Korea · Temuduga

Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea 2015

Assalamualaikum..

Alkisahnya nak share dengan awak-awak.. Bahawasanya, pada rabu lepas (26 Ogos 2015) aku menghadiri satu sesi temuduga yang aku naaaaakkkk sangat berjaya dalam temuduga ni. ๐Ÿ˜€ Untuk iv ni kami kena rebut 15 tempat, yang hadir iv untuk hari itu sahaja 138 orang. Peluang agak nipis sangat..

Temuduga : Program Pertukaran Belia Malaysia – Korea di Republik Korea Tahun 2015

Tempat: Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi Selangor

Tarikh: 26 Ogos 2015, Rabu

Turn temuduga:ย sesi petang

Kami (aku dan Harry) berlepas ke KL pada 25 Ogos (tengahari). Sesampainya di KLIA, kami terus menyahut kempen berjalan 10,000 langkah sehari dengan jayanya. Almaklumlah. kehel babe! ๐Ÿ˜‰ Sampai kat tempat penginapan kami kira-kira dalam jam 5 petang. Dalam keadaan kelaparan, selepas menyelesaikan segala macam, aku dan Harry keluar cari makan. Err. yelah dengan dia lah kan nak dengan siapa lagi. Sorang-sorang? excuse me, ini kehel ok. Aku tak berani. Erk!

Siap makan bagai, jalan-jalan jap kat The Mines. Kami balik ke Hotel. Aku dah penat tahap d***. Dan kebetulan bateri HP dah flat gila. Off HP, charge. Dan aku, tak sampai 10 minit dah lelap. Hello! Tak study pun untuk temuduga esok. Bangun-bangun dah masuk waktu subuh. Wake up dengan malasnya. Selesaikan yang wajib.

Dan, dan, bila on HP, Harry dah memaklumkan padaku yang dia dah sampai ILKAP. Aku cek jam. Mak aihhhhh jam masi 6:24 am. Awal siot dia kat sana. Sebenarnya Harry iv awal pagi, dan aku sesi petang. Dan dengan bersemangatnya aku terus study. Merujuk rakan-rakan yang pernah pergi iv ni (tapi tak berjaya) antara soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan GTP, ETP, Dasar Pandang ke Timur dan yang sewaktu dengannya-lah. Dan aku pun study sakan bagaikan petang ini merupakan final year paper. Aha!

Kira-kira jam 1215 kami dah terpacak kat lobi ILKAP. Harry terpaksa pergi kali kedua ke lokasi iv, sebabnya kami plan lepas iv terus gi jalan kat Kajang. Bila nak register, adik kaunter pendaftaran kata, sesi petang, jam 1 petang baru boleh daftar. Okeh, tunggu punya tunggu, tak ada juga sampai satu petang. So, kami main masuk jelah duduk dalam bilik yang dikhaskan untuk menunggu. Dan apa yang aku rasa nak mengamuk je masa menunggu tu. Turn aku untuk iv merupakan group yang kedua last. Bayangkan. Bayangkan you datang awal dan rupanya you merupakan antara orang terakhir. Errr.. ๐Ÿ˜ฆ rasa nak nangis. Seram sejuk pun dah beransur pergi dah dalam diri ku. Eseh.

Group kami masa tu, kami bertiga, seorang lelaki dan 2 orang wanita.

Okeh, kita straight to the soalan-soalan IV.

Penemuduga terdiri daripada 2 orang, sorang lelaki dan seorang perempuan. Dan seingat aku, panel tak ada pun perkenalkan diri mereka. Kami masuk, panel suruh duduk dan tanya khabar.

  • Perkenalkan diri (dalam bahasa Melayu)

Perkara pertama adalah perkenalkan diri. Cakap apa sahaja tentang diri sendiri, dan terakhir sekali kena beritahu, ‘Kenapa Korea?’. Dimulakan dengan si jejaka disebelah (aku berkedudukan di tengah). Mak aihhh. Encik Abang tu details gila dia cakap pasal diri. Terus fikir (mesti dia dapat ni) eheehee. Sampai turn aku pula, kenalkan diri, nama panggilan, umur, status (part ni aku sebenarnya malu nak cakap, haha), lepasan U mana, kos apa, kerja mana, seksyen mana, hobi, part hobi ni aku TERcakaplah pula aku suka tengok game bola sepak, dan – dan tu juga panel lelaki kata ‘tahniah’ sebab apa tak tau aku. Haha. Dan seterusnya, bagi aku ini lucu, masa aku nak kata kenapa Korea? Boleh-boleh aku cakap, ‘sebab KPOP lah’! Allah, dan dan masa tu juga, diorang semua ketawa. Aik, aku saja sebenarnya nak buat lawak petang sikit. Haha. Then lepas tu aku cakaplah, ‘No…, seperti saya katakan tadi, saya bekerja di bidang pertanian, soย  bla… blaaa… blaaa.

  • Apa yang anda tahu tentang korea

Yang ni aku boleh jawab dengan lancarnya. Apalagi, ceritalah dari barisan kepimpinannya, populasi penduduk, tempat-tempat menarik. Lepas kira pengenalan, aku cerita currently yang terjadi di sana (masa ni, Korea Utara telah melancarkan serangan bom di kawasan Korea Selatan), dari segi budaya kerja, teknologi dan macam-macam lagi. You pikir sendirilah yee.

  • Pada masa kini, Malaysia disogokkan dengan cerita-cerita negatif, dengan pertukaran barisan kepimpinan, masalah 1MDB bla.. blaa… – Pandangan Hernie tentang ni.

Part ni aku memang tak sangka akan berhujah seperti orang politik. Err.. bagus jugalah kan. Haha

  • Kalau anda ada peluang nak bawa pelawat dalam Malaysia, di mana lokasi yang anda akan bawa?

Soalan ni, aku dah tau nak jawab apa, definitely I cakap Kundasang Sabah. Then terangkan apa-apa yang terdapat di sana. ๐Ÿ˜€

  • Makanan

Panel tanya, apa makanan nak bawa ke Korea nanti. Yang ni tak boleh nak tahan. Mula-mula, Abang sebelah tu cakap nak bawa magie. aku dah gelak dalam hati. Panel kata, magie tak boleh. Then dia cakap, makanan tin. Panel kata sekali lagi sambil tengok aku dan perempuan sebelah aku. Magie, makanan tin dan makanan-makanan yang berunsurkan makanan segera tak boleh. Boleh-boleh abang tu cakap Nasi Kerabu. Turn aku pula, first cakap Nasi lemak, tak kena terima, second pecal, tak juga dia terima. Last-last aku cakap jela Tuhau. Haha. Terus panel excited. Mak aih. Puan kat sebelah aku pulak cakap Serunding.

Nak dijadikan cerita, panel minta kami terangkan bagaimana nak masak makanan-makanan yang kami nak bawa dalam Bahasa Inggeris. Mak aih.. Panic Acik ni. Tuhau?? What?? Itu bukan makanan yang dimasak. Erk. Salah cakap dah ni. But, aku terangkan lah tuhau tu apa. And boleh dimasak dengan apa sahaja. Erk! Panel perempuan macam tak puas hati dengan apa yang aku terangkan. Takpala, asal cakappp.. Haha

  • Persembahan

Panel nak kami buat persembahan secara spontan. Erk?? Nak buat apa? Encik Abang nak aku lead untuk tarian-tarian Sabah. No. Aku tak pandai. Akhirnya kami berdikir barat. Aha!

Semua soalan atau perbincangan yang aku utarakan tadi, adalah yang kena mengena dengan aku, dan mana yang memerlukan aku respon apa yang dibicarakan. Manakala yang aku ingat, antara soalan yang dikemukakan kepada 2 orang lagi:

  • Pandangan tentang hubungan Malaysia – Korea
  • Pandangan tentang kejatuhan mata wang Malaysia.
  • Bagaimana nak tolak makanan jika yang dihidangkan adalah daging khinzir.

Itu je yang aku ingat. Keluar sahaja dari bilik iv, aku dapati Harry dah tidur dah kat meja. Rupanya, group terakhir selepas kami selesai awal dari kami (menurut Harry). Boleh tahan juga lamanya kami. Selesai sahaja iv, aku dah start rasa malu pada diri sendiri dengan jawapan-jawapan yang secara general. Dan fakta yang aku kemukakan sikit sahaja.Apa yang aku ‘study’ untuk iv ni, langsung tak disoal pada aku. Tak apalah, dah cuba kan. Ada rezeki jejak kaki dan berkeluarga angkat orang Korea adalah tu. Kalau tak ada, cuba lagi.. ๐Ÿ˜‰

Walaupun begitu, alhamdulillah semua yang diutarakan aku telah beri respon setiap satunya. Terima kasih Ya Allah, memberi aku peluang seperti ini. Semoga entry ini sedikit sebanyak dapat membantu anda-anda yang akan melaluinya suatu masa akan datang nanti.. ๐Ÿ™‚

Malam tu juga kami balik KK, sampai tengah malam. Dan kerja juga pada hari khamis. Enthusiasm!

IMG_20150827_111122
Gambar ni diambil oleh Harry. Ketika ni, 1 iv pun belum ada yang mula. Masi ramai lagi. Ini pun belum semua yang datang. Tengoklah aku, berharap konon nak lulus iv, pakaian dah ke ‘laut’ dah. Colourful you all. Haha. Actually semua orang tengah pandang HP tu. Ada yang siap baca novel lagi. Erk.

Thanks for read this entry.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s