Hati · Hidup

Kasih terhenti

image

Siapa pernah ada peristiwa macam kat atas tu? Alahai, syahdu² pasal ni pula. Dah bulan² ramadhan ni tak yahlah kan share benda² ni. 😀

Awak² rasa, lelaki dan perempuan boleh tak jadi sahabat baik? Boleh ke tidak? Some people will say ‘yes’. For me personally boleh kot. Cuma ianya jadi tak boleh bila melibatkan perasaan yang tidak disenangi oleh mana² pihak. Contohnya salah seorang menaruh perasaan lebih dari sayang sahabat.

Berpandukan di atas, andai laluannya mudah. Senang bagi kedua² pihak. Saya pernah ada kawan rapat berlainan jantina. Lebih dari seorang. Dan hingga kini, semuanya jadi seperti gambar yang saya kongsikan kat atas. Erk! Agak pelikkan. Tapi sebenarnya taklah pelik sangat, tapi kalau ingin menjernihkan perkara yang kelam better do something agar kedua-duanya tak menyesal. Ye tak?

Saya harap awak, awak dan awak yang punya sahabat baik dengan berlainan jantina, bertindak dengan cara yang betul. Contohnya:

  1. Awak dan si A (lelaki) rapat. Rapat sangat. Bagi pihak engkau bolehlah sayangkan dia tak lebih dari seorang kawan. Dan dia pula memiliki pasangan. Satu ketika dia meluahkan rasa sayang pada dirimu. Apa tindakan awak? Saya rasa dari berlarutan, better awak hadkan hubungan. Tak selalu berhubung seperti teman rapat (sebelumnya). Bersapaan hanya bila perlu. Boleh tak? Tapi kan kalau awak dingin, hubungan akan terhenti macam tu saja. Like gambar kat atas, jadik strangers. Tapi you rasa jadi strangers bagus or berterusan berhubung dan sayang menyayang yang boleh menimbulkan syak wasangka?
  2. Perempuan mana yang tak suka disayang-sayang. Tipulah, sekalipun dirimu adalah seorang yang berpewatakkan lelaki, hati dan naluri you pasti terkesan bila ada yang ambil berat dan menghulurkan sayang. Dan kamu menjadi rapat bertahun-tahun lamanya. Tahu-tahu pula dia sudah berkahwin. Lagi-lagi pulak dia sedang berduka dan menceritakan rumahtangganya bermasalah (definitely meminta ehsan dari you, kalau you sedarlah). You nak buat apa?? Adakah akan terusan menadah tangan menerima kasih yang diberi dan membiarkan dia meninggalkan isterinya yang telah lama dinikahi atau meninggalkannya tanpa belas kasihan?? Pilihan kedua agak kejam juga kan. Tapi rasanya buatlah pilihan kedua. Fikirlah, kalau hari ini kamu bahagia atas derita orang lain, tidakkah kamu rasa kamu juga bakal menerima perkara yang sama?? Tapi percayalah kejadian ini juga akan menjadikan anda berdua strangers in a good way.
  3. Awak dan si A (lelaki single) rapat. Semua masalah (err. tak semualah, boleh dikatakan apa yang dia perlu tahu sahaja) diceritakan. Dan awak tidak punya perasaan padanya, hanya sebagai teman rapat. Satu hari dia bertemu dengan wanita dan hubungan kamu sebagai sahabat rapat terhenti begitu sahaja. Apa yang perlu kamu lakukan? Biarkan sahaja. Jangan dicanang tentang keakraban kamu. Kerana sebenar mana kamu kata, apabila pihak ketiga yang tidak menyenangi kamu akan memutarbelitkan semuanya. Jadi biarkan dia bersama wanitanya, dan kamu dengan caramu sendiri. Apa-apapun yang kamu ceritakan padanya, anggaplah ianya satu kesilapan dan perkara yang menjadi masa silam yang terk perlu dikenang. Dan, dan apa jadi, disitu juga kamu mungkin tak percaya yang kamu dan dia sebenarnya strangers.

Tak kurang juga punya sahabat sejantina yang rapat. Ceritalah apapun, setiap saat tidak kira waktu, kamu saling respond dengan apa yang diutarakan. Tiba satu saat, hubungan keakraban tersebut berhenti dek beberapa faktor, terpisah, salah seorang berkahwin, muncul orang ketiga memecahbelahkan hubungan kamu, mungkin juga salah seorang dari kamu membuat kesalahan dan ego untuk meminta maaf. Sudahnya jadi strangers (lagi). 😉 Bagi kamu yang mengalami perkara-perkara ini, bersabarlah, saling menerima teguran, biarkan masa yang merawat kelukaan tersebut (eseh) dan sentiasa berdoa agar kehidupanmu dan dia dipermudahkan oleh-NYA. IA

Banyak lagi contoh. Bila semua berlaku padamu baru kau sedar, akan perkataan berkawan berpada-pada. Silap-silap ada yang akan menikammu dari belakang. Namun, jangan dibalas dengan dendam. Doakan sahabat kalian bahagia dengan apa yang dijalani sekarang. Strangers pun strangers lah, asal kau faham. Kerana hidup ini singkat untuk berdendam dan meratapi apa yang terjadi. Teruskan hidup dengan fi sabilillah, IA Allah bantu.

Salam Ramadhan Kareem.

Sedih Ramadhan bakal meninggalkan kita. 😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s