Sukan

FIVB Woman World Cup

Assalamualaikum.. Eh Hi!!

Tetiba pula nak rerajin update blog. Ekeekeee.. Dua hari lepas, baru sahaja selesai Piala Dunia Bola Tampar atau FIVB World Cup untuk lelaki. Sebenarnya dulu aku memang tak berapa nak layan match bola tampar kalau lelaki. Sebab bagi aku, terlalu ‘ganas’. So aku layan match wanita sahaja. Tapi tidak sekarang, bahkan aku lebih banyak tengok VB Man more than woman, nak tau kenapa, tunggu entry akan datang. πŸ˜‰

FIVB Woman World Cup berlangsung pada 22 August – 6 September 2015 dan lelaki pada 8 hingga 23 September. Kedua-duanya dihoskan oleh negara matahari terbit, Jepun. Untuk makluman bagi perempuan ni, aku penyokong tegar pasukan Russia. πŸ˜€

Bola Tampar wanita diwakili 12 buah negara, terdiri daripada tuan rumah, Japan, Serbia, Russia, Republik Dominic, China, Korea, USA, Argentina, Cuba, Kenya, Peru dan Algeria. Sistem perlawanan adalah liga, so setiap pasukan akan ada 11 game. Usai semua perlawanan pasukan China memperolehi 30 point dan sekaligus menobatkan mereka adalah pemilik medal emas Volleyball World Cup, perak milik Serbia (28) dan Gangsa milik USA (26).

TeamChina
Gold Medal, Team China. Paling tinggi 199 cm, paling rendah berketinggian 171 cm.

Sebenarnya ranking #1 FIVB woman adalah USA, diikuti Brazil dan China. Tapi macam biasa, bola itu bulat. Macam-macam boleh jadi.. Setiap kali tengok bola tampar ni, aku mesti tercari-cari ketinggian pemain. Mai aiii, ada yang yang mencecah hingga 201 cm, pemain dari Republik Dominic. Gila! Maha tinggi tu babe untuk seorang wanita. Dan paling rendah dalam tournament ni pemain dari Jepun, 153cm. Mai aiiii.. Aku lagi tinggi wehhh…Bolehlah tu, bolehlaa.. haha

Selepas sahaja tournament berakhir:-

  • Dua pasukan teratas secara automatiknya akan layak ke Olympic at Rio, Brazil tahun depan. Siapa tak happy ooiiiiii.. Olimpik wei! Bukan senang nak tempah tempat di Olimpik. Tahniah China!
  • Pihak panel akan memilih ahli-ahli dream team. Dipilih mengikut performance sepanjang pertandingan dijalankan. Dan inilah pasukan dream team wanita!
DreamTeamWomen
The dream Team. Dari kiri: Brankica (SRB), Tatiana & Nataliya (RUS), Daymara (CUB), Tetori (USA), Brenda & Niverka (DOM) dan Zhu (Chi)

Setiap ahli dream team mempunyai posisi tertentu:

1st Best Outside Spiker – Brankica Mihajlovic (SRB)
2nd Best Outside Spiker – Tatiana Kosheleva (RUS)
1st Best Middle Blocker – Daymara Lesday (CUB)
2nd Best Middle Blocker – Tetori Dixon (USA)
Best Opposite Spiker – Nataliya Obmochaeva (RUS)
Best Setter – Niverka Marte (DOM)
Best Libero – Brenda Castillo (DOM)
MVP – Zhu Ting (CHN)

Once again, Congrats to China.

  • Untuk tahu lebih lanjut berita, tournament, ranking bola tampar dunia, boleh ke sini.. FIVB ..

One thought on “FIVB Woman World Cup

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s