mulai sekaranglah diorang kena bersenam untuk hidup lebih sihat dan kuat. Ehe! Lagipun penggunaan subway murah siot!
  • Makanan Halal – Mana-manapun pergi ke negara yang minority Islam akan menghadapi masalah macam ni. Seperti yang aku nyatakan tadi, kena buat banyak research. Biasanya surf blogger yang pernah pergi tempat tu dan kunjungi website pelancongan. InshaAlllah banyak membantu. Tak sosah pon. Dari you all jew! Aku pun sebenarnya taknaklah berhangkut banyak sangat makanan dari Malaysia. Dahlah tiket tak ada beli nak simpan bag.
  • Tempat Solat – Ini pun serupa dengan makanan juga. Tapi ini lagi penting. Alhamdulillah di Seoul sekarang, ada banyak tempat yang ada menyediakan ruangan solat. Untuk itinerary aku kali ini, aku nak pergi/ jejak kawasan yang ada menyediakan prayer room. InshaAllah akan berjalan lancar.

Okeylah, semoga persediaan kami lagi 3 bulan ini akan dipermudahkan, terutama stamina sepanjang di sana. So, kena workout lebih agar tak cepat lelah di sana nanti.. πŸ˜‰

Thanks for reading this entry!

3 thoughts on “3 bulan lagi.

  1. Agak mencabar nak jalan dalam sejuk kalau yang tak biasa dengan sejuk, dan agak mencabar juga stamina, saya pergi pada bulan november pun asyik curi masuk ke dalam kedai orang hahaha (untuk dapatkan heat). InsyaAllah kalau mencari makanan halal, dan ppilihan seafood boleh pergi ke blog saya, harap boleh bantu sedikit sebanyak, tidak pun boleh bawa brahim aja. Another one, bawa makanan dalam tin dan beli nasi di convenient store.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Gungrahyogi13.wordpress.com

Yang Muda Yang Berkarya

Rossdowsen

Ini Kisah Berjalan

MY Visit Jeju

JEJU, PULAU UNTUK ANDA TEROKAI!

ohperjalananku

My journey

Blookup Blog

Turn and print all your digital contents, blogs and social networks into amazing real paper books on blookup.com

Love, Yer Sarsey

"When you accept yourself, the whole world accepts you." - Lao Tzu

SCHMOLPHIN TRAVELS & LINGERS

WHERE THE SOUL LINGERS…

schmolphin

from the eyes of Lia schmolphin...

%d bloggers like this: