DIAgnosis & DIAgnosis 2

Assalamualaikum.. 🙂

(Previous entry: FIVB Man World Cup 2015, clik here..)

Setiap orang di dunia mempunyai pengalaman berbeza-beza dari segi apa yang kita lakukan seharian. Antara kehidupan masa lalu ataupun melalui pekerjaan kita. Bagi aku, semua yang pernah aku lalui merupakan pengalaman yang banyak memberi pengajaran dan tauladan.

Dalam mengambil iktibar dari kejadian yang kita alami sendiri, kita juga patut mengambil iktibar serta teladan dari pengalaman orang lain. Secara jujurnya aku amat mengagumi pekerjaan seorang doktor. Apa yang mereka lalui tidak seperti yang kita lalui, dan jauh sekali. Agak dukacita sikit, sebab aku tidak mempunyai seorang pun kawan yang berkerja sebagai seorang doktor (dulu pernahlah ada ‘kawan’, bakal doktor, tapi hubungan tak panjang, we’re not meant to be together. Redho je lah.. ekeekee 😀 )

Aku merupakan follower Dr. Anwar Fazal di Twitter dan IG (kongsi akaun bersama isterinya). Aku tertarik dengan setiap kata-kata motivasi yang beliau utarakan. Aku juga merupakan salah seorang follower Dr. Halina. (Twitter, IG dan Blog) Kenal tak? Alah isteri Dr. Sheikh Muzaffar, angkasawan Malaysia. Di blog beliau, dia sering kongsikan tentang kehidupan sebagai seorang ibu, seorang doktor. Walaupun sibuk sebagai antara orang terpenting di hospital, masih ada masa untuk berkongsi ‘sesuatu’ dengan orang lain.

Bagi aku, aku akan follow seseorang kerana mereka merupakan sumber inspirasi.

Memandangkan aku merupakan follower Dr. AF di media sosial, tahun lepas Dr. AF sering mewar-warkan tentang buku ini hasil bersama rakan doktor yang lain tentang kerjaya sebagai seorang doktor – DIAGnosis. 

“DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.”

Selesai membaca DIAgnosis, aku sedar kehidupan sebagai doktor banyak perkara perlu dikorbankan. Masa bersama yang tersayang dan waktu rehat. Sering berdepan dengan saat-saat genting, kematian, perasaan berdebar saat menyelamatkan nyawa, lebih pentingkan orang lain (pesakit) dari diri dan keluarga sendiri. Sangat tabah! Bagi aku, seorang doktor adalah manusia yang mempunyai tahap kekuatan mental yang tinggi berbanding fizikal.

Penulis DIAgnosis

  • Dr. Anwar Fazal Abu Bakar
  • Dr. Azah Isa
  • Dr. Muhammad Aizzat Othman

Screenshot_2015-09-27-13-47-39-1-1

Untuk DIAgnosis 2 pula, kali ini penulis lebih ramai dari DIAgnosis. Dan semuanya juga adalah doktor, boleh tahan juga doktor-doktor ni mengarang.. Hehehe. Mereka menulis dari hati. Selalunya apa yang kita zahirkan dari hati yang ikhlas, pasti memberi kesan kepada pembaca. Mereka adalah insan terpilih untuk memberi ‘sesuatu’ kepada kita.

Penulis DIAgnosis 2:

Erk, perlu ke letak relationship.. Haha.. Alah, FYI reader okay! 😉

Screenshot_2015-09-27-13-43-26-1

Tak perlu nak cerita isi kandungan buku-buku ni, go get your copy!

Bagi aku secara peribadi, anda patut ada this books. This is book what we need now. For our heart and brain. Nak tak dapatkan buku ni? Boleh order di White Coat.. Next kita cerita pasal 365 pulak okay! 🙂

May Allah ease everything to all of you and may Allah reward the kindness that you all did. Keep inspiring us. Thank you Doctor.

Thank you for read this entry!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s